Search This Blog

Sunday, September 30, 2012

UTUSAN MALAYSIA:Suara hati Dr. Mahathir



SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

Sunday, September 23, 2012

Friends as logically

Assalamualaikum.

Yesterday,
I met a new friends and he's really great in his position.
May Allah bless him and his family.

I'm actually unfriendly person ever,
Serious duh.
But i also ready to mingle if it have a benefit behind that.
Like you're willingly to treat me a full basket of ice-cream in future.
Then and there you're my true friend!
Hhahahha.
Nah, i'm not that devil...

Tsk, tsk,
The real fact,
I don't like people knew more me than myself.
I hate they judge me,
I'm not that plastic smile kind of.
That’s why, I seems keep distance from others.

FYI, my friends are limited edition.
My rule is once you are my friends, we are friends for ever.
I'm a good listener too.
I feel free give my shoulder,
Provide some tissue box if needed.
I will be there silent but strong-as friends absolutely.
Of course, I do.
'cause what friends are for, right?

Between these friends, what i dislike is when...
You talk to me about your heart feeling towards me.
Awkward!
So please, don’t chasing and makes me wanna say ‘You deserve someone better’.
And ruined this relationship.
Pardon me, I know it’s tough.
I love my friends than anything.

Logically,
When you be friends to someone,
The one who change you to a new freshly towards Allah way,
Keep you felt strong and motivated all day.
Is a special friends.
Appreciate them.

Bye.

Sorry guys, that's not him i meet yesterday.
Saja bagi inspiration.
: )

Saturday, September 22, 2012

Masa untuk berkebun-Gardening time

Assalamualaikum.
Gardening time, sounds good right?
I love it!.
See, how much I crazy about it.




Sponsor: Tapak semaian ladang Niah.

Wednesday, September 12, 2012

Jangan pandang orang dengan (sebelah) kelopak mata!

Assalamualaikum.
(Actually,tak tau nak sharing gimaner).

Semalam (rabu), lepas habes keja kol 4.45 pm-terus cabut gi Larkin. Sampai saner, dah kol 5.15 pm (banyak bus dah terlepas). So, next bus is 5.30 pm (tu pun bus maner ntah aku cekau). Asal selamat sampai, Alhamdulillah. Dengan muka innocent mintak penampar (pak cik/ abang counter tunjukkan la maner bus tuh). Before that, gi sambar mineral water + roti chocolate Mighty White. Wat alas perut (dinner).

Aku dapat seat bawah-single. Cantik, selesa dan umpph. So, dengan tak leh wat tarian cha-cha or anything else selain tido-tido-celik-tido-tido lagi. Itu la yang aku lakukan selama lebih kurang 4 jam setengah. Sampai kol 10.00pm (TBS). Tunggu kat KLIA transit sampai bro Yem jemput aku (cam anak gelandangan dah). Dengan baju uniform and cover with sweater.

Sampai rumah, kemas barang + gosok baju + mandi. Fuhhh.... sedop tido. Bangun awal pagi-coz kena puasa (nak medical check up, bagi clean la result dia). Alang-alang gitu, niat terus puasa nam. So, remaining sehari lagi. Alhamdulillah. Lauk per sahur? Makaroni (uhuiiii..barat ciplak seh).

Pagi tuh gerak anto cik Aceki, sist Zana dan gi SM Megah (kol 9.30 sampai)--> register, meet one lady (sponsorship SM beb, ex-student Australia). Sempat gak tukar-tukar phone number. Very friendly + i like her. Humble, (thats why i said-jangan pandang orang dengan (sebelah) kelopak mata). Aku tanya la best la dok obersi-tak der la, baling batu--dengar gak orang Malaysia cakap 'Adoi'. Hahhahah...

Wat nasal swab (MRSA test), eyes test, urine test, take blood + xray. Pas siap semua, jumpa physician-Dr. Liew-Dr nih pun best, sempoi jek. So siap semua dalam 12.30 pm. Bereh..

