Search This Blog

Wednesday, May 30, 2018

Budak sekolah

Assalamualaikum.

Nak cakap sikit lah kan, bit cam fully positive vibes.
Bersempena Ramadhan yang mulia ini.
Baiklah. Agree tak if faktanya ramai nak buat baik. Nak kejar pahala.
But, ramai jugak donno how to do it.
Ish. Ish. Ish...
Sedih kan.

Niat dah baik.
Ke arah kebaikan semua.
Nak tolong menolong.
And bab ingin menghulurkan pada yang kurang berkemampuan.
Tenaga dan masa juga boleh diluangkan.
Tapi like, nak start daripada mana ek?
Kans?


So, if korang jenis spesis camni.
Senang jer.
Untuk perihal duit dan berbentuk sumbangan camni.
Boleh bagi kat masjid.
Or kat any rumah homeless, anak yatim or ibu tunggal.
Jangan bagi kat assistant dia. Bagi kat leadernya. Moga-moga dapat membantu mana yang boleh.
Selit sekali doa moga-moga hidup mereka kelak terbela.

Pastu if takdelah nak hulur duit ke apa. It's ok.
Hulur tenaga dan masa pon boleh.
Tanya jer. Untuk tolong mereka kemas-kemas mana yang patut. Tapi jangan merungut pulak nanti.
Alahai.
Penat tu biasalah.
Penat kejar pahala.

Nih, if korang ingat.. dia macam masa kita darjah satu dua dulu.
Bawah program pengakap.
Kena pergi rumah ke rumah untuk tolong mereka dan baru dapat upah.
Tak kan tak ingat kot.
Moments terbaik tuh.
Berpeluh ketiak weh balik sekolah.

Banyak sebenarnya mereka nak kena buat. Itu dan ini.
Budak-budak tu mungkin akan buat benda yang sama.
But mereka tak buat dengan sebersih, secantik or seindah mana.
Sebab tuh, dengan under kawalan orang yang lebih dewasa. Bolehlah tunjuk ajar mana yang betul dan salah.
Jangan malu untuk bertanya.
If korang betul-betul nak kejar pahala.

Jangan disekat niat yang baik.
Dan jangan ditindih hati yang ikhlas.
Biarkan ianya bebas.

And for this.
Alhamdulillah as usual, sempena nak Raya, me and my younger sister will update each other untuk bagi sumbangan kat sekolahnya.
Itulah gunanya if ada adik seorang cikgu.
Kita kutip sikit pahala.
Kita sebarkan idea yang terbaik.
Tak banyak mana pon sumbangannya, but kita hulur mana yang boleh.
Mereka budak-budak lagi.
Terutama yang yatim dan piatu.
Sedih pulak memikirkannya.
Life is hard huh.

Moga mereka sentiasa dipelihara Nya.
And, dengan dapat duit raya.
Tambah sumbangan pihak sekolah...
Insyaallah, senyumlah mereka sampai telinga. Biar diorang tahu, ada yang masih care about them.
Oklah.
Bye!

Tuesday, May 29, 2018

Kemas rak buku

Assalamualaikum.

As untuk buat more charity sepanjang bulan puasa. Maka joinlah volunteeer punya events.
Nih antara rajin dengan tak jer.
Siapa sanggup nak korbankan cuti weekend. Yang obviously satu-satunya cuti dalam seminggu.
Kena bangun pagi-pagi macam nak pergi kerja lagaknya.
Pastu kerah tenaga semua.
Tapi as long as ikhlas tu masih wujud.
Rela hati buat.
Dengan niat yang baik.
Telus.
Lagi suci, it's tak ada masalah sebenarnya. Gituuuu...

Volunteers job kali nih, kemas rak buku. And it's about around 22 slot rak nak kena settle.
Sanggup?
To me, just go on.
I also love books so much!
Kami berdua only.
Start pukul 0900 pagi, pukul 0300 petang... i totally surrendered. Alhamdulillah, nasib dah siap.
And my friend sambung sikit jer.

Kami asingkan english and malay books.
Reading part.
Spm, upsr semua asing sekali.
Agama punya section.
Kamus macam-macam syllabus.
And buku tahap fakta professor pon ada.
Pastu, labelling pulak.
And lap-lap sikit bagi nampak bersih.

Sampah?
Jangan cakap. Dua plastic hitam. Macam-macam ada.
Siap ada jumpa surat cinta.
Selit chocolate balls yang entah bila punya.
Ada pencil.
Pen.
And kami jugak buang those books yang dah rosak and tak sesuai.

Bebudak tu pon risau tengok kami, non sto working.
"Akak tak penat ker?"
"Akak penat. Tapi akak tengah kejar pahala. Jom, join sama."
Depa pon terpengaruh ayat manis... tapi bagi kerja yang simple jerla. Kang diri sendirik jugak yang pening.
So far, diorang behave.
And if diorang penat, diorang tidur kejap pastu sanbung tolong.
Terima kasih yer semua.

And masa time nak balik. Assistant situ bagi one box of kurma.
Terharu.
Dia lagi terharu sebab ada orang sudi tolong. Insyaallah, ada masa... boleh jugak tolong apa yang patut.
Then, pasang helmet, terus gerak.
Balik rumah. Zohor. Terus landing.
Baru terasa sengal-sengal angkat those books tuh.
Tapi takper. Rest, petang nanti carik makanan.

arabic, islam, and islamic image

Dan bila tersedar, terus asar.
Tak lama pastu magrib.
Rezeki, buka dengan kurma.
Tiba-tiba kawan department called, joined untuk makan buka puasa menu nasi ayam.
Delicious! Tapi, tak perlah.
Malas rasanya nak keluar.
After terawih.
Pergi masak Meggi.
Memang if tahap malasnya tuh da level paling atas... telan jerla apa ada.

