Search This Blog

Sunday, July 17, 2022

Tambah pahala dengan amalan-amalan ini di Bulan Zulhijjah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah SWT diatas permudahan menjalani bulan Zulhijjah 1443. Tahun yang sangat istimewa kerana menjalaninya di bumi Mekah walaupun hanya atas urusan kerja dan bukanlah untuk menunaikan Haji-niat bekerja demi Allah dan agar mepermudahkan urusan-urusan Hajah dan Haji ini di sini.  Apa yang menarik, hospital kerajaan Arab Mekah akan melakukan sehabis baik bagi pesakit-pesakit untuk pengangkutan ke Arafah-hingga mereka yang boleh adaptasi BIPAP (pernafasan menggunakan mesin dan pesakit sedar) jika boleh. Ini yang sangat dihargai, MasyaAllah Tabarakallah-sampai begitu sekali.

Ada satu pesakit bukan Arab, kedatangannya sangat tidak stabil dan betul-betul di hari Arafah dan hospital tidak membenarkan dia ke sana. Tetapi dia mahu turun katil dan menarik semua wayar-betapa sunggul wajahnya bila banyak kali dipujuk-dan sampai sahaja habis waktu Arafah dia hanya redha dan terbaring lesu. Dan hari ke hari, kesihatan semakin merosot dan semakin kritikal. Semalam, dia pergi dengan wajah yang bersih dan tersenyum. Al Fatihah. Banyak sebenarnya kisah-kisah yang dipelajari akan Hajj tahun ini. Mereka-mereka adalah insan terpilih, meninggal di bumi Mekah-tanah Haram dan jihadnya berpanjangan di jalan Allah, moga menerima Jannah kurniaan Allah.

Bagi Muslim-Muslimah lain, moga-moga penat lelah dan peluh panas ini dikurniakan Allah akan Haji Mabruk dan limpahan pahala. Mekah sangat panas dan mencecah 38-40 darjah, jadi kekuatan kesihatan sangat penting. Sebab itu dinasihatkan, jika masih muda-pergilah menunaikan umrah. Rasai Tawaf di tengahari dan Saie. Dan jika tidak berkesempatan untuk yang sudah lanjut usia, boleh juga siap-siap bersenam di Malaysia. Jadinya sudah kebiasaan dan otot-otot badan tidak terkejut. Perbanyakkan juga minum air, dan makan makanan sihat sebelum berlepas. Lawat doktor peribadi untuk mendapatkan ubat sepatutnya dan bekalan yang cukup. InsyaAllah urusannya dipermudahkan.

Dan bagi yang tidak menunaikan Haji, jangan melepaskan peluang untuk menjalani ibadah korban-jika berkemampuan. Korban bahasa Arab-qariba-yaribu-qurban yang bermaksud dekat. Iaitu mendekatkan diri kepada Allah, dengan menyembelih binatang yang dibenarkan pada hari Aidiladha 10 Zulhijjah dan Tasyrik 11,12,13 Zulhijjah. Hukumnya sunat Muakkad-sangat dituntut bagi mereka yang beragama Islam, Baligh, Berakal, Berkemampuan, dan Merdeka. Surah al Kauthar ''Oleh itu, kerjakanlah sembahyang keran Allah dan sembelilhlah koraban sebagai tanda bersyukur''. Mereka juga perlu patuhi larangan tidak memotong kuku-rambut-bulu daripada 1 Zulhijjah hingga Korban-Mazhab Syafie.

Bagi mereka yang mengejar juga pahala di bulan Zulhijjah, banyak amalan-amalan yang disunatkan dan antaranya ialah dengan berpuasa! Puasa Sunat daripada 1-7hb dan Puasa Tarwiyah 8hb, Puasa Arafah 9hb. 10hb tidak boleh berpuasa sebab sudah Hari raya. Dalam berpuasa juga amalkan Membaca Tasbih (SubhanaAllah-Maha Suci Allah), Tahmid (Alhamdulillah-Segala Puji bagi Allah), Tahlil (Laila hailallah-Tiada Tuhan Selain Allah), Takbir (Allahuakhbar-Allah Maha Besar). Di Mekah sama ada di masjid atau hospital atau di ''shopping mall'', laungan takbir akan dibuka selepas solat dan kemudian sepanjang masa dan ia sangat istimewa. Sedih sebab dengar takbir Raya tetapi gembira sebab sama-sama laung takbir sambil buat kerja. Nanti bila dekat Malaysia, boleh la buka sepanjang awal Zulhijjah.

