Japan One: Makan Ramen & Sushi
Hello,
Antara benda yang aku hendak pelajari di Jepun adalah mengenai mereka punya bunga Sakura-dan aku punya tarikh memang musim bunga tapi Sakura jatuh dekat kawasan Hokkaido. Aku punya rancangan dekat kawasan Kansai pula jatuh awal bulan April. Jadi siapa-siapa hendak tengok sakura sila pilih tarikh yang betul ya. Selain itu, aku hendak tengok cara kehidupan dan makanan mereka- yang Halal. Aku pergi dengan emak aku dan aku pergi DIY-pergi sendiri dan susah sendiri. Ha, begitulah. Takut bercampur gembira, sebab ini adalah trip pertama DIY luar negara dan aku bawa orang tua sendiri. You can do it!
Malam 28hb April aku berangkat dengan KLIA Express, Klook yang dapat free cool blog tapi tidak boleh claim di KLIA area. Aci tak aci kan...Aku sampai KLIA 2, makan dulu dan tunggu macam biasa. Proses pergi Jepun sangat senang daripada pergi Korea, hanya perlu buat online registration di WEBPAGE JAPAN dan dapatkan QR code termasuk sekali custom declaration. Siap-siap screenshot, macam aku juga boleh buat pendaftaran emak bawah nama aku. QR code tapi akan dapat lain-lain. Ready jugak dokumen lain-lain macam tempahan hotel dan aktiviti semua. Senang.
Sangat mudah, semua komputer detection. Dan hanya dalam sejam sudah keluar arrival dan terus pergi ambil Modem daripda Klook jugak. Aku ambil paling minimum sebab Jepun banyak Wifi area, buat ada-ada sudah. Lepas itu, jalan kaki tiga minit untuk aku reedem tiket Klook kereta api Haruka Hello Kitty-pakai macam ATM tepi gate dia je-ambil yang book seat. Dan terus nampak lift, dan tunggu lima minit sudah sampai. Jepun memang google maps friendly-ikut tepat masa train atau bas situ. Dalam dua jam setengah perjalanan daripada airport sampai Kyoto Station.
Aku pergi musim Golden week-cuti panjang untuk orang Jepun jadi sedia untuk hadapi crowded dia lah. Sini, sudah nampak padat-aku terus guna delivery luggage drop hanya satu bag 700 ye ke hotel. Beli suica card untuk semua perjalanan-ini aku recommended. Aku hendak beli tourist apackage, tapi penuh gila tourst area tu,,,Jadi aku lupakan jerla. Jalan pergi Toji Tample, satu station daripada Kyoto Station dan jalan kat luar je. Aku bawak emak aku nanti dia pelik aku bawak masuk Tample. Hahhahha...
Lepas itu, aku naik bas pergi ke Nihiki market. Jalan-jalan sini tengok amkanan laut Jepun dan segala manisan mereka. Macam chowkit lah, tapi bersih sikit. Aku beli Strawberry 1,000 yen-lepas itu, aku rasa baik beli dekat luar sini yang tepi jalan itu dapat 350 yen jer. Sini tourist place kan, goreng kencang lah. Jalan kaki balik Hotel, dalam tujuh minit jalan. Hotel aku nama Sotetsu Fresa Inn Kyoto Shijokarasuma. Tempat bagus, dan tengah-tengah. Staff memang membantu. Hotel Jepun semua ada-dengan sabun, facemasak, green tea memang sedap. Malam jalan kaki tiga minit sampai Ayam Ya.
Ayam Ya restaurant ini, kau mesej IG dia tanya buka tidak hari itu. Dengan sediakan duit kecil-kecik, kalau duit besar boleh beritahu hendak tukar duit kecil. Sebut pasal kedai makan Jepun-mereka hanya buka limit time-11.30 sampai 0230 petang dan malam pula 0630 sampai 0830 malam. Dan untuk kedai halal datang la awai. Kalau malas hendak beratur panjang!. Balik makan, aku singgah Family mart-beli buah poton kesukaan kami. Ada buah epal, nenas dengan peach, pisang. Sedap, satu paket dalam 150 yen atau RM 4. Buah Jepun berkualiti dan mahal kan. Berbaloi!
Esoknya, aku plan hendak pergi Gion tengok sunset-emak aku demam flu, sebab suhu 10-14 degree. Aku tunda kejap dan terus jalan-jalan sekitar pukul 0900 pagi dan terus ke Bento Workshop. Dalam tiga jam aktiviti siap. Dan balik hotel mandi solat semua, rest kejap. Pukul 0100 pagi ke Nijo Castle-best, memang dapat tengok sendiri keseluruhan istana. Kau berjalan atas papan lantai dia ada bunyi pun ada maksud okay! Macam itu sekali mereka ketelitian. Aku skip Imperial Palace seba b tutup pukul 0300 petang, aku pergi Gion. Ini sekali lalu sahaja sebab hujan lebat!
Aku balik hotel, rest dan siap-siap makan Ramen dan ayam goreng di Ayam Ya restaurant. Sebab dekat, hahahha... lepas itu, aku singgah sekejap di Kimono shop. Aku beli kimono top sahaja. Paling murah ada dalam 5,000 yen, aku beli pink belacan Kimono top dalam 8,000 yen. Dalam pun siap bercorak, dan silk material! Lepas itu, jalan singgah Family Mart macam biasa beli buah kesukaan ramai.
Esok paginya aku pergi Bamboo area naik train. Jalan pagi-pagi, memang tidak ada orang. Dan kedai pun tidak buka lagi. Aku siap breakfast nasi goreng bekal lagi dekat sini. Hahhaha, ada pak cik Jepun itu tengok aja. Aku lapar. Pusing satu bamboo area, cantik dan kemas. Balik itu baru namapak sudah ramai orang dan aku naik bas dengan suica card sahaja. Kan aku cakap hendak lalui apa orang Jepun buat harian mereka. Dengan musim bunga, memang indah perjalanan.
Balik hotel, kemas-kemas. Kyoto Osaka drop luggage hanya sampai esoknya sahaja-aku seret jerla luggage. Tengahari gerak Kansai train pergi Osaka Station sebab elak petang orang balik kerja.
Kita sambung ke bahagian ke-dua !
Berapa bajet ke Jepun? Klik here.
Comments
Post a Comment
-please share your thoughts here, dude