And, Alhamdulillah kenyang.
Sebab sambil makan, sambil tengok citer food hunters.
Sedap jer rasa.
Hahahaaa...
Anyway.
First time makan meggi time bulan Ramadhan.
Tak boleh buat selalu. Tak sihat nih.
= )

Monday, May 28, 2018

Hormat dan menghargai

Assalamualaikum.

This one dedicated to my friend untuk semua pengajaran dan keterbukaan berkongsi ilmu hidup pada malam itu.
Ceh, syahdu tak ayatnya? Hihihiii...
Walau apa pun, all the best bro!
Agak-agak nak tukar kerja, cer try jadik pakar motivasi jap. Ada talent tuh.
Dan,
Semoga Allah berkahi kehidupanmu dalam setiap langkah.

Nasib sepanjang kami borak sama, no tears included.
Kalau tak, parah.
Sebab diri ini manalah pandai nak bina ayat untuk buat aksi pujuk memujuk.
Failed, always.
For us... even sedih mana ceritanya, tapi perasaan masih boleh dikawal.
Inilah bila masing-masing dah mula terima keadaan dan ada move on mode.
Cayok!

Sebenarnya tak sangka pon akan get along macam nih.
Sebab we're not so close. Just comfortable sesama sendiri.
And, i also bit shocked that he's actually a matured man. With lots of good feedback.
Even disebalik muka jambunya.
Hurmmm...
Thank you, anyways.

quotes, life, and words image

Dalam banyak-banyak cerita... lots of quotes telah dicipta.
Sometimes, tak ada logiknya begitu mudah mencipta ayat tapi ia mempunyai maksud tersendiri.
Berdasarkan our own stories.
Siap boleh di hashtag okeh.
Sebab tu tanya dia, dah boleh hasilkan buku nih. Confirm laku keras.
Dia gelak jer.
I'm serious lah.

Dan berdasarkan tajuk atas tuh, ini adalah pesanan dia.
"Hormat menghormati, dan harga menghargai... ingat ini sampai mati. Dua benda yang penting dalam sebuah relationship."
"Relationship dengan partner, kawan atau boss sekalipun."
"Sayang menyayanggi, itu sebenarnya wujud dalam page 756. Bukan muka depan."

Dan pasal jodoh, perkahwinan. And to the next step... banyak juga pesanan dia.
"Pada kita ia hanya anything, biasa-biasa je, but to someone... it's everything."
"Hargai dia. Even hadiahnya hanyalah sebatang pen."
"Ucap terima kasih walau sekecil mana pengorbanan dan jasa yang terluah. Dan hormat, dan hargai."
"Setiap orang ada egonya. Ego seseorang lelaki. Ego sesorang perempaun. Ada turun naiknya."

Dan banyak lah lagi. Tak tertaip.
Sekali lagi, terima kasih ya.
I will go on with the flow. And go for it.
This is my life. My own book. Let me do the colouring part started from now.
Pray for him.
Pray for me too.
=)

Sunday, May 27, 2018

Umrah-Pengalaman Terindah, Dua

Assalamualaikum,

Untuk kat Mekah.
Sama macam kat Madinah.
Always everyday ada moment by their own.
Yang menjadikan you be you.
Selesakan diri sendiri.
And untuk menjadikan diri menjadi lebih baik daripada hari ke hari.


Part paling best masa kat Mekah ada tiga.
First ialah bila one day, after Isyak dan after dinner... about 0800 malam, pergi Masjidil Haram.
Plan nak spent whole night there.
Nak rasa tidur kat masjid.
Nak rasa mengaji sambil tertidur kat sana.
But not make it sebab after 0100 pagi kat sana.
Terdetik nak balik hotel.

So, masa on the way balik hotel... my younger brother dah tunggu tepi station bus area situ.
Sebab dia cakap, mak ayah risau.
I go alone.
And there don't agree with my plan.
I just diam.
And go back to the hotel.
Patutlah Allah gerakkan hati suruh jugak balik hotel.
Subhanallah.
Allah maha tahu mana yang terbaik.

Not panjangkan about all these, let's share with you all the story after Isyak and till 0100 pagi tuh.

Sampai Masjidil Haram, terus pergi kat ground floor.
Ambil air zam-zam with my own bottle.
Dan go to tempat kat karpet yang betul-betul depan Kaabah.
Pastu buat solat sunat.
Dan whole night, baca Quran.
Best!
Tak mengantuk. Lagi baca Quran, lagi rasa segar.
Lagi tambah semangat.
Baca Quran sama tafsirnya.
Sambil tu take notes untuk pengajaran yang dapat.

Rasa nak rest jap, tengok lah orang datang dan pergi buat tawaf.
Rasa keakhiratan sangat. Rasa sama-sama nak kejar keimanan di sisi Allah.
Berlumba-lumba tapi dengan cara tersendiri.
Patu dah dapat aura,
Sambung baca Quran.
Gitu lah sampai pukul 0100 pagi.

Untuk moment yang kedua, ialah bila sebut pasal doa dan jodoh.
This one i will share in the next special post.

Ketiga ialah selepas solat Subuh.
Solat dan doa betul-betul depan Kaabah, tepi orang yang tengah buat Tawaf tuh.
So around 0500 pagi hingga pukul 1000 pagi, ada di sini.
Doa paling lama in my entire life... itu pon rasa still not enough time.
Baca Quran pon kat situ gak.
Kan dah aim nak khatam Quran kat sini. InsyaAllah.

