Search This Blog

Friday, July 19, 2013

cerpen: kecoh raya


Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat kulalui dengan sempurna,
Selangkah demi selangkah, setahun sudah pun berlalu,
Masa yang pantas berlalu,
Hingga tak terasa ku di bulan ramadhan,
Semula.
Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna,
Agar dapat kulalui dengan sempurna,
Puasa satu amalan, sebagai mana yang diperintahNya,
Moga dapat kulenturkan nafsu yang selalu membelenggu diri,
Tiada henti-henti.

“Uit. Berangan!” Tegur Sarah sambil menyinggung kasar lengan kawannya.
Hani terkebil-kebil seribu. “Hurm.”
Hurm? Melihat tiada tindak balas seterusnya, Sarah angkat kening. Hish, dia ni. “Wake up, cik Hani.” Dan menepuk kedua belah pipi tersebut hingga Hani menjadi lemas. Dia senyum segaris, tanpa ada riak bersalah. Kemudian selamba mendapatkan tempat duduk disebelah, “Hani, esok start fasting month.”
Hani yang sememangnya tahu memberikan pandangan, so-what?

“Jadi, macam biasalah. Kau jangan lupa kejutkan aku bangun sahur sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.” Sarah berkata. Menekan sedikit pada perkataan bulan-penuh-keberkatan.
Membetulkan keselesaan diri, Hani mencebik dalam diam. Setiap tahun itulah aktiviti yang tak pernah dia miss. Suruh kejutkan orang bangun sahur? Settle, tetapi dia telah merancang membuat serangan balas. “Tiga kali, Sarah. If you’re not awake, gonna say sorry, beb.” Sambil melambai tangannya tinggi.
Sarah kaku tak bergerak dan membulatkan mata, “Weh mana aci!”
Membuatkan Hani menyembunyikan senyum. Macamlah kalau kau tak makan sahur sehari terus buat gaya kebulur setahun. Sarah oi Sarah, bilalah kawan aku ini akan jadi matang dalam soal pemakanan? Walaupun badan maintain ‘papan’.

“Mana aci?” Tiba-tiba Risa muncul dengan dulang, bertanyakan soalan yang mampu membuatkan Hani dan Sarah saling berpandangan. Kening kami terangkat-angkat.
“Aci kat India la, Risa” Sarah semulajadinya cepat menyakat.
Hani menyembunyikan senyum. “Siapa aci? Your new boyfriend?
Risa menjeling tajam pada keduanya. “Haish! You’ll ini memang kan.” Risa bengang. “Whatever!  Like do I care?”  Membuat muka tetapi tetap menghulur mug air milo panas buatan sendiri setiap seorang. Malam-malam begini, elok sangat melepak depan TV. Yelah, bukan selalu dapat elakkan diri daripada assignment final paper. Tiba-tiba Risa petik jari. Teringat soalan cepumas, walaupun menggagak akan menerima jawapan yang sama sejak empat tahun lalu. “So korang semua, raya ni balik mana?”

Menerima soalan yang membosankan. Sarah menjawab sambil tersenyum plastik. “Macam biasa, buat kerja sambilan. Si Huzaimi dah plan sebab kawannya kata ada kerja kosong dekat rumah penginapan tempat dia kerja tu. Cuti semesta pun lama. Bolehlah dapat kumpul duit poket lebih.” Memang itulah rutin setiap tahun bila tibanya Raya untuk anak yatim piatu sepertinya.
“Hani?” soal Risa pula.
Me? Flying without wing to German, because my daddy has a business to settle down there and my brother will join us on the second Hari Raya. That’s all. Forth Raya, I come back here.” Begitu mudah Hani menyenaraikan jadual hidupnya.
Setelah mendengar perancangan Raya tak Raya kawannya, Risa geleng kepala sambil kerut dahi. “Hello girls sekalian. Ini Hari Rayalah, not Hari Wesak even Hari Gawai. Takde suasana Raya langsung!” Senyap. Dia tarik nafas dalam-dalam, sudah tahap parah berdarah perasaanya. Aku ke atau mereka yang tersesat dalam Negara sendiri? Dia bangun sambil bercekak pinggang. Kehulur kehilir dua tiga kali. “Okeh, make it easy. Memandangkan kita semua sekarang di final semester, you’ll like or not,  Raya nanti balik kampong aku.” Tekad yang membuatkan keduanya terjerit serentak. Bingit!
Hani urut rambut ke belakang. Satu hari Raya tanpa Papa dan abang? Surely I don’t care.No comment. On if Sarah ikut sama. ” Santai dia membalas. Risa yang mendengar tunuk tanda bagus. Membuatkan Sarah di kerusi satu lagi sebagai tumpuan utama.
“So, cik adik manis Sarah?” Risa menyoal tanpa nada.
“Biar betul hang Risa. Hani?”  Tak pernah sejarah hidupnya untuk beraya di rumah orang. Selama ini pun, selepas keluar daripada rumah kebajikan, dia sudah biasa beraya sesorang atau berdua dengan Huzaimi. Hidup aman permai sampai sekarang.
“Yeah, serious. Tanpa dolak dalih. Please, kita Raya dekat kampong aku.”

Sarah ketap bibir. Dia mati akal. “Aku kena kerjalah. Lagipun-”
“No dear, aku akan beritahu si Huzaimi yang kau akan cuti balik kampong.” Potong Risa laju. Mematahkan segala bantahan sepantas kilat. Dahsyat! Huzaimi? Mesti dia pun tak kisah.
“Tapi…” Sarah memandang Hani.
Hani lempar senyuman  panjang. Mengerti perasaan rakannya itu. “Orait Sarah, kita balik kampong Risa tahun ini ya. Nak kerja apa lagi, tak cukup ke dengan sponsorship yang kau dapat? Esok lusa pun belum tentu tahu dapat kumpul macam ini. Kitakan da final semester sekarang, jomlah.” Pujuknya lembut.
“Hurmm,” Sarah pandang permaidani. Mesti ke?
“Boleh la Sarah, mak ayah aku pun teringin benar nak beraya bersama kamu berdua. Rahim dan Tini tentu gembira kalau we all be there. Jomlah.” Bila Sarah tetap menunduk, Risa change plan. Scene B, buat ayat drama Melayu. “Sedih la, Hani. Yelah, sedar siapalah aku nak ajak kau berdua duduk di rumah buruk kami. Kampung pulak tu. Kami ini kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang. Sudah orang tak sudi-”

