Tambah pahala dengan amalan-amalan ini di Bulan Zulhijjah

Assalamualaikum, Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah SWT diatas permudahan menjalani bulan Zulhijjah 1443. Tahun yang sangat istimewa kerana menjalaninya di bumi Mekah walaupun hanya atas urusan kerja dan bukanlah untuk menunaikan Haji-niat bekerja demi Allah dan agar mepermudahkan urusan-urusan Hajah dan Haji ini di sini. Apa yang menarik, hospital kerajaan Arab Mekah akan melakukan sehabis baik bagi pesakit-pesakit untuk pengangkutan ke Arafah-hingga mereka yang boleh adaptasi BIPAP (pernafasan menggunakan mesin dan pesakit sedar) jika boleh. Ini yang sangat dihargai, MasyaAllah Tabarakallah-sampai begitu sekali. Ada satu pesakit bukan Arab, kedatangannya sangat tidak stabil dan betul-betul di hari Arafah dan hospital tidak membenarkan dia ke sana. Tetapi dia mahu turun katil dan menarik semua wayar-betapa sunggul wajahnya bila banyak kali dipujuk-dan sampai sahaja habis waktu Arafah dia hanya redha dan terbaring lesu. Dan hari ke hari, kesihatan semakin merosot dan semakin k...