Just ada gangguan bila mereka buat cleaning.
Yang lain ok.
Sangat best!

Terima kasih ya Allah atas rasa dan peluang ini.
Sujud syukur.
Doaku moga akan kembali semula ke sini.
Sebagai hamba yang lebih baik.
Makbulkan ya Allah.

Saturday, May 26, 2018

Umrah-Pengalaman Terindah, Satu

Assalamualaikum.

Bila ditanya tentang apa yang the mostly tak terlupakan masa pergi Umrah?
Banyak.
Tak terkira.
Sebab everyday, setiap langkah, setiap lepas solat.
Semua ada story behind it.
Along the journey kat Madinah dan Mekah, both best, dan sangat dirindui.
Sebab tuh,
My post about umrah sangat berangkai. Hihihiiii...

Ok lah, untuk tak menggecewakan.
Untuk dua tempat nih.
I will share setiap satu yang mostly terbest.
Sangat terbest.


Untuk Madinah.
Part paling menyentuh sangat adalah apabila pergi Raudah yang kali kedua.
Pergi sorang-sorang.
Dan pakai purdah.
Jubah hitam.
Sebab ramai jemaah Tabung Haji yang pernah buat umrah before this, depa cakap untuk senang pergi dan tak dihalau cepat... Pakai macam orang Arab.
Sebab diorang more respect kita.
And i follow that tips.

And waktu tuh pukul 0900 pagi... then, ambil wuduk dan masuk Masjid Nabawi.
Ikut pintu seperti mana yang mutawwif cakap.
Dan terus pergi ke tempat pre grouping sebelum boleh masuk ke Raudah.
Tapi tak terus ke sana.
Ambil part belakang sekali.
Buat solat Tahijatul Masjid, dhuha.
Dan terus ke pre-grouping paling depan.
Pastu berdiri sama-sama minah Arab.
Dan sepanjang menunggu, sambil tuh selawat dan tasbih dalam hati.
Tak lama. After fifteen minutes tunggu.
Boleh masuk.

Lama tengok makam Nabi.
Lama tenung kain hijau tepi dinding tuh.
Banyak bagi salam dekat Nabi, dan dua sahabatnya, Abu Bakar dan Umar.
Setiap langkah bagi salam.
Setiap kelipan mata, doa dibaca.
Sambil menitiknya air mata yang tak sempat diseka.

Dan bila sampai karpet hijau.
Doa sambil berdiri.
Doa untuk mereka yang terdekat, yang jauh juga.
Doa yang lebih terperinci daripada doa masa first dulu masuk Raudah.

Lepastu, ambil saf sebelah mereka yang tengah solat. Diikuti yang lain.
Dan ada juga orang yang kat depan, Kat belakang juga solat.
Jadi sekeliling di kelilinggi.
Safe.
Terus buat solat sunat, dan sunat Taubat.
Dalam solat doa.
Dan after solat pon doa.
Lama.
Lama sangat.
Tenang.

Sampai terdengar laungan untuk group seterusnya yang hanya tinggal tiga langkah kat belakang.
Baru tersedar.
Baru terus bangun.
Dan bagi orang lain pulak turn mereka.
Lagi pon, group yang baru masuk... mereka kasar.

Keluar daripada Raudah, ikut laluannya.
Ada sign.
Dan pastu minum air zam-zam.
Dan keluar daripada Masjid Nabawi.
Rasa auranya.

Alhamdulillah.
Memang syukur sangat dengan rezeki dan peluang yang Allah bagi.
Memang sangat terindah.
Dan terbest.

Untuk kat Mekah, next post ya!

Friday, May 25, 2018

Umrah-Air Zam Zam

Assalamualaikum

Antara benda paling suka tentang my short journey pergi Mecca dan Madinah ialah bila everyday boleh minum air zam-zam.
Dahla free, more berkhasiat.
Air biasa tak layan dah.
Lagi-lagi bila nak beli air mineral.
Hello, if you all nak tahu. Sini air mineral untuk 1.5 L yang selalu kita boleh dapat kat any stesen minyak dengan hanya RM2.50.
Kat sana air mineral sahaja will cost you around 20 to 30 Riyal per bottle.
Its about tukar duit kita dalam RM 23-40 lah.
So, air zam-zam, nak?

Basuh muka pakai air zam-zam pon ok.
Sebab nak elak sunburn.
Mewah gila tak. Hihihiii...


Masa kat Madinah, Air mineral diorang letak kat dalam one big container color cream.
Ada dua jenis.
Satu cold dan tak cold.
So, boleh pilih mana nak.
Ikut selera.
Dan hanya boleh didapati dalam Masjid Nabawi jer.
Kat luar tak ada.

Dan nak boleh hanya isi dengan small water bottle.
Bekas air yang besar more than 1.5L, korang tak akan dibenarkan masuk.
Maybe sebab sini terhad.

Lain pulak Mekah.
Air Zam-zam ada merata. Kat dalam dan luar Masjidil Haram.
Ada cold dan not cold. Sama.
Biasanya sebelah air zam-zam ada lah rak Quran.
Dlam penat, kering tekak baca Quran. Minum jap air zam-zam.
Heaven kan?