Bro Yem anto gi TBS, and nek bus kol 2.15pm (actually dia gerak 2.30 pm). Hampeh tol. Selamat sampai Larkin kol 6.30 pm. Take another bus coz straight lek rumah. After turun bus, jalan sikit and tahan taxi.

Dalam penat-penat tarvelling daripada KL ke JB, pak cik Taxi boleh makes me smile with one statement yang membuatkan kembang semangkuk jap.
"Pak cik ingatkan amoi mener tadi, (that means muka aku putih lagi suci)."
Uhuii, pak cik. Kebenaran si balik kepekatan senja ++ aura lampu taxi loh.. Heheheh..

Finally, sampai rumah kol 7.45 pm.  Kemas barang, mandi, on lappy, update FB, update blog...
And the rest is history..... Salam.

Sunday, September 09, 2012

Sunday EXPRESSION: Berusaha keras untuk menjadi orang baik,

Assalamualaikum.

Hasil carian imej untuk weheartit

I  was not born in a rich family and go through a lot of hardness in my life to be who i'm today.
Anyone could said "like did i care?" and i replied by "like did i want?".
Everyone got their own "dark side" of each.
Same goes to me.

Sometimes i always blame fate for what happened.
Why it's not going as I planned?
Does Allah still loves me?
And then I'll cry-cry-and-cry.

Sometimes i hate people who always told me what to do.
Sometimes i hate people who always force me what to do.
If i need to change, I will make that decision.
If i need change, i alone will.

Hug me or don't show your face in front of me.
Take me or leave me alone.
Accept me or just walk away.
Be with me or please go!

That's why others always complaining,
you're not as mature as you should be.

If you think i'm too bad, you probably are.
When you gut feeling tells you that how come i can said like that!.

*Astagfirullah. Then, i took ablution and calm down. 
Whatever happens, I'm always trying hard to think positive and told myself that I can do this and Allah will with me with His blessing. I know He loves me and i believe all that happens a gold lining in future. Only prayer, du'a and effort along fix together for me to face the next day ongoing. Those moments with family and friends its a most fulfilling thing in the world. For the blessing 24/7, please forgive any crap i might do, i did and said because may be sometime i'm looks useless, rubbish and annoying. *

Special dedications:
In all the world, there's just one MUM who stands out from the rest, and just in case you're wondering, it's you MUM.
You're the best.
Having a mother like you is one of the greatest blessing in my life.
I love you Emak.

A father doesn't tell you that he loves you, he show you.
He is one of the people who always been there for loved, cared and protect me.
It doesn't matter who my father was, its matters who remember he was.
So i just wrote this to say, I love you Ayah.

Sometimes have a brother is even better than have a superhero.
You can kid the world, but not your sister.
Of all the things you share with your siblings, memories are the best!
Sticking with my brothers and sisters is what makes it a family.
Love you all.

Walking with a friend in the dark is better than walking alone in the light.
That's why friends are likes four-leaf-clovers.
Lucky to have and hard to find.
Load and loads of love to all my friends.

>>>what happens in my life's that i can take pride in.

Hehehehhe... Oh puhhleasse, hyperbole mimics 30-storey building jump stunt likes, i-don't-really-care-what-goes-around-me.

Saturday, September 08, 2012

Kamu-Si nombor yang peliks.

Assalamulaikum dan selamat malam.

Apa benda yang pelik-pelik nih?

Yelah, nombor pelik.

Of course aku nak kongsi sedikit misteri versi nusantara tercekik kat sini.
I think, something is wrong with my phone number (Upax).
Adakah celcom also reuse diorang punyer number?

And story mory pelik nih just start happens this year and become worsen after raya. 

Daripada aku start guna masa kat college dulu, tarak paper pulak. 
Hurmm..
Time aku nak gunalah, baru dia naik orang kol sana-sini.
Eh, dulu mamat yang kerja nih. YB ke apa. 

So..... What do you thinks?
Misteri mistress tercekik...!!!

Hasil carian imej untuk weheartit

Friday, September 07, 2012

Aiman Azlan: Even we're peer, I respect you more.

Assalamulaikum.

