Lawak teka teki yang bisa pecah perut.
Hello!
Akan sampai satu tahap, semua benda korang nak tinggal dan tak pandang belakang dah. Diri kata nak relax kan minda daripada kerja gila yang tak habis-habis. Sebelum tu, pastikan kiri kanan depan belakang tak pandang serong berlapan sembilan maksud bila kat sini adalah tempat yang boleh senyum-senyum dan gelak guling-guling pandang telepon. Hah, kang orang kata hang gila.
Dengan leleh air mata, hingus keluar...anak sapolah ni kan. Bunyik geli, tapi korang balas jela. ''This is free country, I have aright to be like this''. Sambil buat sepandok kata diri sendiri adalah comel. Korang memang cool! Hahahha... Baiklah, silalah jamu lawak teka teki yang kalau korrang nak kenakan kawan memasing pon boleh. Hah, enjoy! Pemilik sebenar teka teki, den tak boleh jawab.
Soalan 50: Burung apakah yang boleh
berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
|
Jawapan: Penguin
|
Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas tu
kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
|
Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal
titi tu dah patah.
|
Soalan 48: Lima pasang stokin direndam di dalam
laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan
hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
|
Jawapan: Stokin tu basah lah....
|
Soalan 47: Dalam banyak-banyak cecair, cecair
apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
|
Jawapan: Telur
|
Soalan 46: Dalam banyak-banyak kuih, kuih
apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
|
Jawapan: Kuih Donut
|
Soalan 45: Apa tiga jenis buah yang terselamat
dalam kebakaran disebuah kedai?
|
Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu,
pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar
pagar.(berdasarkan pantun melayu)
|
Soalan 44: Apabila ditarik yang diatas gembira
dan yang di bawah merana. Apakah ia?
|
Jawapan: Pengail yang dapat ikan.
|
Soalan 43: Aku berjalan di tepi pantai, diatas
pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku.
Kenapa?
|
Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!
|
Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara,
kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana
lembu itu menghadap sekarang?
|
Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke
bawah dan memakan rumput.
|
Soalan 42: Bila loceng bas ditekan, bas akan
berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
|
Jawapan: Spedometer bas lah...
|
Soalan 41: Apa bezanya jatuh pokok kelapa
dengan jatuh perigi?
|
Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru
jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
|
Soalan 40: Kenapa doktor bedah kalau melakukan
pembedahan mulutnya ditutup ?
|
Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak
dapat melihat!
|
Soalan 39: Kenapa mayat dibungkus kain putih?
|
Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam ,
siapa takut!!!!
|
Soalan 38: Bila gajah jadi ayam, lalu singa
jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?
|
Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.
|
Soalan 37: Panjang mana ekor tikus dengan ekor
kuda?
|
Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus
kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.
|
Soalan 36: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh
batu kerikil?
|
Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng
pasti jadi rebutan.
|
Soalan 35: Lampu apa yang kalau dipecahkan
keluar orangnya?
|
Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah
pecahkan, nanti akan keluar orangnya.
|
Soalan 34: Kalau
ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?
|
Jawapan: Orang
naik beca semasa hujan
|
Soalan 33: Ada
satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita
jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
|
Jawapan: Tapak
kaki kitalah.
|
Soalan 32: Mengapa
guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor
dibahagian depan?
|
Jawapan: Kerana
guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.
|
Soalan 31: Apakah
benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?
|
Jawapan: Ia
bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!
|
Soalan 30: Kenapa
kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan
kepintarannya?
|
Jawapan: Sebab
lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.
|
Soalan 29: Kalau
manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?
|
Jawapan: Nampak
pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.
|
Soalan 28: Apakah
yang berada diantara langit dan bumi.
|
Jawapan: Mungkin
ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah
"dan"
|
Soalan 27:Apakah
benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila
dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
|
Jawapan: Gasing!
Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.
|
Soalan 26:Apabila
suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat,
si suami tak mendapat sama. Apakah itu?
|
Jawapan: Gelaran Dato,
Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi
bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.
|
Soalan 25:Jika
sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang
semakin dipotong semakin menjadi tinggi?
|
Jawapan:Seluar panjang.
Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.
|
Soalan 24: Tulang
seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau
salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.
|
Jawapan: Antena
TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau
kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada....
|
Soalan 23: Bila
makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
|
Jawapan: Buang
tebiat
|
Soalan 22:
Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak
terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.
|
Jawapan: Batang
hidung engkaulah!
|
Soalan 21:
Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah
dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh
dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
|
Jawapan: Dua-dua
tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
|
Soalan 20:
Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia
bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah.
Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?
|
Jawapan: Sebab
anak dia tu perempuan
|
Soalan 19: Negara
apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
|
Jawapan: Bahrain
- bah tu banjir, 'rain' tu hujan...
|
Soalan 18: Kalau
kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
|
Jawapan: Pemandunya lah
yang mati...... kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar....mati lah orang
tu, kan-kan?
|
Soalan 17: Kenapa
ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?
|
Jawapan: Sebab
dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.
|
Soalan 16:
Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu
bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi,
aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
|
Jawapan: Pisang
Goreng
|
Soalan 15: Haiwan
apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di
kepala?
|
Jawapan: Kutu
ler...Sebab memang dok kat kepala orang!
|
Soalan 14: Apakah
hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua
pula berkaki 3?
|
Jawapan: Manusia!
Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua
bertongkat.
|
Soalan 13: Apakah
haiwan yang berkaki 3?
|
Jawapan: Kuda
cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.
|
Soalan 12: Kenapa
kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?
|
Jawapan: Kerana
yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.
|
Soalan 11: Apa
perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?
|
Jawapan: Orang
kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.
|
Soalan 10: Haiwan
apakah yang paling tidak sopan?
|
Jawapan: Kutu,
kerana sering memijak-mijak kepala orang.
|
Soalan 09: Kenapa
koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?
|
Jawapan: Takkan
nak bawak piano pulak! besar tuh!
|
Soalan 08:
Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam,
sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di
sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah
kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki
lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin
pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?
|
Jawapan: Waktu itu adalah
siang hari bukannya malam!
|
Soalan 07:
Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa
tu?
|
Jawapan: Anak mancis
daaa.
|
Soalan 06:
Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada
rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling
besar?
|
Jawapan: Orang tu le
penipu besar, mana ada rumah dalam kapal... ha...ha...ha..
|
Soalan 05:
Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?
|
Jawapan: Perjalanan anda
tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM
|
Soalan 04:
10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor
burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi.
Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?
|
Jawapan: Kerana 4 ekor
burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat
terbang seperti biasa.
|
Soalan 03:
Binatang apakah yang paling kaya didunia?
|
Jawapan: Beruang (sebab
binatang ni ber wang)
|
Soalan 02:
Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
|
Jawapan: Ikan Belukang
kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah
perkataan Jawa.
|
Soalan 01: Apa
orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati... 2-
Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang... 3- Gaji anda
akan dinaikkan 30% bulan depan.
|
Jawapan: Mereka
akan kata. 1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun. 2- Astagh firullah hal
azim. 3- Alhamdulillah.
|
-------------------------------------------------------------
Comments
Post a Comment
-please share your thoughts here, dude