“Yelah, yelah” Sarah bersuara menggembalikan keceriaan di wajah Risa. “Aku ikut. Dah jangan buat ayat sedih-sedih macam nih. Geli tekak aku.”
Yes! I love you.” Risa melompat sendirian. Sarah geleng kepala, kakak siapa la ini.
Hani menyandar badan ke sofa, “Ehem-ehem, about flight ticket you all no need to worry, my treat.” Dan diserbu pelukan kedua kawannya. Apa ni?
“Oh, thank you so much Hani. Awesome! Jimat duit aku.” Jerit Sarah disambut ketawa beramai-ramai.
Hani tersenyum panjang, “You’re welcome.” Sorry Papa dan abang, Hani tak dapat beraya bersama kalian. Hani minta kebenaran untuk beraya disini. Bersama keluarga Risa di selatan Malaysia. InsyaAllah, Raya ke tiga kita akan berjumpa. Selamat Hari Raya!

Selepas lebih dua minggu setengah meneruskan kuliah di bulan puasa, suasana Raya semakin menggujakan. Malam kemas barang. Dan pagi-pagi lagi kami telah berangkat daripada lapangan terbang Kuching ke Senai. Tidak kenal penat, kami membeli belah untuk barangan keperluan Raya. Singgah sana, nampak murah sini. Tapi belinya dekat kedai situ. Siap semua, baru perasan yang habis penuh boot kereta Wira bapak Risa dengan segala beg kemudian ditambah lagi hasil pembelajaan.
“Kau la ni, Sarah. Beli tak beringat.” Hani berkata apabila hendak masuk ke dalam kereta.
Sarah pandang pelik. “Murah la. Tapi confius kejap. Aku atau kau yang beli tak beringat? Rasanya plastik kita susun tadi macam kau yang lebih.” Sarah tidak mahu kalah.
Risa garu kepala. “Dua-dua belanja banyak. Over. So, sekarang waktu berbuka sudah dekat. Nak balik rumah pun tentu tak sempat. Makan luar la nampaknya. Then choose,  kita nak makan apa?”
Itulah kalau perempuan bila bershopping! Hanya senyum tak kata apa-apa. Nasib baik bapaknya jenis tak banyak soal. Sempoi dan best. Selepas kenyang dan solat Magrib, kami terus bergerak balik ke destinasi utama kami untuk tiga hari kehadapan.

“Cantiknya, Pak Ali.” Hani terjerit kecil bilamana melihat deretan lampu kecil terpasang di setiap rumah dan jalan.
 “Eh, pak cik tak cantik!”Bantah  Pak Ali di tempat duduk pemandu.
“Tapi handsome.” Sarah menyambung, dan membuatkan semua ketawa hingga bergegar kereta.
Bila keadaan sedikit reda, adik lelaki si Risa berkata, “Rahim pun dah pasang banyak pelita kat rumah. Nanti kakak tengoklah puas-puas.” Yang duduk dihadapan, sebelah pemandu. Anak muda baik yang berumur lima belas tahun.
“Iye?” Hani teruja. “Nanti esok kita pasang sama-sama yek Rahim.”
Sarah di sebelah kirinya menyampuk selepas itu. “Ajak kakak sekali tau.”
“Sibuklah.” Hani siku lengan Sarah. Sarah mengaduh sakit. Hek eleh, itu pun sakit? Tak sampai sesaat, Sarah buat tanda peace. Ish,dia ini. “Rahim, nanti Akak Hani nak buat documentary terus.”

“Hah? Dokumentari? Popularlah Rahim lepas ini. Masuk Tv tak? “ soal Rahim lurus.
“Buat apa masuk Tv, orang sekarang berebut masuk You Tube la Rahim.” Sarah menjawab.
Rahim pusing badan ke belakang. Menunjukkan minatnya tertarik. “You Tube? Yang popular macam Justin Bieber, Yuna tu semua?”
Justin Bibir? Itu yang kau ingat Rahim oi? Biar benar. Tapi Sarah tetap menggangguk dalam samar  cahaya. “Haah, alah macam PSY yang nyanyi lagu oppa gangnam style! Mesti Rahim tahu. Nak akak tunjuk?” sambil kedua tangannya sedia untuk menari tarian kuda.
Risa yang mendengar perbualan tersebut, kerut dahi. Jangan dia start buat perangai. Dan menghentikan niat si Sarah. “Dah, dah. Rahim duduk pandang depan.” Rahim akur arahan kakaknya. Kalau tak disekat, kesian pulak adiknya nanti kena ‘cuci’ dengan si ketua merapu, Sarah.

Beberapa minit kemudian, kereta Pak Ali memasuki halaman rumahnya. Risa terus mendapatkan emak dan adik perempuannya, Tini. Berlari dia masuk ke dalam rumah. Rahim kerjanya memunggah barang keluar daripada dalam kereta. Pak Ali sudah lama hilang sebab ingin mengejar waktu tarawihnya. Sempat menjemput tetamunya masuk dahulu.
Sarah dan Hani yang sudah bagaikan patung sejak sampai,  berdiri tegak di tengah laman menghadap rumah kayu batu yang terlayar di mata mereka. “Oh my-“ Mereka berkata serentak sebelum memandang sesama sendiri, masing-masing membuat muka tak percaya. Sumpah, mereka rasa beruntung kerana dapat datang ke sini. Seriously, inilah yang dinamakan kampung!
 “Hey, buat apa lagi tu. Takkan nak camping situ. Jomlah masuk. Jangan segan-segan.” Risa menjerit daripada tingkap rumah. Bila melihat kedua kawannya itu tak berganjak. Dengan malas, pergi mendapatkan mereka.
Okay my friends, welcome to my home.” Memberikan tunduk hormat. Tapi dibalas senyap oleh mereka. Huh biar betul mereka ini, takkan nak kena bentang permaidani merah? Agak-agaklah weh. Risa bertindakan kasar, dia menarik keduanya ke dalam rumah. “Nak telek? Esok-esok sajalah. Sekarang mari berkenalan dengan ahli keluarga aku.”