Amalan lain adalah, banyakkan membaca al-Quran. Di Mekah, sebelumnya hanya paparan langsung Majidil Haram akan disiaran di Tv hospital atau suasana di Madinah. Dan masa mula wukuf Di Arafah, tengah-tengah jaga pesakit, sambil-sambil tengok Haji dan Hajah buat Wukuf berjalan sejauh-jauhnya ke Arafah sambil takbir. Sangat-sangat menyentuh hati-betul-betul mereka insan terpilih. Banyakkan juga bersedekah, sedekah la walaupun RM 1 jika itu mampu. Alhamdulillah, niat dan amalan terlaksana tahun ini. Solat malam dengan Tahajjud dan Taubat sebanyaknya. Walaupun Arab dan Malaysia jarak 5 jam-ambil kesempatan itu. Setahun sekali sahaja, tahun depan tidak tahu panjang umurnya.

InsyaAllah, ini adalah perkongsian daripada hati yang niatnya untuk menunaikan Haji pada tahun depan. Aaamin Ya Allah-jemputlah hamba mu ini-mampukanlah dan redhailah. Ada rezeki lebih, bawa keluarga datang sekali. Untuk yang di luar sana, janan putus doanya-jika tidak berkemampuan Haji-buatlah umrah. Pergi masa muda dan masa tengah sihat walafiat. Petik hati yang terikat pada duniawi, nak kejar apa dengan kumpul duit--duit itu semua. Pergilah ke Tanah Haram dan pandanglah Kaaba, itulah ''rumah'' sebenar kita. Mereka yang terpanggil, mereka insan terpilih. InsyaAllah, niat baik semuanya akan lancar selancarnya.

Saturday, June 18, 2022

Sunset: MCL Part B

(new update)

The continuation from my MCL Project and then MCL Main Part A...we realized then how like 20 or 30 years passes without much achievement. For me, I really much details in my 20's part and I need to go more for this 30's part. So, I appreciate every second and which time I spend with. I didn't go for words only but for actions series. Like Nike said ''Just do it'', and just do it bro! And then then new fail are new scar. Keep on learning and gain much experienced. 

Here come are for the Main part B-we will go for the six sub coordinates which are included many important thing in life.  For each part, I just acknowledge a simplest thing and you all the one need to complete it by own preferences. My lifestyle surely not same as you all, our journey up and down based on own self reward. Make sure that is what we proud of, makes us smile like crazy when to think about. The process and memories always be good skill learner. 

Ready?!


Goal 1: My Islamic Practices 

-Perfecting my Prayer

-Tafseer Quran Project

-Favorable Islamic Class: Motivational, Sunnah & Prophet.

-Life in Mecca Stories (Umrah, Hajj)

-Cool Muslimah in Style


Goal 1: Quality of Health

-Quality of Sleep

-Good Intake Diet: Consume (Salt, Sugar, Oil, Water, Fast Food) + Vitamins + Allergies

-Positioning, Exercises, Breathing

-Mental Health


Goal 2: A Lively Relationship

-Little Family : Partner and Kids

-Big Family Stories

-Friends (Childhood, School, College, Work)

-Relatives and Muslim World

-My Volunteer Project


Goal 2: The Natural skills

-Work Aboard, Degree

-Books Project: Books Review, MCL journaling.

-Language Time (English, Bahasa, Arabic, Sign, Mandarin)

-Adrenaline Rush Project

-Hobbies: Gardening, Driving, Sewing, Swimming


Goal 3: Secret Financial confident

-A Millionaire in Line + Investment

-Asset and Management

-The Minimalist Liabilities

-The Expenses and Consumers Role

-Money Talk to Community : GDP, Taxes, Government.