Sama seperti kat Madinah, bekas untuk more than 1.5L tak dibenarkan masuk.
Tapi tak seketat dia punya safety part macam kat Madinah.
Mungkin sebab Masjidil Haram tuh besar.
Banyak pintu masuknya.
Dan this Mecca adalah world wide tumpuan.
Lagipon, air zam-zam dah sedia ada dekat luar. Tak payah susah-susah nak masuk dalam ambil.
Hokey.

Untuk under Tabung Haji. Mereka dah siap bekalkan 5L air zam-zam setiap orang.
Akan di collect kat bila dah kat KLIA masa ambil bagasi.
Any broken or leak, boleh diganti.

Tapi bila minum kat Malaysia... rasa sedap, rasa istimewanya tak sama macam masa minum kat Mekah.
Betul cakap my friends punya ayah, bukan setakat akan rasa lain bila dah kat Malaysia.
Bila minum luar sikit daripada Tanah Haram kat sana pon dah lain.
Time nak buat niat Miqat Umrah...
Apatah lagi kita nih beribu jauhnya.
Lagilah rasa lain.

So, nak tahu apa keistimewaannya rasa air zam-zam nih?
Jom, pergi Mekah lagi sekali.
Umrah?
Ke Haji?
InsyaAllah...
Doa banyak-banyak.

Thursday, May 24, 2018

Umrah-Doa

Assalamualaikum.

Daripada dekat Malaysia lagi my siblings dan siap-siap tulis doa masing-masing.
Ada yang siap laminate hokey.
Bersungguh betul hakak den tuh
And ada fews daripada my kawan-kawan.
Doa daripada orang yang tak kenal sangat pon sama join.
Tapi tak apalah, kita tolong doakan.
Allah penentu baik buruk atas segalanya.


Dekat Masjid Nabawi doa.
Dekat Masjidil Haram pon doa sama.
Depan Kaabah lagi, doa.
Dan if ada pergi Masjid untuk mana-mana ziarah bawah Tabung Haji.
Doa pon jugak.

Doa gak untuk Malaysia,
Doa untuk mereka yang bergelar sebagai pelarian...
Dan keselamtan mereka juga.
Moga di makbulkan.

Sebut pasal doa, setiap kali berdoa.
Mesti menitik air mata.
Syahdu.
Sebab i just let go everything and set free of my mind.
Daripada all stress yang ada. Daripada kerja commitment kerja,
Hal duniawi semua...
So, ini adalah tentang diri sendiri pada Penciptanya.
Boleh kata hari-hari lah syahdu.
Hari-hari menangis.

Fikir dosa yang buat selama ini, fikir kekurangan diri.
Rasa kecil sangat diri ini.
Rasa malu.
Then, terus rasa tekad... ubah. Ubha.
Jadik yang lebih baik.
Better of me.
Hari-hari kena bagi diri ini munasabah. Revise balik.

Tentang jodoh... doa jugak.
Antara sebab utama pergi ke sini. Sebab nak mintak petunjuk.
And about this, i had a very beautiful story behind it.
And mula berfikir.
Is he is the one?

Mari eja, b.e.r.s.a.m.b.u.n.g....
= )

Wednesday, May 23, 2018

Umrah-Foods

Assalamualaikum.

Untuk last day, my ayah ada jugak cakap nak makan kat D saji Felda sana.
Tapi tak sempat nak bawak.
So, tengok mak ayah pon kurang dah makan daripada hari ke hari.
Mereka asyik menghadap daging kambing jer.
Bubur pon bertukar jadi first choice.
Kesian deh.

I got it, i got it.
Tengok apa ada.
Nampak kedai semua makanan 5 Riyal.
Beli lah kebab and sharmawa.
Fried potatoes.
Beef burger
Bagi kat diorang.
Masin.
My emak dan ayah kurang suka.
Hahahaaa...


Pergilah jalan-jalan lagi.
Dan untuk gambara tas tuh, ada nampak small house, tingkap kayu. Itu mtawwif cakap, rumah Rasullullah dulu. Excited kan?
Dekat jer...
Jalan lagi.
Try kedai groceries diorang.

Arab punya buah buahan and all those biscuit yang ada. Barang-barang wet market, mahal sikit. Yelah depa kan padang pasir. So faham-faham jela.
And... Bila tengok diorang punya variety of chocolates.
Rasa nak beli satu mall tuh.
Seriously huh. Macam-macam perisa ada.
Roti pon banyak.
I love roti mereka punya. Homemade yang awesome sangat.
Taste dia best.
Hihihiii. Nak buat camna, me and bread berpisah tiada.

Balik tuh, tengok diorang makan anggur dan biskut tuh semua.
Habis wey. 
Nampak sikit boost mood.
Alhamdulillah.
Mission success!

Ada gak, kedai 3 Riyal and 15 Riyal.
Cute kan.
Jalan lagi, nampak kedai gadgets.
Sambar satu power bank.
Ehem, rezeki.
Anker brand.
I donno. Just love the small size of it.
And light it is.

And nampak KFC, McDonald's.
So decide, beli KFC.
Kalau kat Malaysia nih, tak pandang dah.
Darurat.
Beli 15 pieces.
Dapat dua air fresh oranges yang memang freshly squeeze, masam. Dua botol.
And dapat cawan, dapat straw.
And ada enam keping roti bun together.
Hey, roti lagi.
Total 112 Riyal. Hadammm...

Actually, to me. Makanan nih memang untuk darurat jer. Sebab bila rasa ayam dia. Macam ayam frozen. Gitu.
So, untuk elak food poisoning. Janganlah makan banyak sangat.
Dan seperti biasa fries dia, masin.
Roti dia jer, always the best.
Pastu gih la buat hot tea. Cicah. Sedap.
= )

Tuesday, May 22, 2018

Umrah-Pertama

Assalamualaikum.