 “Good morning!”
Melihat kedua kawannya berselubung enak ketiduran, dia mengukir senyuman. Risa menarik langsir dan membuka tingkap biliknya. Angin pagi begitu menyegarkan. Hani yang tergangu, menggeliat lama. Dan meraup muka. Selimut tebal melurut di kaki, dia tarik tinggi ke paras dada. Mata cuba dipejam. Berusah untuk tidak mempedulikan kehadiran Risa disitu. Dia masih mengantuk, sebab itu selepas bersahur dan menunaikan solat Subuh berjemaah, dia sambung tidur balik. Penat perjalanan dan berjalan sakan semalam betul-betul membuatkan kakinya lenguh.
Sarah terasa gerakan halus ditepinya telah duduk dan menguap panjang. Rambut pendek separas bahu diikat satu. Dia turun daripada katil, dan melihat ke luar rumah. “Perlu ke kami kena bangun awal di pagi yang indah lagi sejuk ini?”

Awal? Risa tarik muka. Dia tak kira. Selimut pada badan Hani dilipat cantik sebelum memasukkannya ke dalam almari. Selamba sungguh perbuatannya. “Okay you guys, tak payah buat muka. Sekarang sudah pukul 8.00, kamu semua kena bersihkan diri. Kerana hari ini kita akan buat ‘sesuatu’ yang menarik.”
Memberikan kami berdua sebuah persoalan. Sesuatu yang ‘menarik’? Sarah menggusap dagu. Hani kelipkan mata. Mereka binggung. Risa tidak memberikan penjelasan lanjut tapi terus menjerit kecil,  “Just cepat mandi. Bilik air dekat dapur. Cepat!” Sengaja meniru ala gaya commando.
“Huh?” Hani dan Sarah terus capai beg masing-masing. Bersama tuala dan keperluan mandi, kami berterabur meluru keluar bilik.
Belum sempat apa-apa, Risa menyekat langkah kami, “Hey, jangan berebut. Bilik air aku ada satu saja.”  Dan itu telah membuatkan Sarah volunteer berundur balik ke dalam bilik. Cakaplah awal-awal.

Kamera Conan pemberian abang Hani menjadi mangsa. Tak sangka rumah orang tua Risa, ada tali air dan paya yang cantik. Ini telah membuatkannya begitu ‘jakun’. Kalau tahu inilah yang dicakapakn perkara ‘menarik’, sudah tentu mereka bersemangat keluar sebelum embun. Bawah seluar yang sudah basah dilipat seadanya. Tidak puas dengan itu, tangannya meliuk di dalam air. Sejuk tapi best! Ikan lampu-lampu sekecil ikan bilis kering dekat pasar Rahim dan Tina hadiahkan padanya. Tangkap by hand okay! It’s always seems impossible until it is done. Teruja dia sebentar. Tapi sayang, terpaksa dilepaskan kerana tenungan maut Risa. Yelah, mana nak sumbat nanti masa mereka balik UNIMAS.
            “Lintah,lintah.” Tiba-tiba Sarah menjerit melompat-lompat. Mukanya pucat. Membuatkan kami semua terus berlari ke daratan yang lebih lapang. Hani sudah geli-geleman melihat benda itu. Gemouk dan hitam.
Rahim berlari laju ke rumah dan pulang tidak lama selepas itu. Risa dan Tina cuba menenangkan Sarah. Rahim kemudian mendapatkan kawannya dan mencucuh ubat nyamuk lingkaran hijau ke atas binatang tersebut. Dan tak lama selepas itu, ia jatuh dan darah yang keluar dilap dan ditekap bersama kain. Emak Risa, Mak Temah muncul dan mengarahkan kami balik berehat.

Untuk petangnya, mereka telah menolong menggemas sekitar rumah. Tempat menyimpan barang kembali tersusun cantik. Sampah hasil pembersihan, dilonggokkan di satu tempat sebelum dibakar. Tapi peliknya, Sarah menghilang dalam diam.
“Kenapa? Dia kena berehat ke sebab hilang banyak darah?” Hani risau.
“Harapnya,” Risa membalas.
Tetapi rupa-rupanya Sarah ‘sibuk’ dengan Pak Ali, belajar membuat reban ayam baru. Erk? Biar betul. Betul tak betul itulah kalau dinamakan orang terlebih advanture, macam gitulah. Angkat bahu, no comment. Kami yang tidak berapa jauh daripada mereka pun boleh dengar kekecohan minah sorang itu. Mulut macam jagung bertih. Siap buat pembentangan pelan lukisan lagi. Bercerita lagak rekaan reban ayam mereka bernilai jutaan dolar Amerika. Yang bapaknya pun satu, layankan saja perangai Sarah.
Bersiap untuk berbuka, kami membersihkan diri dan duduk beramai-ramai beralaskan tikar mengkuang. Tetap selesa walaupun nampak kekok. Lauk masakan Mak Temah begitu menyelerakan. Dengan seruan azan, kami menadah tangan bersyukur pada-Nya. Dengan lafaz Bismillah, kami makan bersam-sama. Tak boleh kenyang sangat sebab nanti susah nak solat Terawih!
Balik sembahyang, kami menghabiskan masa melepak di beranda rumah. Turut serta adalah Mak Temah dan Pak Ali. Mereka bertukar cerita. Sambil ditemani seri cahaya pelita. Cantik sangat. Telatah kanak-kanak berlari dan saling mengusik juga menjadi perhatian. Senyum dan tawa mengindakan lagi suasana. Sarah dan Hani tidak sabar menanti hari esok. Aktiviti apakah lagi yang akan mereka buat?

“Kuih batang buruk?”
“Bukan.”
“Kuih Almond London?”
“No.”
“Kuih conflakes bermadu?”
“Kuih sarang semut?”
“Nope and nope.”
“Kuih seri muka?”
“Itu bukan under jenis-jenis kuih raya la.”
Sarah buat muka tak berapa nak comelnya. “Oh ye ke. Tapi aku suka.”
”Next!” Risa susun pelbagai jenis tepung di hadapannya. Aktiviti hari ini adalah untuk membuat kuih raya. Terpaksa dia bersetuju kerana memenuhi permintaan Hani sendiri. Teringin katanya. Selain dibawa ke UNIMAS, siap reserve dua balang lagi untuk Papa dan abangnya di perantauan.
            “Susahlah,” Sarah urut dahi.
            “Fed up?” Risa bertanya meminta kepastian.  Dan kedua kawannya menggangguk. “Kuih tart nenas.” Mangkuk berisi nenas hancur yang sudah dimasak emaknya pagi tadi untuk dibuat inti dikeluarkan daripada almari.
            “Hok aloh. Ini rupanya.” Sarah berkata seperti dia tahu semua.
            “So, kita mula sekarang?” Risa bertanya, Hani dan Sarah memberi tanda setuju.“Yahoo! Let’s rock and roll.”

