Search This Blog

Sunday, April 08, 2018

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.


Hasil carian imej untuk weheartit mecca

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Dan jangan sesekali kau seka airmataku.
Itu tentang penyesalan hamba pada Penciptanya.
Bagilah ia masa.
Banyak yang ingin diceritakan.
Terlalu banyak yang ingin diampunkan.

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Maka titik titik basah pada kain putih yang meliputiku, jangan kau tanya kenapa.
Kerana bicara hatimu,
Akan aku biarkan berdesis dalam senyap.
Pesan aku pada kau. 
Jangan biarkan kataku mati sebelum waktunya. 

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Jangan juga dihulur kain simpananmu.
Takut nanti tidak berani aku sambut.
Dan kau ingat aku menyisihkanmu.
Kerana bukan itu maksudku.
Tanganku masih lagi menadah. Masih lagi meminta. Masih lagi berharap.
Ia tidak mampu aku lepas.
Pada langit, aku tahu Dia mendengar.

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Cukuplah kau berada disampingku.
Duduk depan tanpa melihat ke belakang.
Menyaksikan aku jatuh memikirkan kedosaan diri.
Entah apa dalam fikiranmu.
Aku malu pada diri sendiri.
Yang diselaputi penyesalan beribu.

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Jika benar kau sayangkan aku.
Selitkanlah aku pada doamu itu.
Berdolah lagi untuk aku.
Aku perlukan doa sebeitu untuk bahagia.
Dan moga dimakbulkan Tuhan hendaknya.

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Pada dingin pagi, kau temankan.
Pada dingin malam, kau temankan.
Setiap langkah yang diambil.
Teruskan berjalan, walaupun perlahan.
Seribu rasa.
Seribu rahsia.

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Tolong.
Biarlah maafku ini yang tiada pengakhiran.
Utuk diri,
Untuk kau,
Untuk mereka.
Dan kepada Dia.

Wednesday, April 04, 2018

Ubi rebus

Assalamualaikum.

Hari ini bagi makan ubi rebus untuk budak kat my department.
Selesai.
Alhamdulillah.
Rezeki bagi-bagi.
Ubi kayu daripada kampung masa tu... jiran bagi free.
My emak soh bawak KL.

Sebab tahu kalau dok kat kampung tu, bukan ada orang makan pon.
Tapi dia tak tahu, anak dia pon bukanlah kaki makan.
Hahhaa...
Lastnya, bagi kat orang lain.

Orang bagi rezeki, kita bagi orang lain pulak.
Memanjangkan rezeki gituuu.
Tak salah kan...
Hehhehe.

Diorang makan camtu jela.
Sebab tak ada la sambal ikan bilis ke apa.
Kelapa ke.
Gula diabetic ada la.
Pandai-pandailah hidang sendirik.

Dah tolong rebuskan, seikhlasnya pon da kira ok.
Tu jela.
Next time try nak belanja diorang makan.
Before pergi for my #onthewaytomecca project.
Insyaallah jika berkesempatan.

If tak, ingat nak bagi orang tepi jalan makan jer.
Senang gak.
Kan.
Oklah.
Bye!

Mrs Mariam and her new husband

Hello.

On March 25, 2018 my sister Mariam was married to her new love man. The theme mixed of cream and pink, I like where the small-small flowers everywhere. Her wedding designer did a great job and the place turn into such a beautiful views. The foods are nice and delicious, and we received lots of cakes and dessert from neighbor and relatives. She also got many presents!

I don't have much story here because I only day off for two or three days because of work hectic. At that time I just applied for continues my study at University Malaya. Then I have to wait for the confirmation around June they said. I also just hold a new discipline in the department; Obstetric and gynecology... Alone. 

Whatever it is, everything going smooth and I wish you a happy life. Congratulations for both of you! 




Japan trip 1

Hello,  Aku sebenarnya tengah vacation mood, daripada 18hb April. Memang rancang akan update, Kita kemas-kemas blog yang dah usang gila ini....