Search This Blog

Monday, April 09, 2018

Penat hal dunia

Assalamualaikum.

Aku memang jenis, selagi aku boleh buat.
Aku buat.
Aku tak suka susahkan orang lain.
Even dia mak aku ke.
Ayah aku ke.
Abang aku ke.
Akak aku ke.
Adik aku ke.
Kawan-kawan aku ke.
Or sesiapa pon.

If benda tu, diorang tak merasa apa-apa.
Aku tetap rasa aku nih menyusahkan jugak.
Aku telah membebankan hidup diorang.
Sebab diorang buat benda on my behalf.
Or part kena temankan aku ke.
Sometime, ada yang jenis suka if aku relay on diorang.
Tapi, tu nampak macam aku lemah.
Aku tak gheti buat kerja.
... Dan aku tak suka peurasaan tuh semua.

Dan baru-baru nih.
Depa bincang pasal siapa nak hantar mak ayah untuk pergi umrah.
Aku macam?
Kenapa kena ada soalan sampai macam tuh...
Kenapa?
Apa sudah jadi sebenarnya dalam hidup keluarga aku.

Mungkin, ia memang salah aku.
Aku terlalu yakin akan makna pertolongan.
Makna berbakti.
Makna kita adalah adik beradik.
Silap aku sendiri.
Aku patut selesaikan ini semua.
Kan.

Aku tahu aku yang plan semua ini.
Aku sorang jer yang excited, terkinja-kinja melompat-lompat nak pergi sangat.
Aku kumpul duit sorang-sorang.
Aku tak kisah aku tak makan ke.
Yang aku tahu, aku dah tolak duniawi.
Aku nak akhirat. Aku nak saham akhirat. Aku kejar itu.
Sebab tu, aku sanggup sponsor semua. Sebab tu, aku sanggup uruskan urusan semua sengsorang.

Aku yang nak sangat pergi.
Degilnya aku untuk pergi Tanah Haram.
Padahal. Mak ayah adik lelaki aku pon tak kisah apa.
Aku jer.
Manusia yang dah penat dengan hal dunia.
Betul.
Aku nak rehat.

... Dan bila gini, aku memang kecik hati.
Hati aku sedih. Aku menangis.
Kecewanya aku pada ahli keluarga sendirik, yang aku sayang sangat.
Ada tak dapat cuti.
Ada nak pergi convo.
Ada hal keluarga.
Dan itu ini.
Aku salahkan diri sendiri.
Aku nampaknya dah susahkan mereka.
Aku tak suka itu.

Aku cakap. Tak apalah, hantar la mak ayah gi airport Senai.
Nanti pandai-pandailah aku sambut mereka kat KLIA.
Itu mak aku.
Itu ayah aku.
Itu adik lelaki aku.
Mereka darah daging aku.
Jangan kau cakap mereka menyusahkanmu.

Even, aku sendiri akan naik LRT. Train...pergi KLIA.
Sebab aku tak nak susahkan sesiapa.
Aku tak nak ambil grab. Duit tu aku boleh buat derma kat pakcik, mak cik cleaner kat KLIA.
Tak apa. Aku harap.
Asal bila mereka keluar departure gate nanti, aku dah ada depan mata.
Sebab aku yang cipta semua ini.
Aku yang reka perjalanan ini.
Aku kena bertanggungjawab.

Time tuh, aku nak minta maaf sebab memenatkan mereka.
Aku tak dapat nak sediakan tempat mereka nak berehat sekejap.
Tidur ke apa.
Makanan ke apa yang ikut tekak.

Hanya perjalanan ini yang mampu aku hadiahkan.
Perjalanan yang tak seindah mana.
Cukup untuk dihargai.
Cukup untuk mereka kekalkan dalam ingatan.
Dan moga-moga ia membawa perubahan yang baik pada setiapnya.
Itu doa aku.

Dan aku harap biarlah perjalanan ini berakhir dengan seperti yang diharap dan ia tak menyusahkan sesiapa.

=)

Sunday, April 08, 2018

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.


Hasil carian imej untuk weheartit mecca

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Dan jangan sesekali kau seka airmataku.
Itu tentang penyesalan hamba pada Penciptanya.
Bagilah ia masa.
Banyak yang ingin diceritakan.
Terlalu banyak yang ingin diampunkan.

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Maka titik titik basah pada kain putih yang meliputiku, jangan kau tanya kenapa.
Kerana bicara hatimu,
Akan aku biarkan berdesis dalam senyap.
Pesan aku pada kau. 
Jangan biarkan kataku mati sebelum waktunya. 

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Jangan juga dihulur kain simpananmu.
Takut nanti tidak berani aku sambut.
Dan kau ingat aku menyisihkanmu.
Kerana bukan itu maksudku.
Tanganku masih lagi menadah. Masih lagi meminta. Masih lagi berharap.
Ia tidak mampu aku lepas.
Pada langit, aku tahu Dia mendengar.

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Cukuplah kau berada disampingku.
Duduk depan tanpa melihat ke belakang.
Menyaksikan aku jatuh memikirkan kedosaan diri.
Entah apa dalam fikiranmu.
Aku malu pada diri sendiri.
Yang diselaputi penyesalan beribu.

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Jika benar kau sayangkan aku.
Selitkanlah aku pada doamu itu.
Berdolah lagi untuk aku.
Aku perlukan doa sebeitu untuk bahagia.
Dan moga dimakbulkan Tuhan hendaknya.

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Pada dingin pagi, kau temankan.
Pada dingin malam, kau temankan.
Setiap langkah yang diambil.
Teruskan berjalan, walaupun perlahan.
Seribu rasa.
Seribu rahsia.

Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Tolong.
Biarlah maafku ini yang tiada pengakhiran.
Utuk diri,
Untuk kau,
Untuk mereka.
Dan kepada Dia.

Wednesday, April 04, 2018

Ubi rebus

Assalamualaikum.

Hari ini bagi makan ubi rebus untuk budak kat my department.
Selesai.
Alhamdulillah.
Rezeki bagi-bagi.
Ubi kayu daripada kampung masa tu... jiran bagi free.
My emak soh bawak KL.

Sebab tahu kalau dok kat kampung tu, bukan ada orang makan pon.
Tapi dia tak tahu, anak dia pon bukanlah kaki makan.
Hahhaa...
Lastnya, bagi kat orang lain.

Orang bagi rezeki, kita bagi orang lain pulak.
Memanjangkan rezeki gituuu.
Tak salah kan...
Hehhehe.

Diorang makan camtu jela.
Sebab tak ada la sambal ikan bilis ke apa.
Kelapa ke.
Gula diabetic ada la.
Pandai-pandailah hidang sendirik.

Dah tolong rebuskan, seikhlasnya pon da kira ok.
Tu jela.
Next time try nak belanja diorang makan.
Before pergi for my #onthewaytomecca project.
Insyaallah jika berkesempatan.

If tak, ingat nak bagi orang tepi jalan makan jer.
Senang gak.
Kan.
Oklah.
Bye!

Japan trip 1

Hello,  Aku sebenarnya tengah vacation mood, daripada 18hb April. Memang rancang akan update, Kita kemas-kemas blog yang dah usang gila ini....