Telur diputar hingga kembang, tepung diayak sempurna. Bahan-bahan lain juga dicampur bersama. Sambil membuat adunannya, Sarah dan Hani membulatkan inti nenas ke bentuk kecil-kecil. Bila Risa sudah siap, mereka bersama menggulungkannya dan disusun ke atas piring pembakar.
Oven sudah sedia suhunya, Risa masukkan. Cubaan pertama, tart nenas begitu sempurna masak. Hatinya senang. Baunya daripada dalam oven memenuhi ruang dan menaikkan nafsu.
            “Wanginya!” Sarah cemburu.
            “Jangan hidu lebih-lebih. Kita ni puasa.” Hani mengginggatkan.
Sampai dua petang mereka bergiat aktif, walaupun rasa nak pengsan. Hasilnya tujuh balang besar tart nenas terhasil. Untungnya, tiada satu pun yang hitam atau hangus. Hebat Risa!

Untuk berbuka pula, Mak Temah melarang untuk menolong. Mungkin bagi pelepasan sebab tahu kami telah berhempas pulas membuat kuih raya tadi. Jadinya, tugas kami adalah pergi ke bazaar Ramadhan untuk beli beberapa kuih. Dalam pukul 5.30 petang kami bersiap.
“Mana topi keledar?” Sarah menyoal dari atas motor.
Membuatkan Hani terkejut besar. Haah la. Dekat mana pulak nak kena ambil? Risa yang menolak motor kapcai ayahnya daripada bangsal bawah rumah menggeleng kepala. “Kita dekat kampong Sarah. Bazar itu pun bukan jauh sangat. Simpanlah niat baik kau tu.”
“Gitu eh? Betul tak kena saman nanti?”
“Tak akan.” Risa  menekan minyak. Menderum bunyinya.
“Betul ni?” Sarah bagaikan tak percaya.
Hani yang tak pandai menunggang, membonceng belakang Risa. Rasa lebih ‘selamat’ dengannya. “Susah betul la. Kita pergi dulu la kan Hani. Tinggalkan dia dekat rumah.” Dan bergerak ke jalan raya. Sarah tertinggal di belakang. Tak sampai sesaat, Sarah follow.
Setibanya disana, begitu ramai  orang yang menjual dan terdapat pelbagai jenis pilihan makanan yang ada. Daripada warna warni air kepada lauknya. Meriah! Semuanya nampak sedap! Paling penting, murah. Walaupun rasa nak beli semua, tapi Risa tangkas menjentik kami.
“Mak aku dah masak. Kita beli kuih saja.”
Hani dan Sarah mengganguk tanda bersetuju. Cuci mata pun jadiklah, ayat penyejuk hati.

“Dah besar pun boleh main bunga api ke?” Hani bertanya pelik. Risa yang disebelah bantai gelak sampai keluar air mata kerana ajukan soalannya. Obviously! kalau nak di ikutkan pemerhatiannya daripada tadi, hanya untuk budak-budak yang mungkin bawah umur daripada Tini, adik bongsu si Risa. Dan tak ke pelik, jika Sarah pulak yang beria-ia nak main benda ini?
“Eh, apa pulak tak bolehnya. Kalau tak main ni, tak ada la aura Raya tau.” Sarah buat muka tak bersalah. “Nak try?”
Hani pandang bunga api yang dihulur Sarah. Risa berhenti ketawa. “Nak ke tak? Rugi woo kalau tak main.” Sarah memancing.
“Boleh ke?” Hani bertanya lurus.
“Apa pulak tak bolehnya.” Bunga api diletakkan dalam gengamannya. “Nah.Jangan malu. It’s yours. Aku belanja.”
Play or not? Play? No! Kalau tak main, mana dia nak cari bunga api masa Raya dekat London? Bila lagi baru dia dapat merasa semua ini? “I’ll take it.” Dan dia mencucuh ke atas api pelita. Habis sebtang, Hani minta lagi dekat Sarah.

Risa yang melihat menyembunyikan senyum. “Rahim dapat mana?” Soalan dilempar kepada adiknya yang tiba-tiba datang dan duduk di atas tangga batu sebelahnya. For her information, adiknya itu tak main bunga api. Yelah lelaki, apa kelas main bunga api! Mercun lagi best kot.
“Dapat apa kak?”
“Itu.” Jari telunjuknya dihalakan kepada dua orang sahabatnya yang tengah seronok ke sana sini bersama anak jirannya yang lain dihalaman rumah.
“Oh, dekat kedai apek Ah Lee hujung kampong tu. Lagipun ni semua akak Sarah punya idea. Dia siap bagi duit lagi. Ops!” Rahim tampar mulut sendiri bila sedar akan keteranjulannya. Alamak, akak Sarah mesti marah bila tahu yang rahsia antara mereka sudah pecah. Tanpa membuang masa, dia berlari ke halaman rumah dan mendapatkan Sarah.

Sarah dan Rahim berbual seketika. Sekejap-sekejap menoleh kearahnya. Kemudian adiknya berlalu pergi. Kawannya pula tersengih-sengih bagaikan kerang busuk menghampiri selepas itu. “Hai Risa.”
            “Hai cik Sarah. Puas main bunga api?” dia memperli.
Sarah tunjuk giginya yang tersusun cantik. Orang kalau dah tahu dia salah, memang kena gaya gini. “Ala, Risa. Aku bukan apa. Teringin. Itu yang pakat dengan Rahim.”
“Kemain kau eh.” Menyakat dalam diam. Bila tiada tindak balas, dia pelik. Sarah yang tadinya ceria kini bertukar muram. Serba salah jadinya. Merajuk ke? Dia tak jadi nak sambung, “Dah la main tak ajak aku. Hani yang kau utamakan. Sedih tahu.”
Sarah kelip mata tak percaya. “Aku ingatkan kau tak main semua benda nih.”
“Kau tak ajak, macam mana aku nak main? Bunga api pun tak ada.” Dia memalingkan muka.
So sorry Risa,” Sarah berkata memohon maaf. “Come, join us.”  dan memanggil Hani untuk memberikan lebihan bunga api kepadanya. Bila tiga bunga api di tangan masing-masing, kami bersama menyanyikan lagu Selamat Hari Raya daripada Saloma sambil memusing-musingkan bunga api itu dengan gembiranya.