Dalam surfing petang-petang gini +++ layan idea camner nak mintak cuti kat bos tok pegi KL... Layan Facebook yang tak sudah-sudah. Layan diri bagi more motivated yang dah tinggal 20%. Hurrmm.

Then, dalam post aku ada la orang like-biskut munchy's (saja tengok-tengok profile dia, mana tau dia bebetul jual biskut munchys). Guess what? Der la makhluk Allah yang aku gatal tangan terbukak profile dia. Mungkin sebab gaya pelik dia. Ahahah... And here he is----> Aiman Azlan.



FB dia>>> CLICK. Belog dia>>>CLICK.
As aku kata kat post "even we're peer, I respect his more."

Sebagai seorang Islam yang masih cuba trying hard for survive in wild world, memotivasi-an diri adalah cara paling-paling-paling-paling berkesan. Menurut aku lah. Korang??

Tepuk dada, tanya iman.

Cerita---Kerana two missed call

Assalamulaikum..

(Speechless)... Alhamdulillah! Lots of syukur dan du'a kepadaNya for the good news yesterday. Terima kasih ya Allah for given me the great chances!


Sharing time:
Yesterday, i forgot to bring along my phone (in my heart-hoping that nothing bad will gonna happens). Then end one day works time, go back home and i checked my phone--got two missed call from the unknown office number+one message. Tertanya-tanyalah saper plak gerangan tuan hamba yang rerajin call aku nih.

Then, i tried call back. And the company named makes me likes palpitation+++ sekejap. After give my name and some chit chat---the lady said she will called tomorrow because its already dah habes office hour. So this lovely morning, i'll waiting for the call. Alhamdulillah!

In excited-an-terlampau, i called my mum and two of my sist... After all, i cepat-cepat mandi (melekit kot balik keja) and wat solat sunat syukur. Sujud syukurku hanya untuk Mu.

Terima kasih kehadrat Allah sekali lagi..

Wednesday, September 05, 2012

Speed test >>> Jangan luper gak!

Assalamualaikum,

Kalau tadi korang check performance--siap advice maner patut di anak tirikan, di anak emaskan. Kali ini, meh aku ajak korang cek berat blog. Speed blog korang pakai basikal roda tiga ker atau BMW 5 series. Hahahahh...

Gi la sini >>>> CLICK.---biar Mr. iwebtool yang jalankan tugas dia. Takkan makan gaji buta ye dak.

Then, keputusannya:
Fuhh... okey la kan tuh. 
Selamat mencuba!

Blog performance report: Jangan luper!

Assalamulaikum,

Most interesting post yang blogger kat luar nun patut tau.
Camner performance blog korang dalam carian pak cik Google. 
Aha! korang dah pernah wat tak??
 Kalau belom, meh cek sesamer ngan aku.
Sharing is caring you know, dear (tak kedekut ilmu).

Directly Gt metrix, pergi sini--- CLICK.
And pepandai si kancil la korang isi. Alahai, just key in blog URL korang jek.
Budak tadika also can do maaa..
So, wait untuk mak cik cleaner jalankan tugasnya.
Maka, keputusan akan kuar (cam keputusan SPM pulak).
Jeng-jeng-jeng...

Macam ner???. aku punya:



Nilah... ayohai. Keep it up lagi nih.

Belajar bahasa cina>>> How good am i?

Assalamualaikum.

Mafan (susah) tak mafan belajar bahasa cina nih?
Aku pun tak tau la, because aku budak baru belajar dan kalau salah tolong tunjukkan. Hehehe...
Siap pantun bagai. Kelas formal tak start lagi (tengah survey lagi kelas bahasa cina kat area JB nih-kalau kawan korang ada, boleh rekomenkan).
Piru (tapi), kelas unformal dah start, my colleague siap bagi one day-one word.
Yeah, itulah namanya senior yang baik hati. Thank you for Mr.Tan.

Tempat kerja memang menuntut/ aktiviti wajib cakap bahasa cina because around 80% Chinese, halwa telinga aku pun dah lali dengor nih semua.
Sometimes, dapat la catch apa yang diorang dok cakap-sometimes, aku blur under sky sesorang. Haahhaha...
Tapi aku tak kesah.