Tengahri selepas Zohor, 03 may baru bertolak naik bus ke Mekah.
Malam Khamis.
On my birthday.
On my special day.
For a specila place.

And Alhamdulillah.
Dijangka tiba after enam ke tujuh jam.
Sebab akan ramai nak ke Mecca untuk Tawaf malam Jumaat.
Redha.
Siap-siap lelaki dengan Ihramnya.
Dan perempuan just semua menutup aurat. Sarung tangan dan socks itu penting.
Niat di miqat. Bir Ali.
Betul ke tak spelling dia. 

Mutawwif ajar. 
Niat untuk lelaki. 
Dan niat tambahan khas untuk wanita.
If dia terhaid ke apa, halal lah dia.
Dan mulalah bertalbiah dan banyakkan selawat sepanjang jalan.
Sampai tertidur.


Sedar jer dah masuk Tanah Haram.
Only took about five hours.
Alhamdulillah. Dipermudahkan.
Dan ambil kad hotel.
Hotel Ramada.
600meter daripada Masjidil Haram.
Biar jauh.
Biar rasa malas nak balik hotel. Nanti boleh spent time lama kat masjid.
Hihihiii.

Magrib, Isyak di hotel. And dinner sekali.
Dah siap semua, pukul 0900malam.
Mulakan umrah tawaf dan saie dan bercukur or bergunting. 
Mesti korang cam, biar betul dah malam baru nak buat tawaf semua. Tak penat ker?
Dengan lafaz, Bismillah.
I can said, all those penat. Mengantuk ke apa.
Tak rasa langsung.
Just akan rasa syukur, too excited and tak sabar nak tengok Kaabah depan-depan.
Hanya wujud perasaan tuh jer.

Sepanjang jalan before ke Masjidil Haram... selawat, talbiah.
Mutawwif akan tunjuk jalan balik dalam masa yang sama.
Ni kena alert.
Nervous balik.
And masuk tuh, suasana dia sangat lain.
Untuk suasana orang merintih memohon keampunan dan mengejar akhirat.
Betul.

First time jugak tengok Kaabah depan mata. 
Menitik.
Syahdu!
Allah,sampai jugak kat sini.
Alhamdulillah. Tak percaya rasa.

Kantung kasut penting.
Always in bag.
Dan buku umrah Tabung haji provided.Ni sama penting.
Even Mutawwif ada tolong baca. Biarlah kita yang Arabnya tak seberapa. Sama baca maksudnya.
Memang terusiklah hati tuh.
Siap tawaf, saie, dan bergunting.
Mutawwif iring balik hotel.
Dekat pukul 1200malam time tuh.

Balik hotel,
Nampak katil.
Terus landing. 
And terlelap.
Sama-sama dengan telekung.
Dengan glasses.
Dengan socks.

Cuba bayangkan... penat dalam beribadah. 
Lain betul rasa dia.
Rindunya, ya Allah.
Selepas tuh, tersedar.Nak subuh rupanya.
Tengok glasses, terus mengucap. Dengan bend sikit, eh banyak. Sure alignment lari.
And telekung ntah serupa apa.
Tidur pon alim.
Hihihiii...

Monday, May 21, 2018

Umrah-Ubat

Assalamualaikum

Memang dah pesan kat mak ayah, adik beradik yang tolong packing before fly sini.
That bawak semua all those apa yang mereka on ubat.
Sebab i donno later kat sana, mana tau apa-apa terjadi ke.
Yelah semua not under me.
Allah lagi Maha Berkuasa.
Kita hanya prepare apa yang patut.

And i also dah prepare about Rm15K for us at there if some incident, ke.
Back up emergency fund yang paling besar in my entire life.
Bawak mak ayah kan.
Biarlah bagi yang most comfortable, keselesaan lebih.
Betul tak.


After two days at Madinah.
My ayah suddenly dapat leg cramps.
Not sure if dia got sebab ate too much daging... gout.
Atau sebab terlalu lama berjalan jauh.
So, we tried dia untuk put both legs in hot tubs.
Sebab tak bawak hot packs.

Paling superb lagi, my ayah didnt bring dia punya ubat gout.
Just bawak ubat untuk darah tinggi, diabetik.
My emak pon lupa sama.

And in the same time, my younger brother dapat nose bleeds.
Madinah too hot to handle.
Dia pon telan ubat, and rest.
I also ada dapat nose bleeds, tapi still in control.
Sebab tak nak telan ubat punya pasal.
Hhahahha...
I hate makan ubat, even i am a nurse.
Syuhhhh...secret.

Kesian tengok ayah yang tahan sakit.
Tengok adik yang dah tumbang tak larat. Siapa nak temankan?
So... tekad dengan hati sepenuhnya.
Ambil tudung, pakai hand socks, and those pair of shoes.
And jugak pakai purdah.
For safety.
... Then, I go out from hotel... alone.
And go to pharmacy over there.
Which is tak tahu pon mana pahrmacy yang available.
Memang berdoa jela banyak-banyak.

After jalan sana  sini.
Dapat dua pharmacy.
Satu pharmacy dapat hot packs dengan harga 75 Riyal.
Dan satu lagi beli lotion untuk reduce pain.
One tube dalam 80 Riyal.
Beli dua lah, sebab fikir... if anything happen nanti kat Mecca. Dah standby.
And time nak balik, sesat jap.