Dj radio: Hai, hai… keadaannya ketika menjelang Hari Raya sudah tentu sibuk sekali ye.
Okaylah, ada yang membeli belah untuk persiapan terakhir, sementara itu ibu bapa di kampong menanti kepulangan anak cucu mereka untuk sama-sama meraikan hari yang berbahgia ini dan ada juga yang tidak dapat bercuti untuk pulang berhari Raya.
Okaylah sambil kita siap-siap untuk berhari Raya, kita berhibur dulu dengan Anuar dan Elina!

“Weh, aku nak tanya satu soalan nih.”
Sarah yang sedang mengupas bawang merah terhenti membuat kerja. Hani juga begitu. “Apa dia?” Macam penting sangat.
“Kau tak risau ke?” Sarah meluahkan kerisauan yang terlahir.
Risa sambung potong ayam, “Risau pasal apa pulak?”
“Yalah, Mak Temah.” Risa jadi perhatian, kenapa dengan mak dia? Ada apa masalah ke? Kena take note nih. “Rilex jek masak serunding petang ni. Sempat ke weh? Esok dah Raya.”
Hani yang tak tahu menahu mula terfikir, “Mungkin betul juga.”
Risa tahan gelak. Ya Allah kawanku dua orang, dugaan apakah ini? “Kau dua ini! Mak aku yang tukang masak pun tak gelabah.” Atau si Sarah ni nak offer diri jadi master chef Raya? Mimpi dalam mimpilah. Tukar giliran memasak masa duduk rumah sewa pun mengelat sekali seminggu. Tema biasa, telur. Jangan sampai tak percaya, yang dia juga sanggup keluar duit beli lauk dekat kedai sebab tiba turn memasak.
“Gila tak risau, habis tu rendang, ayam masak merah, sayur lodeh semua.” Dan Sarah susun pinggan manggkuk yang sudah dibasuh dekat atas rak. “Bila dia nak masak? Sempat ke weh. Aku kalau pandai, dah lama bertenggek semua makanan atas meja tu.” 
Hani menjuihkan bibir, memang tak akan la kalau dia juga yang masak. Mungkin, lauk spagetti merah kalau berani bersama mustard lapis di satu hari Raya? Pernah dibuat orang?

“Kahkahkah,” Risa menghamburkan tawa. Serupa orang ingat gaya macam hilang laki, tapi rupa-rupanya hilang makanan! Tina, adiknya menjengahkan kepala daripada anjung rumah. Risau  adakah si kakak kena sawan agaknya. “Adoi, sakit perut aku.”
Hani mencelah, “Boleh pulak kau ketawa macam itu ae, batal puasa nanti.”
Sarah beri senyuman segaris dan angkat kedua belah kening. Mengganggap Hani di pihaknya. Namun, dia tidak kisah. Dan membalas, “Tapi, aku nak gelak lagi. Adeh, gelak-gelak.” Hingga mukanya merah.
“Apa kakak gelak sesorang sampai terkeluar air mata nih?” Rahim muncul bersama emaknya selepas siap memasukkan beras ke dalam ketupat yang sudah dianyam. Terpaksa mereka adjust bagi standard sebab malam tadi kawan kakaknya itu turut sama menyertai dan belajar cara membuatnya. Ada yang silap masuk, ada yang terlebih. Hingga pening kepala mereka.
“Hah, mak. Tengoklah si Sarah, risau bebeno kalau tak dapat ayam masak merahnya.” Risa mengadu hal sebenar. Manja-manja sayang dengan mak sendiri.
Sarah menggumam perlahan, “Risau aku ni untuk kepentingan sejagat tau.”
Mak Temah sekadar tersenyum. Ayam masak merah memang lauk wajib pilihan suaminya juga. Tapi memandangkan ada penggemar lain, “Kalau gitu, nanti belajar terus resepinya. Untung-untung Sarah punya air tangan lebih sedap. Berbaloi. “  
Hani dan Risa angkat ibu jari tanda bagus dekat Sarah. Ingat aku tak pandai masak? Challenge? Aku terima. “Semestinya!” Sarah bersemangat.
“So, jangan lupa bangun awal esok pagi.”
“Boleh.” Sarah meleretkan bunyi ‘h’. dia pandang kiri kanan. Hani boleh tolong kejutkan, dia berkata dalam hati.
Risa habiskan kerjanya. “Kalau gitu, sebagai first step. Ambil ayam ini, aku dah siap basuh. Kau pergi goreng.” Besen hijau dihulur ke Sarah

Menjelang Hari Raya, berakhirnya puasa,
Bergema takbir senja, menyambut Syawal tiba.
Suasana riang ria terlihat sini sana,
Menyeri malam Raya, terhias indah rupa.
Ohhh… cantik berseri-seri, tua dan muda berpakaian serba baru,
Ohhh… sungguh meriahnya, miskin kaya pun turut bergembira,
Selamat Hari Raya…  Aidilfitri mulia.
Semoga berbahgia, hidup aman sentosa.

            “Weih, korang nak tidur dah ker?” Soal Sarah. Matanya tidak mahu lelap walaupun dia tahu kena bangun awal esok sebab al-maklumlah tugasya sebagai Raja ayam masak merah tersandang di bahu.
Hani yang sedang berbalas mesej dengan abangnya, terhenti menaip. “Aku tengah chat. Kenapa?”
Nope. Ada apa?” Balas Risa pula sambil membalikkan badan kepada mereka.
Jam dinding dipandang lalu. Pukul 2.00pagi.  “Nothing. Aku tak boleh tidur. Agak-agak ada carakerama sekarang ni tak?”
“Kau biar betul, pelakon semua balik kampong, tutup kedai. Siaran salam Raya banyak la.” Risa menggosok rambut Sarah hingga kusut masai. Kesian kawan aku sorang ni. Tak boleh lena.
“Apa kata kau close your eyes and sweet dreams okay. Kalau kau tak tidur sekarang, not my responsibility kalau bangun lambat.” Hani meletakkan telefonnya di sisi meja. Selimut ditarik bersama.
Then if bangun lambat, no ayam masak merah. Clear? “ Risa menyambut selepas itu. Tegas.
“Tapi,”