Goal 3: Sweet Delight future

-Travel the World

-Future Home Retirement

-Future Graft Life in Progress

-Life without Regret

Above are actually about five years ago to the secret code for my life, but it is only the based data. You can take a good acknowledgement them make it to your side. I like every single process, and it make me busy to achieve more even I'm 60 or in 70 years old, I think. I don't know about everyone goals or their process for it, but his is mine and I took it personally. I can do it, You can do it...Just do it and thanks me later. No sweat!

Sometimes rainbow bring the smile and heavy rain drain our energy. But it is survival mechanism, you can run for the problem but think by the smart move. The kick out from toxic environment surely hard but this will build a shield to become stronger and rigid. Make it as a challenger and the new you, changes everyone can said but no one willingly to do it. Happy thinking, happy organize back your life and happiest destiny ahead!

See you later germs.


Umrah Tawaf Bacaan Doa

 Assalamualaikum,

Ini adalah sambungan daripada lmbaran pertama: Umrah  Tawaf dan Praktis. Seperti yang diungkap, amalannya ialah doa yang hadir daripada hati yang paling dalam. Dasar hati yang gelap dan wujud daripada titik dosa hingga ke hitaman pandangan. Jangan malu, pikul semua itu dan bawa bersama waktu melakukan Umrah. Dijemput dan dipanggil Allah untuk ke rumahnya, disini menjadi saksi segala aduan dan tangisan yang diluah. Kenapa malu untuk menitikkan air mata? Sekeras mana hati bila pada Penciptanya ia menghadap. Allah membelai hati-hati yang diberi syafaatNya. AllahuAkbar.

Apa bacaan masa Umrah tawaf? Doaku baca mengikut pada pengalaman hidup di atas dunia, disini dititip asas tujuh pusingan bacaannya. Kalian boleh mengambil panduan dan kemudian menjadikan pada doa yang lain lebih baik dan diberkati. Jangan sia-siakan masa yang ada di dunia ini untuk menjadi insan yang dipilih Allah. Tujuh pusingan sangat sekejap, lebih kurang 30 minit sahaja. Gunakan setiap detik pandang sayu pada Kaaba, lidah itu menekan doa-doa seisi hidup. Mudah-mudahan ini menjadikan Muslim Muslimat di luar sana, Umrah tawaf mudah dan penuh kesyukuran.


1-Doa untuk Nabi Muhammad dan para sahabat baginda. Titip Al Fatihah, doa dan selawat buat setiap perjuangan baginda pada Islam yang membawa diri ini hadir sebagai seorang Muslim. Titik peluh dan darah mereka yang mengalir semua buat Islam, keberkatan hidup mereka dan syurga buat mereka. Allah menyayangi mereka dan doa juga hadir untuk Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah. Gerakkan hati ini dan perbuatan depan untuk sama-sama memperjuangkan apa yang dijuangkan mereka pada masa lepas. Islam itu agama hakiki, ucap Syahadah. 

2-Doa untuk keluarga dan saudara. Titip Al Fatihah dan sebut nama Ibu Ayah yang melahirkan dan membesarkan. Jasa mereka sangat besar dalam mendidik dan keruh payah membentuk akhlak dan iman anak-anaknya. Doa juga buat adik-beradik, sebuat nama mereka dan anak-anak mereka. Lindungi mereka dan masukkan semuanya ke dalam Syurga milikMu ya Allah dan jangan ditinggalkan walaupun satu. Kerana Syurga itu indah dan neraka itu menyakitkan. Doa sama buat saudara dekat dan jauh, titip Al Fatihah buat mereka juga. Moga hidup mereka diberkati dan dilindungi.

3-Doa untuk kawan-kawan, jiran dan Muslim Muslimat dunia. Orang di sekeliling doakan sekali, ini antara penyebab pintu syurga dijejak. Jadikan kawan-kawan juga antara golongan yang Islami dan sembahyang pada awal waktu. Doa buat jiran yang dimualiakan, berbaik sangka selalu dan buat yang dilupakan dan tak terungkap. Antara halal dan dosa pahala diserah, maafkan mereka dan lepaskan segalanya. Minta di tenangkan hati daripada fitnah dan jalan yang berliku, Al Fatiha buat Muslim Muslimat seluruh dunia yang terlepas pandang kelaparan, kepayahan atau kekedaifan. 

