Posts

Showing posts with the label #onmywaytomecca

Translate

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.

Image
Tolong temankan aku menangis depan Kaabah. Dan jangan sesekali kau seka airmataku. Itu tentang penyesalan hamba pada Penciptanya. Bagilah ia masa. Banyak yang ingin diceritakan. Terlalu banyak yang ingin diampunkan. Tolong temankan aku menangis depan Kaabah. Maka titik titik basah pada kain putih yang meliputiku, jangan kau tanya kenapa. Kerana bicara hatimu, Ak an aku biarkan berdesis dalam senyap. Pesan aku pada kau.  Jangan biarkan kataku mati sebelum waktunya.  Tolong temankan aku menangis depan Kaabah. Jangan juga dihulur kain simpananmu. Takut nanti tidak berani aku sambut. Dan kau ingat aku menyisihkanmu. Kerana bukan itu maksudku. Tanganku masih lagi menadah. Masih lagi meminta. Masih lagi berharap. Ia tidak mampu aku lepas. Pada langit, aku tahu Dia mendengar. Tolong temankan aku menangis depan Kaabah. Cukuplah kau berada disampingku. Duduk depan tanpa melihat ke belakang. Menyaksikan aku jatuh memikirkan ked...

MBP2018: Heart

Image
Assalamualaikum. As this is my blog a.k.a my diari harian. Tak salah rasanya bila i want tulis some what my heart worries about. Kepada satu perkara dalam hidup ini. Which I'm afraid of. Daripada hari ke hari... My big project 2018 #onmywaytomecca adalah the only of my dream ever. Ever and forever. As always, ajal maut di tangan Allah. Dia adalah sebaik- baik perancang. Insyaallah, and Alhamdulillah untuk kesempatan yang diberi. But, Bagaimana if that day arrived, I can't be the one in that team? I can't make it? How? Not about me, About them... In this case, if something happen. Can you help me... bagitau my parents. Just go, go without me. On behalf. Please chase my dream. Touch that Kaabah. Felt that air. And pray for me. But don't cry over me. And i love each one of you. This is my heart talking. Mengarut lebih dah pulak. = )