Posts

Showing posts with the label menangis depan kaabah

Translate

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.

Image
Tolong temankan aku menangis depan Kaabah. Dan jangan sesekali kau seka airmataku. Itu tentang penyesalan hamba pada Penciptanya. Bagilah ia masa. Banyak yang ingin diceritakan. Terlalu banyak yang ingin diampunkan. Tolong temankan aku menangis depan Kaabah. Maka titik titik basah pada kain putih yang meliputiku, jangan kau tanya kenapa. Kerana bicara hatimu, Ak an aku biarkan berdesis dalam senyap. Pesan aku pada kau.  Jangan biarkan kataku mati sebelum waktunya.  Tolong temankan aku menangis depan Kaabah. Jangan juga dihulur kain simpananmu. Takut nanti tidak berani aku sambut. Dan kau ingat aku menyisihkanmu. Kerana bukan itu maksudku. Tanganku masih lagi menadah. Masih lagi meminta. Masih lagi berharap. Ia tidak mampu aku lepas. Pada langit, aku tahu Dia mendengar. Tolong temankan aku menangis depan Kaabah. Cukuplah kau berada disampingku. Duduk depan tanpa melihat ke belakang. Menyaksikan aku jatuh memikirkan kedosaan dir