Now Sarah! Tidur.” Dan suasana sepi di awal pagi itu. Melihat Sarah berdengkur halus tidak lama kemudian, Risa juga beberapa minit hanyut dalam kegelapan dunianya. Hani terkebil-kebil melihat syiling rumah. Mindanya masih melayang akan perbualan dengan abangnya tadi.
Kegembiraan dikongsi bersama bila dikirimkan gambar-gambar sepanjang berada disini. Ada sahaja ayat untuk abangnya menyakat. Walaupun begitu, katanya, disetiap senyumanku ada terselindung kenangan bersama arwah Mama. Dia juga ingin merasai suasana kampong seperti di rumah Risa. Seperti hidup kami dahulu. Aku tahu, mungkin abang juga merindui sewaktu di Malaysia bersama Papa dan arwah Mama. Dia juga sama. Tapi, bukan semua benda yang diinginkan boleh tercapai. Hanya berharap. Dia tersenyum sendiri. Selamat hari Raya Papa, abang… Mama.

Puas dipejam mata, dia tidak boleh tidur. Jam juga sudah menunjukkan pukul empat pagi. Dia bangun daripada katil, menyarung tudung sarung dan keluar bilik. Fikirnya hanya dia yang tidak boleh tidur tapi rupanya Pak Ali ada di ruang dapur membasuh pinggan manggkuk. Suami yang rajin dan baik.
“Awal kamu bangun Hani.” Sapa Pak Cik Ali pada sahabat anaknya itu. Tangannya penuh buih sabun.
“Saya tak boleh tidur la Pak Ali.” Katanya dan mendapatkan duduk di kerusi makan yang mejanya penuh dengan bahan masakan. Melihat periuk di atas dapur dia bertanya, “Rendang sudah siap?”
“Sudah. Baru siap. Itu yang Pak Ali cuci apa yang patut. Nanti takut nak guna banyak manggkuk.”

Hani tuang air dalam cawan. Haus pulak. “Mak Temah mana?”
“Tidur. Kejap lagi bangunlah tu.”
“Oh. Jadi, Pak Ali la tukang masak rendang? Hebat.”
Pak Ali ketawa perlahan, “Mana ada hebat. Itu pun Mak Temah kamu yang buat separuh jalan. Pak Ali lah yang kena sambung. Hah, sedang kamu tak buat apa tu. Baiknya ambil pisau. Potong sayur tu nak. Kejap lagi, Mak Temah datang. Boleh terus buat lodeh dan ayam masak merah. ”
Dia menggangguk. Potong sayur? No hal.
“Hah, apa yang diseur-seru nama saya ni?” Mak Temah tiba-tiba muncul. Pak Ali dan Hani sama-sama terkejut. Menggusap dada masing-masing.
“Cubalah masuk tu beri salam.” Pak Ali membebel.
“Yelah, assalamualaikum.”
Pak Ali menjawab dalam hati. “Barulah betul.”

Hani yang melihat telatah dua orang tua dihadapannya meneruskan kerja. “Hani, tak tidur nak?” Mak Temah bertanya.
Hani tersenyum. Mak Temah membalas senyum. “Sarah dah bangun?”
“Belum. Mak Temah nak buat ayam masak merah sekarang ke?”
“Nanti dulu. Biar dia tidur lama sikit. Kita sekarang, buat sayur lodeh.”
Pak Ali duduk sama menolong. Yang bagusnya, Mak Temah menurunkan resepi turun temurunnya. Siap dicatitkan lagi dalam kertas contengan buat peringatan. Biar tak lupa. Nanti, bila-bila boleh cuba. Kesibukan pagi telah bermula.

“Kuih raya dah masuk balang?”
“Beres.” Jawab Sarah yang kekok berbaju kurung putih merah.
“Air basuh tangan, tuala?”
Hani lipat baju kurung kuningnya, “Ok. Done. Aku dah buat tu semua.”
“Lauk semua dah hidang?”
Senyap seketika. “Er, on the way. Tini tengah potong ketupat.” Adik perempuannya mencelah. Risa yang sedang menyusun pinggan cawan diruang tamu terpana.
“Aku tolong.” Hani dan Sarah cepat-cepat membantu. Tepat semuanya tersedia, Pak Ali, Mak Temah dan Rahim pun balik daripada sembahyang Raya. Apabila semuanya ada, acara bermaaf-maafan dimulai daripada kedua orang tua Risa. Dan Risa.
            “Selamat Hari Raya, Emak. Bapak. Ampunkan segala dosa kakak, daripada hujung rambut ke hujung kaki. Kakak tahu, kakak banyak buat salah. Kakak degil, keras kepala. Kakak minta maaf zahir dan batin.”
Diikuti oleh Rhim, Tini dan kedua kawannya. Kemaafan saling terlafaz antara mereka. Kejutannya, Hani telah memberikan duit raya pada Rahim dan Tini. Bukan lagi kemain gembira mereka. Keberkatan ini  diteruskan lagi dengan kedatangan penduduk kampong bagi majlis Marhaban beramai-ramai.

“Ada lagi barang, Sarah?” Mak Temah bertanya.
Sarah menggeleng. Beg plastik berisi beberapa balang kuih raya diletakkan ditempat duduk belakang kereta. Dan berjalan ke tujuan yang dinanti-nantikan daripada datang ke sini.
 “Uit Sarah binti Ali! Where are you going?” Risa menjerit bila kawannya itu sedang bergerak ke rumah sebelah. Nak buat apa?
“Pergi beraya.  Aku tak dapat seposen pun duit raya lagi nih.”
Risa tepuk dahi, dia dah mula dah. Bila tak mengaku kawan nanti merajuk pulak. “Weh, balik. Balik sekarang. Kau tak payah buat kerja gila boleh tak.” Hani yang mendengar hanya tersenyum dalam diam.
“Aku tak kira. Aku nak pergi beraya jugak.” Langkah di teruskan ke rumah sebelah.