Sampai duduk kejap lah. Fikir dulu.
Istigfar banyak-banyak.
And lastly, nampak Masjid Nabawi.
Pastu daripada situ, baru dapat cam nak balik ke hotel camna.
Yelah. Phone pon tak bawak. Tapi tak guna gak, sebab tak ada sim line Arab.
Bil sure melambung.
Oh, Im ok with that.

And Alhamdulillah.
After applied that lotion my ayah dah kurang sakitnya.
And adik pon dah ok sikit.
Dah boleh pergi Solat magrib kat Masjid Nabawi.
Ujian tuh.

Sabar and stay cool.
Nasihat utama kat sini... bawaklah ubat masing-masing.
Sebab overseas punya ubat sangat mahal.
Lainlah kita, negara yang banyak subsidi dapat untuk all those medication.
Syukur.
Adik ok.
Ayah pon dah ok.
Before tengahri esoknya nak gerak ke Mecca.

Sunday, May 20, 2018

Umrah-Madinah

Assalamualaikum.

And routine macam biasa.
If free or time balik sembahyang, pergi kedai tepi-tepi tuh.
Beli jubah and gift.
Banyak my emak punya list. 
Anak-anak dia, jiran, sedara, besanlah... semua dia ingat.
Top up lah sepanjang kat Madinah nih.
Sebab dah pesan kat dia awal-awal. Kat mecca, i don't want think about all these.
That's my special zone.
My special place.

So, mencari jubah lelaki dan perempuan. Sampai berbelas, puluh.
Sampai pasar Arab pon kami pergi jengah.
Kawasan tempat opposite hotel. 
Rumah Arab lama. 
Mutawwif cakap jangan pergi. Kami pergi.
Bila lagi nak merasa kan, dekat jer dengan Masjid Nabawi.

Sini murah jubahnya, sehelai 20 Riyal dah boleh dapat dah.
Pastu tasbih. 2 Riyal.
Kopiah. 2 Riyal gak.
Tak apalah, niat baik nak menderma.
Nak bagi gift kat orang.
Kebaikan tanpa batas.
Moga keselamatan di pelihara selalu.

Laundry sini senang dapat. Kadang-kadang ada jer, yang dah siap-siap tunggu bawah hotel.
Nak ambil baju.
Tapi kami tak hantar.
Basuh sendiri.
Kalau tahap dah nak habis bajuya, belilah baru. 
Pakai. 
Hahhaha... my adik punya theory. 
Kemain.

Pergi ziarah luar.
Masjid Quba' dan Jabal Uhud.
Jumpa pokok nih.
Original katanya, buat rumah dan ahli keluarga daripada kena sihir dan buatan tidak elok.
Pokok yang tumbuh merata kat sini, if ada kawasan berair.
Katanya, adik la yang cakap. 
Kalau dia tipu, nanti nak sekeh kepala dia...
Sebab daun dia hijau lembut sikit.
And if tengok dekat buahnya, ada line putih. Not like yang ada kat Malaysia, hijau jer.

Pergi ladang kurma.
Belilah kurma Ajwa.
5kg. 300 Riyal.
Dan beberapa kacang. And coklat
Cukup.
Settle!
Before this, memang dah google. Depa cakap, sini memang mahal.
Tapi bila Mutawwif cakap, sebab ada share charity untuk Palestine dan Syria.
Why not if mahal pon, kan.
Insyaallah.
Niat kita baik.

Untuk zirah dalam... Raudah dengan Tawaf Wada Masjid Nabawi.
Insyaallah, ada seruan dan rezeki lebih. 
Akan jejakkan kaki kat sini , lagi.
Insyaallah.
Tolong.
Doakan.
Juga.

Saturday, May 19, 2018

Umrah-Raudah

Assalamualaikum

Lepas breakfast, Tabung Haji ajak berkumpul sebab nak pergi Raudah.
Raudah.
Hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim, tempat yang diantara rumahku dan mimbarku ialah satu taman daripada taman-taman syurga.
Tempat terbaik untuk berdoa.
.
Must go!

So, Tabung Haji bagi sekali mutawwif perempuan untuk accompany us.
Dan masuk dekat area pintu 25.
First time masuk dalam Masjid Nabawi. 
Subhanallah. 
Cantik!

Dan ikut lah laluan dia. And before agak-agak nak sampai. Buat solat sunat dulu.
Solat tahiyatul masjid, dhuha.
Pastu bila sampai pre saringan, kena duduk in group. 
And time nih, perbanyakan zikir Allah dan selawat Nabi.
Me? Keluarkan Quran, bacalah.
Lama nih.
Memang lama. 

Betul lama.
Banyak gak la page dapat time menunggu tuh. Berbaloi.
Kenapa baca Quran? Sebab bila nak selawat Nabi, tengok daripada jauh makam Nabi.
Sedih.
Tak terselawat.
Sebab tulah baca Quran. 
Nak tenangkan hati. 
Nak hilangkan shaking of my hand.
Nak jumpa depan-depan Nabi Muhammad dan dua sahabat dia.
Gila tak nervous?

Maka after an hour and half, baru our turn. 
Itu pon dengan adegan tolak menolak. Kalah kalau nak compare situation time sale kat shopping mall.
Sebab this is more kebaikannya, siapa tak nak grab, kan.
Tapi i just stay cool, and maintain kat last line untuk bagi my emak and orang lebih tua jalan dulu.
Kita muda lagi, 
Biarlah kita jatuh, 
Biarlah bahu kita yang sakit, 
Biarlah kita yang jadi pelindung.
Kita mampu bertahan.