Perkataan pertama aku paling suka. Mong-mong (kabur). One story, bila aku cakap:
"Aunty, ti saya letak ubat-mata ada mong-mong ar."
"Mong-mong (ahhahaha, sambil gelak kesukaan). Mong-mong (ulang lagi)."
"Nape aunty? Aunty bawak keta ker?"
"Takda, takda. Amoi, you cakap mong-mong ada comel la. Aunty suka."
"Hahahah..(malu cap dinosaur T-rex)."
Then, sampai balik aunty-bila jumpa aku-"amoi, mong-mong."
Aku? Senyum sampai langit lah...

Der gak yang cakap:
"Amoi, bila mau cakap cina penuh?"
"Miss, my grandma speaks mandarin can ar?."

Kalau diorang sebut number in mandarin-aku da pro dah (overproud). Piru, bila diorang hentam dialect Hokkein, Hakka, etc... Melopong la aku. (aku suh jek relatives translate tok aku, bes citer).

Other words:
Kai ta ta-Open eyes big
Kang sia min-Look down
Mok-Cataract
Pang sia-Lie down
Nali-di mana
etc...

*aku taip, ikut sesedap bunyi dan sesedap jari menaip jek-kalau salah. Diperbetulkan. Hehhehe...

Tuesday, September 04, 2012

Football Club- Petikan Facebook

Assalamualaikum.

So, no belok rumah Mak Jemah singgah kedai Pak Ali, beli belacan kedai Rahmat okeh.
Aku nak cakap pasal Johor.
My home.
My tanah tumpahnya darahku.

Kalau orang cakap kenapa aku obses dengan our sultan and the gang.
Aku hanya boleh cakap.
Sebab kami respect depa semua.
Tu jer.

And. Direct, aku post pasal satu gambar yang ada post di facebook yang aku rasa korang patut amik tau.
Even korang anti macam mana pon.
Aku lantak hape.
Aku anak Johor.
Aku akan support Johor.
Hhahahha...

"You're a crayon, I'm a highlighter. You may color the world, but I make it BRIGHTER"-kesultanan Johor.

Smart picture, superb best big boss! (Pujian ikhlass dari hati).

Command. Control. Conquer

Assalamualaikum.
Salam berhari raya buat semua.

Sob, sob, sob.. Amik mood dulu.
Aku tak tau la apa yang aku nak sharing kat korang ni satu chances untuk up setapak ke depan or unconscious things yang kalau boleh tak nak berdepan selamanya.
Ahaks.
Serabut, serabut..
Why in the world is there someone who is suffering??

Suffer la sangat kena assist, scrub nurse for an operation tomorrow !!!..
Suprise?
Aku lagi nak pengsan bila dengor.
Kalau dulu nervous cap kucing bila masuk jadik runner, mood okeh lagi time tuh.
Tapi ni biler dah up sikit.... No comment can describe how i felt right now.
Postpone can ar Doctor???
(blink-blink).

"You must go for it, dear. You can do it!
Tahik la kan.
Others colleague replied behalf on the Doctor.

Fuuhhhh... Palpitation tahap ke-tujuh dah aku.
Depa tak tahu.
Rrelax please.
Congrats bila diorang said benda alah ni time nak bes keja kol 4.30 pm tadi. Kalau early morning... replies believe or not, i'll be unfocused one day.
Runner ke maner, time punctual ke maner, assist ke maner, aku ke maner...

After i got this command.
Immediately, sense of human become nil.
My colleague given me some advice and support.
Thanks to them, love you all.
Baikkk la sangat.
Tuh nya.

"Don't think so much, just relax and take a deep breath. Now, you are a leaner. Just ask question and do what you know, some mistakes may be consider. Our doctor is good, she understood well. For tonight, take your dinner as usual and relax your mind like nothing gonna happens. Then, slept well and make tomorrow is a great day for you. OK."

Hurrmmm.. Hopefully:

  1. Allah always bless me for tomorrow especially and ongoing.
  2. Doctor will consider for all my mistakes.
  3. My partner teach me very well and
  4. For myself, i will try the best and become quick-leaner. 