“Alahai Sarah oi.” Hani memanggil bila keadaan semakin tak terkawal. Sarah pandangnya, “Sini. Tak payah la kau teruskan niat terlalu murni tu. Kiriman duit raya daripada London ada kat tangan aku nih. Kau sorang jek belum dapat.” Sarah tiba-tiba berlari kearahnya dan sampul empat segi panjang dihulur. “Nah!”
“Terima kasih.” Terus melulu masuk ke dalam rumah.
“Aik Sarah, tak jadi gi rumah sebelah ker?” soal Risa pelik.
Sarah menepuk bahu kawannya lagi satu. “This is for you.” Dan Risa bertambah pelik.
“Den dah kayo!” Suara Sarah bergema selepas itu. Dalam Risa meminta penjelasan daripada Hani. Sarah muncul bersama sampul sepertinya,  “Lepas ini kutip duit kat KL pulak.”
“Huh?”
Sarah ketawa lepas melihat kedua kawannya buat muka macam tercekik biji kelapa. Siapa tak suka dapat RM500.00 sekali ‘angpau’ Raya. Memang patut dia kumpul lagi.

The end.
Okay so this is my Raya story. More to friend relationship-
Tak panjang mana, but yeah i did it again.

Enjoy!

Monday, July 15, 2013

Perasaan aku saat ini

Assalamualaikum.

Aku der terima satu bad news! Rasa macam nak nak telan hidup-hidup jek semua manusia kat dunia ini. Pergghhh....aku geram, sedih, marah dan tak suker, okay.

Nanti next time, aku akan story mory apsal aku bersikap demikian.

Adious.

Sunday, July 14, 2013

Tak cukup duit gaji? Jangan risau.

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, aku baru dapat increment. Just about 4.2%--- nak kata sikit adalah lebih baik daripada tak ada. So, this is yang aku dapat for my first time as a employee. Disebabkan Raya nak dekat. So, aku anggap ini semua rezeki untuk saper-saper dapat duit Raya nanti la. And cukup jugak untuk cover tambang pergi balik kampung. 

Duit gaji. If i talk about this, ramai mungkin yang dok complaint of duit gaji tak cukuplah. Itulah.... inilah... nak bayar hutang-hutang lagi.
Seriously? Aku boleh ghoyak jangan risau? Nak mati awak ker?

But,
To me, as long as aku fikir duit hanya hal duniawi... ya, something like -it's your own rezeki and how you manage it. ***Don't make yourselves be a slave to money/duniawi but biar money/duniawi be slave to you. 'Cause you are totally perfect and no worries. Think positive. Jangan stress and put pressure on it. So, nanti tak adalah prespective datang kerja like 'argh, kerja pun kerjalah'... cam tak best kan. Dah jadi beban. Worse!

And my first step to all yang still worries about gaji tak cukup-cukup. Why not korang bawak bekal ke tempat kerja. Looks cheeky, but it's practical okay.

Rahsia berjimat? inilah dia. 
Why aku tekankan pasal bawak bekal gi tempat kerja..??? why?

'Cause sejak aku ada terbaca one artikel about---air tangan orang yang tak solat---aku jadik trauma. Serba sedikit aku boleh share are:

-Kisah pada zaman Nabi Musa dimana ada mnyatakan bahawa betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. itu baru air bumbung rumah, belum air tangannya lagi.
-So, some more nak makan luar? Hurm, maybe next time.

Selain terjamin diberkati Allah, bersih, sihat (sometimes not), easy, and so far so jimat. What else yang peningkan. Just go with it.

P/S: nak kaya cepat? Gi la try usha anak Datuk semua. Hahahha….

Thursday, July 11, 2013

Cerita lawak cik Ziqa

Assalamualaikum,

Dah lamer aku tak citer pasal Cik Ziqa. "Dia memang superb lawak." 
Berikut adalah antara kisah lawak yang aku dapat daripada penceritaan mak aku (nenek dia) dan sist Tira, kakak aku (aunty dia):

***
Di suatu petang yang indah, cik Ziqa tengah tengok kartun dan nenek dia telah alih siaran. Cer teka ape cik Ziqa cakap?!

“Nenek,”
“Kenapa bukak cerita ni. Ziqa kan kecik lagi, ziqa kena tengok kartun.".... "Nenek bukak Upin Ipin, Ziqa nak tengok.”

***
Sedang aunty Tira syok cat rumah, cik Ziqa datang kepadanya…

“Cik Tila, jom teman Ziqa pergi rumah sebelah. Nenek tu ajak Ziqa pergi rumah dia.”
“Pergi jek la. Cik Tira ada kerja ni.”
“Jom la.”
“Pergi je la.”
“Jom la teman.”
“Pergi jek la. Tu nenek ada.”
“Tapi Ziqa segan.”

***
Sedang Atoknya membebel kerana suatu masalah, Ziqa telah bercakap sesuatu yang membuatkan Atoknya terdiam seketika.
“Atok ni bising la. Cuba Atok cakap slow-slow, Ziqa tengah tengok kartun ni.”

***
Oleh kerana tiada sesiapa ingin membawanya pergi jejalan, cik Ziqa telah mendapatkan Atoknya:

“Atok, atok nak pegang Apiz tak?”
“Hurm.”
“Tapi atok kena bawak Ziqa pergi jalan.”
“Tak nak la. Atok tak nak pegang Apiz arini.”
“Ala, Atok. Atok pegang la Apiz, bawak la Ziqa pergi jalan ae.”

***


Kalau cik Ziqa terjatuh, dia tak nangis. Tapi dia cakap ayat ini:

“Tak pe, Ziqa OK. Ziqa dah besar.”

***
Ciut!!!! sesangat la cik Ziqa nih.
Missed you cik Ziqa!- aunty Diba-
*Maap kualiti gambor yang kureeeng.

Tuesday, July 09, 2013

Channing Tatum!

One word!
He's hot...
Hohohohoooo.

"I'm sexy and i knew it!"
So, 
Channing Matthew Tatum ni American actor (okay..),
penari (OMGgggg....), 
film producer (Great!), 
and model...as always. 
So, nama pun actor-banyak gak film dia yang best... Auww...

"Nice pose"

"Okay, sila jangan pandang I camtu.."
"ni aku setuju... oh my man"
Orait...pape pun aku just fan yang hanya memandang daripada jauh. 
But, dia memang umph!

"I will babeh"

Sunday, July 07, 2013

Doakan aku, please.

Assalamualaikum,

On July, 11th 2013 (thursday)... aku ada exam!

A piece of paper and pencil in front of a blackboard with Exam written on it

Dup-dap-dup-dap. Nervous giler... Maybe pada rabu tu aku stay kat rumah kawan, nek train lepas habis kerja (sesak siot la gamaknya). Coz aku kena daftar dalam kol 7.30 pagi...