Time nampak kain hijau sebelah kiri. Dinding untuk makam Nabi Muhammad. 
Memang air mata of course macam pili air.
Mengalir tak henti dah.
Orang sebelah dah meraung.
Lagi tambah sedih.
Ada tuh, duduk jer belakang tiang. Intai makam nabi. Sesungguhnya kita nih umat yang banyak dosa.
Umat akhir zaman. 
Malu!

Bagi salam dekat Nabi Muhammad.
Bagi salam dekat Saidina Abu Bakar.
Bagi salam dekat Saidina Umar.
Dan baca doa.
Besar perjuangan Nabi Muhammad dan para sahabat.
Jihad mereka semua ini tinggi dalam penyebaran dan mempertahankan Islam.
Subhanallah.
Moga selawat dan salam berkekalan hingga ke hari kiamat.

Part nak sembahyang sunat, solat taubat. Mutawwif jaga.
Alhamdulillah.
Kepala kena langkah. Kena pijak. Kena tindih. 
Itu sabar.
Dan nak berdoa pon, mutawwif dah pesan siap-siap. 
Berdoa dalam solatnya.
Time sujud, time after tahiyat akhir before salam. 
Sebab kalau nak angkat tangan, comfirm dah kena panggil, hajjah out.
Itu jela caranya.

Alhamdulillah dapat buat solat sunat.
Buat solat taubat.
Dan juga doa yang tidak putus-putus.
Moga diperkenankan.

Selepas tuh, minum air zam-zam. And balik hotel.
Barulah dapat proper rest.
Sebelum azan Zohor. 
Dah gerak ke masjid, sebab nak dapatkan tempat kat dalam Masjid Nabawi.
Solat sebelah air zam-zam? 
Bolehlah.
Nanti Asar kena awal lagi nih.

Sementara menunggu, bukak Quran. 
Baca. 
Aim... this short journey, khatam satu Quran. Insyaallah.
Pastu lunch.
Rest jap.
Asar?
Solat dalam masjid, tepi rak kasut. 
Lima langkah nak ke pintu besar Masjid Nabawi.
Seriously?
Magrib kena lagi awal, duh.

Friday, May 18, 2018

Umrah-Subuh

Assalamualaikum

First Subuh kat sini. Syahdu!
Sangat syahdu.
Keluar hotel, memang tak sure nak jalan mana. 
Sebab diorang cakap ikut pintu belakang lagi dekat. Ikut jela.
Tapi tak yah dok risau actually, sebab keluar jer pintu hotel.
Dah nampak umat manusia berduyun-duyun jalan kaki nak ke masjid.
Serius rasa touching nya haiii.

Ni kalau kat Malaysia, tak dapat nih.
Sesungguhnya solat itu lebih baik daripada tidur, kan.
Daripada muda, tua, budak-budak.
Semua jalan macam biasa nak ke masjid.
Mak cik jalan terbongkok-bongkok, ada on wheelchair, bertongkat, jalan terhinjut-hinjut pon still semangat nak ke masjid.
Kita yang kuat lagi sempurna.
Nak ke masjid pon payah.
Ampunkan dosa kami Ya Allah.


Azan dia menusuk... lembut.
Menitik air mata, tak sangka sampai juga diri ini kat sini.
Terima kasih ya Allah.
Untuk seruan ini.
Sampai masjid, ambil tempat kat kawasan laman masjid.
Sebab tengok, Masyaallah... diorang lagi awal. 
Tak tidur ke mereka?
Tengok pagi tuh payung dia, yang orang dok cerita.
Tak kembang lagi.
Awal lagi... first time jemaah kat Masjid Nabawi. Ya Allah, syukur sekali lagi.

Tengah duduk lepas azan nak tunggu solatnya, rupa-rupanya orang sebelah ialah kakak yang duduk area Kota Tinggi.
Dalam banyak-banyak manusia, jodoh Malaysia.
Jodoh saudara Johorean tuh, kuat.
Kawasan Kota Tinggi lagi pulak tuh.
Rasa dekat sangat, sempurnalah.

Habis solat, baru lah rasa mengantuk and penat gila-gila.
Balik hotel.
Rest lima minute.
Breakfast...
Lepas breakfast.
Tabung Haji arrange nak pergi Raudah.
Dan Nabi Muhammad dan dua para sahabat setia menanti.
Allahuakhbar!

Tak menggantuk terus.
Tak penat.
... boleh gerak sekarang?

Thursday, May 17, 2018

Umrah-Berlepas

Assalamualaikum.

Pada 30h april lepas, ticket Saudi Airlines patutnya pukul 03.00 petang fly...
Tapi delayed, so around pukul 05.45 petang gitu baru berlepas.
Alhamdulillah gak, sebab tak rushing. 
Dengan all those daftar bagasi with tag, taklimat daripada Tabung Haji, nak ambil passport and boarding ticket.
Memang ngam-ngam lah.

Nak ucapkan jugak terima kasih berlemon banyaknya pada siblings and in law yang tolong hantar, ambil jemput kat KLIA.
Hal homestay semua.
Touching hokey.
Ingatkan tak ada sudi nak tolong.
Alhamdulillah sangat.
Family bonding, kuat!
Terima kasih sekali lagi.


Tabung Haji ada bagi voucher before fly. Untuk tebus kat Burger King or MacDonald. Lunch treat katanya...
So sebab ini first time fly untuk overseas, bawak mak ayah. 
Bag pon nak kiri kanan nak kena jaga gak.
Tak nak susahkan ke apa. Kita claim kat dalam after imigresen and those check semua lah.
Yelah, air semua tuh.
Kang tak lepas pulak, kan.