*Sorry for uncle or aunt who will do an operation tomorrow because i'm your new scrub-nurse. May be 20 minutes as usually will become an hour for one patient!. Sorry seems to be the hardest word.

Pak cik google tips: Amygdala blog, Anissuzana blog,

Hanya Allah yang layak ku meminta pertolongan.  Amin.

Sunday, September 02, 2012

Jalan-jalan di Kuantan Parade

Assalamualaikum pembaca.

Pada pagi 31 August, kami se-family gi kuatan, Pahang.
Niat sebenarnya nak melawat Atok
Belah ayah, cakap atok... tapi nenek sebenarnya.
Okeh K.I.S.S.
Keep it simple and short.

Gerak dalam kol 8.30 am dan sampai dalam kol 12.30 noon.
Kebas kematu gak la dok dalam keta tuh.
Sampai jek, kami di jemput tok lunch dan makanan ala-ala nasi beriani ++ lauk orang kahwin. Wahaaa..
Mekasih bebanyak to my aunt and her daughter.
Sedop.

Relax first and then around 3 pm--jejalan bandar Kuantan.
So my friends, whats so special about this town and which place that i must, must go for it?
Bak kata PM Somalia--kalo tak gi sana tak lengkap la hidup.
Cewaahh ayat..

Hasil carian imej untuk weheartit

By the way, kitaorang pun tak tau aper yang special.
Almaklumlah, hari cuti--kedai pun banyak tutup maaa.
Jadi, belok sana belok sini.
Lastly, kitaorang just gi Kuantan Parade ajer.
Okeh maa..

First benda aku nak cakap adalah bab parking site dia.
Lecak laa.
Tapi its ok, aku pun bukan allergy sampai pengsan bila nampak benda alah ini.
Aku anak kampung jugak.

Masuk aja-dah nampak kedai emas.
Harga pasaran pun ok (165/gram gold).
My mom and sister trade in their necklaces.
Berbaloi, baloi.. One more aku nak share is orang kat sini beli emas macam beli pisang goreng. Ramai kot yang beli.
May be harga dia pun memberi kesan gak la.
Wahaaa.. two thumb ups kat mak cik-mak cik kat sini.

Jejalan lagi, kitaorang borong tudung.
Why?? becoz its so murah gila kentang!
Tudung bawal yang corak-corak cantik , tak tau dipanggil apa.
Just RM 6.00.
Johor Bahru mana nak dapat tu semua weh.. 
Selendang pun baru RM 7.00.
Its make me crazy and juling mata. Haahahah..

My mom also borong gak .
Apa-apa jek la diorang nih kan.

Pastu, dengan watak anak solehah.
Aku pun belanja la makan KFC. Baik tak aku??
Hehehhehe..
Aku saja try burger Kfc--Hampeh la rase dia.
Pasni tak mau da beli.

Mcd more better. Mak aku try kopi dia--pekaattt!!! she said.
Hahhahaha...Ayah aku relax jek
Aku.
Not caffeine addicted.
So whateva jela.

Then, jam pun dah menunjukkan kol 6.00 pm.
Its time to go back girls.
Badan pun dah letih.

Hari ini, kami on the way nak balik la .
(FYI, aku menaip pun dalam keta nih).
Teror tak??. So, mersing here we come.
Did miss Ziqa will be there also (as my mom told me).
 ++ we want to buy some corn and keropok lekor!!
Hantu keropok lekor la katakan.

Some more to share is aku dapat wet raya tadi weh.
Mekasih bebanyak kat atok aku tuh.
Next raya aku nak datang lagi lah.
Naik taxi pon berbaloi gak.
hehehheh..
Looks like bebudak lak dapat wet raya nih (perasan more younger la tuh).
Mekasih sekali lagi.

Oke la, adious. Salam raya..

Saturday, September 01, 2012

cik Alia suka main keyboard

Taraaa.... This is the keyboard. 

And, this is cik Alia. Yellow shirt-cik Ziqa.

Something more interesting with that flowers, my dear?

Here we are! 'Lil girls...

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...