4-Doa buat diri sendiri, Kepala. Titipkan Al Fatihah buat diri sendiri, mulakan daripada atas iaitu kepala. Meminta untuk diberi pemikiran yang aman, tegar Islam, suci daripada pengalaman lepas dan kekotoran dunia. Membawa pemikiran untuk berbaik sangka selalu, dipelihara daripada fitnah dunia dan kubur, walaupun fitnah angin kecil. Doa untuk menjaga aurat secukupnya juga setiap helai rambut. Lindungan panas pada Hari Kiamat dan meredupkan pandangan mata pada yang diredhai. Telinga yang mendengar Islami Allah. Juga pada lidah dan mulut yang berkata-kata baik sahaja dan selawat padaMu.

5-Doa buat diri sendiri, Badan. Titipkan Al Fatihah pada diri sendiri. Doa hati yang khusyuk, selalu memaafkan dan diberkati. Doa juga untuk solat-solat diterima, kesihatan baik, menikmati hasil halalan atas bumi ini. Doa ditujukan untuk keberkatan pekerjaan yang dilakukan, lulus peperiksaan, pakaian yang dipakai, dan pembelajaran hari-hari. Doa pada hadapan hasil kekayaan yang melimpah ruah tanpa putus seperti air Zam-zam dan menggunakan baik isi dunia. Doa buat ujian di dunia dengan media sosial dan hanya pada Islam semua diserah.

6-Doa buat diri sendiri, Kaki Tangan. Titip Al Fatihah pada diri sendiri. Doa untuk tangan yang lahir yang melekap dan gunakan ia pada jalanMu hingga akhir hayat. Ia menjadi saksi akan menerima kitab amalan kelak akhirat di tangan kanan dan asbab kebaikan membawa ke Syurga milik Allah. Doa buat kaki yang melangkah pada tempat-tempat diberkati, dipelihara auratnya dan tiada kekasaran dilakukan. Kaki ini menjadi saksi jejak-jejak di Syurga dan kelembutan dasar tanah milik Allah. 

7-Doa buat diri sendiri, Keseluruhannya. Titip Al Fatihah pada diri sendiri. Doa buat pasangan dan keluarganya yang Islami dan peneman akhirat, rezeki anak-anak lahir menegakkan Islam dan perkahwinan bahagia hingga akhir hayat. Doa buat hidup dunia penuh keberkatan dan keredhaan hakiki hingga membawa Syurga di akhirat. Matikan dalam Syahid, menyebut Syahadah dan namaMu Allah. Jasad ini penuh dosa, hapuskanlah dan sucikanlah dan mulakan hidup baru dan tetapkanlah Islam itu pada diri hari ke hari. Takutku pada neraka, dan selamatkanlah daripadanya, Allah O Allah, Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan doa-doaku. Aamin.

InsyaAllah, doa-doa yang diucap itu didengar dan diberi perhatian oleh Allah. Doa-doa ini juga boleh digunakan untuk hari-harian selepas solat atau doa berkati di dalam solat. Selepas Tawaf, buatlah solat sunat Tawaf dua rakaat dan sambung doa-doanya lagi. Mana yang tadi tertinggal atau terlupa, Allah sentiasa ada dan Maha Mengasihani. Ingat, jangan putus doa untuk memberi tahu Allah bahawa insan ini tidak pernah putus asa untuk mendapatkan rahmat dan berkat milik Allah. Allahu Akbar! 

Dalam masa beberapa hari, akan memasuki musim Haji. Moga buat yang menunaikan Haji, makbrur buatmu hamba Allah. 

 

Japan trip 1

Hello,  Aku sebenarnya tengah vacation mood, daripada 18hb April. Memang rancang akan update, Kita kemas-kemas blog yang dah usang gila ini....