And bila depan counter nak order... rezeki betul melimpah sebab we all got unlimited Burger King voucher!
Alhamdulillah.
Sure korang mesti jeles. Hahahaaa...
So, ambil empat set.
Formal.
Nakal sikit, tambah..With all side dishes yang ada.
Terima kasih Burger King.
Terima kasih Tabung Haji.
Terima kasih Saudi Airlines. Sv829 team!

Part paling best, bila dah dok dalam pesawat. Selesakan diri sendrik.
Yelah nak fly lapan ke sembilan jam. Kematu otak.
Then, rupa-rupanya three seat tuh, I'm the only one jer yang wujud.
Memang tersangat selesalah.
Ajak adik lelaki dok sama, on movies, maps, game... layan.

Saudi Airlines bagi selimut, bantal semua den bantai guna macam rumah sendrik.
Nasib gak dapat earphone free. Huhuhuuu.
And makanan diorang bolehlah.
Alhamdulillah.
Kenyang.
Dua kali makan.
Dua kali tea time.
Yang lebihnya, makan burger.

Pastu ingat sampai Riyadh dah boleh turun. Rupanya, fly lagi sejam setengah.
Baru sampai madinah.
Dapat lah sepotong cake sementara tuh.
Turun pesawat, nak lepas imigresen dia ponyalah lambat.
Nilah permulaan ujian. 
Kena sabar banyak-banyak. 
Betul, tak tipu.
Pastu solat magrib, isyak. And baru collect bagasi.


Bas dah siap-siap tunggu luar.
Ikut pakej dan no bas. Sebab akan hantar ke hotel masing-masing.
Daripada sini, dah dapat mutawwif sendirik untuk kumpulan kecil.
Hotel Saja, tempat kami untuk di Madinah ini. 
Alhamdulillah, 300meter daripada Masjid Nabawi.
Tak dekat, tak jauh.
Syukur.

Kat sini gak, boleh dah nak beli sim card Arab. With internet line.
Me?
Wifi hotel ada tak? 
Hahahhahah...

Dapat card hotel jer, time nih kat sana pukul 0200 pagi.
Ambil makanan nasi Arab... masuk hotel. 
Rest dan siap-siap , cepat-cepat sebab nak Subuh kat Masjid Nabawi.
Excited.
Penat. Mengantuk tolak tepi jap. 
' Cause solat jemaah lagi top list. Pedulikan semua tuh.
Hehehee...

Wednesday, May 16, 2018

Umrah-Tabung Haji

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.
Syukur.
Allah bagi rezeki. Allah sampaikan seruan, panggilan, peluang agar dapat menjejakkan kaki ke Tanah Haram.
Pergi Madinah.
Pergi Mekah.
Tengok puas-puas Kaabah.
Dan nangis sampai banjir depan Kaabah.
Syukur sangat.

Untuk maklumat lanjut bagaimana cerita idea, perancangan, all sort of kegagalan disebalik ini. Boleh baca dekat post before this.
Ada dok cerita tentang ini.
Trailer and luahan rasa semua lah.
Boleh korek sendirik.
Untuk bab kenapa pergi under Tabung Haji... ia adalah pilihan masing-masing.
Sebab utama ialah tengok mana yang menyenangkan. So, tak adalah esok-esok sok.sek.sok.sek cakap jauh la itulah.
Hati runsing, niat dah lari.
Tak bagus tu yer.

Yang penting jugak ...
Tengok kemampuan, jarak hotel dan waktu kita free untuk apply cuti, and jenis flight semua.
Pastu... umrah tabung haji dia mintak tiga benda jer.
Duit tuh cam biasalah. Deposit Rm1k sorang... lebihan one month before fly.
Second. Urusan passport.
Next, gambar belakang warna putih.
Tu jer...
And, about visa rasa ok jer. Ni agensi akan uruskan.
To me. Asalkan yakin dan boleh dipercayai akan mana-mana agensi tuh.
Niat kita dah baik.
Insyaallah, Allah permudahkan.

So far, daripada urusan documentation... buat kat pejabat Tabung Haji Tun Razak tuh. Alhamdulillah.
Ambil pakej Fairuz.
Ambil luggage pon bagus.
Ambil injection meningococcal pon sana juga. Kena caj Rm 150.00.
Dapat kad kuning.
And, kelas umrah sama juga di surau. Selang sabtu pergi, sebab claim hours kerja pon tak banyak.
Huhuhuuuu...

Nasihat lain, banyakkan baca buku tentang pengalaman orang yang dah pergi sana.
Solat sunat tuh rajin-rajinkanlah. Insyaallah...jadikkan routine.
Doa selalu.
Google lah sikit-sikit.

Dekat sana pulak, Alhamdulillah. Ada leader mutawwif yang bawa kami daripada Klia ke Madinah...
Dan dapat mutawwif baru untuk kumpulan kecil.
Mutawwif yang lain juga so friendly.
And sangat menjaga anak-anak bawahan mereka, yang mana on tongkat or wheelchair... pon depa jaga dengan baik.


Kesimpulannya, Tabung haji memang dirokomenkan.
Ramai cakap ia mahal.
Tapi, semahal mana pon. Berbaloi sebab niat kita baik.
Duit yang keluar pon... untuk jalan kebaikan. Daripada dok habiskan buat shopping, insyaallah. Untuk yang nih, pahala tak terkira.
Fikir-fikirkan dan selamat beramal.
= )

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...