Posts

Showing posts with the label umrah dan pengalaman

Translate

Umrah Tawaf Bacaan Doa

Image
 Assalamualaikum, Ini adalah sambungan daripada lmbaran pertama: Umrah  Tawaf dan Praktis. Seperti yang diungkap, amalannya ialah doa yang hadir daripada hati yang paling dalam. Dasar hati yang gelap dan wujud daripada titik dosa hingga ke hitaman pandangan. Jangan malu, pikul semua itu dan bawa bersama waktu melakukan Umrah. Dijemput dan dipanggil Allah untuk ke rumahnya, disini menjadi saksi segala aduan dan tangisan yang diluah. Kenapa malu untuk menitikkan air mata? Sekeras mana hati bila pada Penciptanya ia menghadap. Allah membelai hati-hati yang diberi syafaatNya. AllahuAkbar. Apa bacaan masa Umrah tawaf? Doaku baca mengikut pada pengalaman hidup di atas dunia, disini dititip asas tujuh pusingan bacaannya. Kalian boleh mengambil panduan dan kemudian menjadikan pada doa yang lain lebih baik dan diberkati. Jangan sia-siakan masa yang ada di dunia ini untuk menjadi insan yang dipilih Allah. Tujuh pusingan sangat sekejap, lebih kurang 30 minit sahaja. Gunakan setiap detik p...

Umrah Tawaf dan Praktis

Image
 Assalamualaikum, Apa khabar hamba Allah yang dirahmati sekalian, harap-harap semuanya diberi kesihatan dan kekuatan yang berpanjangan untuk hidup ini. Tentunya kalian memilih untuk membaca artikel ini apabila hati terdetik untuk menunaikan Umrah atau rezeki terbuka membuat Haji. Alhamdulillah, syukran ya Allah yang Maha Berkuasa Lagi Maha Mengasihani. Allah memanggil insan-insan yang terpilih ini untuk ditipkan hati kembali ke pangkal jalan-jasad suci dijemput untuk ke rumah Allah. Bukan mudah, bukan murah juga tetapi ia adalah keputusan sebaik keputusan dalam hidup.  Maka untuk menjadikan ianya semakin terindah dan dipermudahkan amalan, persiapan mendalami ilmu agama adalah sangat penting. Ini agar keindahan Islam itu meresap ke dalam hati dan senang untuk membuat kebaikan seharian. Walaupun sudah kembalinya ke Malaysia, dipraktiskan juga amalan baiknya seperti cukup menutup auratnya. Asas ini nampak mudah tetapi sering kali diabaikan dan dipandang remeh, ini kerana hati itu...