A cartoon exam with an excellent mark. Stock Photo - 11431473

So, aku akan buat yang sehabis baik. Cayo girl, you can do it. Aku harap semuanya berjalan lancar dan hati aku tenang seadanya. Dan aku harap tulisan aku still cute dan boleh di fahami. Yolah, kau kalau nak cepat, memang tulisan mengalahkan scientist! gila la. Relax... tarik nafas dan hembus perlahan-lahan.


Ahaks! aku harap aku tak lupa kol my mum- adik beradik yang lain kat kampung or tercampak mana-mana untuk doakan terbaik untuk anaknya/ adiknya / kakaknya  ini. Yeah, aku kena write down kat kalender. Tulis ayat dan forward pada semua. Oh-yaeah.

Selain doa, usaha dan tawakkal... aku jugak nak korang wish me all the best dan bebanyak support aku dari jauh. *terharu!

Lastly, aku nak sambung study... sok aku ada class yang terakhir.
Bye!

Monday, July 01, 2013

Ini dia budak yang banyak cakap

Assalamualaikum.
Bila aku wat phone call kat mak, macam-macam dia cerita pasal cucunya. Itulah, inilah... Suka bebenor, cucu sulung katakan. Bila cucunya gi rumah besan or gi jejalan. Sunyilah atok n nenek dia... 

Ni sejak ada apiz, terbahagi dua la kasih sayangnya... So, ziqa pun tak kisah nampaknya coz dia pun sayang sangat kat adik dia. Apiz!!! I pun lup you. Ingat gelap sikit masa lahir, tapi bebaru ni tengok picture... Putih dah. Mungkin susu punyer effect agaknyer. Who knew's.

Hey, bawah ni adalah gambo Si ziqa... Pas mandi petang aku rasa. Pastu gi men kat halaman rumah gayanya. Pastu peluh-peluh, pastu mungkin kena mandi balik. Kahkahkah... Takpun, tidur menggigau nanti. Hohoho...


Aku tak dapat upload gambo Si apiz, tak per... Nanti aku nak mintak kat ibu diorang. Harap-harap boleh, kalau tak bagi... Ayah diorang plak. 

Okay, aku agaknyer der exam next week. Wish me all the best and lulus dengan cemerlang!
Amin.

Wednesday, June 26, 2013

Monday, June 24, 2013

Aku pergi service motor.


Assalamualaikum.

Hey,aku dah servis motor!
susah gak nak carik tempat untuk bahagian motor ONLY. Coz kebanyakan-nya focus utamanya pada repair kereta. Benci betul. Sebulan merayap untuk carik... lastly, Alhamdulillah.

Aper jek aku buat:
-tukar minyak hitam
-tukar plug baru
-tengok brek
-cek rantai
-tayar (dia kata OK lagi).

So, semuanya RM 33.00. aku siap ada baki isian minyak hitam tu tau... so, next two weeks aku boleh save sikit. Hehehheh....

Uncle yang pomen tu pun friendly. 
So, my reblack (red + black) = sedia untuk di pacu.

Bye!

Sunday, June 23, 2013

cerpen: lelaki bermata biru


Seperti kebiasaan, stesen KTMB Kepong sesak dengan orang ramai di waktu petang. Suasana harian untuk orang yang bekerja balik ke rumah masing-masing. Kembali pulang ke sarangnya. Sambil memegang tali beg belakang, aku berlari menuruni tanggga demi mengejar kereta api yang baru sahaja berhenti. Menambah kelajuan, akhirnya aku berjaya sampai masuk sebelum pintu ditutup. Nafasku kencang akibat kepenatan. Mataku mula meliar di dalam kotak putih itu. Melihat sekeliling untuk mencari kerusi kosong, tetapi hampa kerana semuanya sudah diduduki. Namun mataku tertacap pada suatu ruangan yang lebih lenggang berdekatan dengan bahagian lelaki. Dengan cepat, aku berjalan ke arah itu dan meletakkan beg belakangku disudut atas lantai. Aku mengeluh perlahan, lega kerana sempat sampai tepat pada masanya, walaupun hampir-hampir ketinggalan.


Bila kereta api mulai bergerak ke hadapan, aku mememegang tiang besi yang tersedia. Dan sejenak, terasa sesak selepas menarik nafas yang menusuk oleh kepelbagaian bau peluh dan aroma minyak wangi yang bercampur-aduk. Kepalaku pening. Badanku lemah. Sedikit perlahan, aku menarik keluar gula-gula Hacks hitam daripada poket seluar jeansku, membuka balutan plastik tersebut dan memasukkannya ke dalam mulut. Mp3 kecil pemberian kakak aku mainkan lagunya.

Daripada stesen ke stesen telah berlalu. Aku cepat membuat analisa. Kedudukan kerusi tepi sekali adalah diduduki seorang lelaki yang terhalang dengan bukaan surat khabar The New Strait Timesnya. Tampak selesa dengan dunia pembacaannya sendiri. Dua tempat duduk selepas itu, kelihatan seorang budak lelaki lingkungan lima tahun duduk di atas ribaan ibunya serta budak perempuan yang melutut menghadap pemandangan luar. Tangannya terlekap di kaca jernih itu sambil mengeluarkan kata-kata yang sedikit pelat. Berdiri bersamanya pula adalah wanita cina lewat tiga puluh. Turut serta, mungkin kawannya, sibuk berkongsi cerita atau masalah dalam bahasa mereka.

Apabila Kuala Lumpur menjadi pilihan seterusnya. Pintu dibuka dan orang ramai berebut-rebut menyerbu masuk dan mula memenuhi ruang tempatku berdiri. Aku kerut dahi dengan suasana yang menyebabkan terasa lemas dan tersepit dalam lautan manusia. Aku juga terpaksa menarik beg belakangku dan menyandarkannya di kaki kiri. Gula-gula Hacks hitam aku buka untuk kali ke dua. Tanpa sedar, aku terlihat kelibat seorang ibu muda menggendong anaknya yang sedang tidur. Wajah kepenatan menampung berat anaknya jelas tergambar. Hatiku dihinggap rasa kasihan. Aku mengharapkan agar ada orang yang berhati baik dan sudi memberikannya tempat duduk. Dan kereta api bergerak lagi.

Melepasi dua stesen, tiada siapa mempedulikan atau buat-buat tidak menyedari kewujudan kesusahan wanita itu. Aku tidak rasa bersalah tetapi memegang sikap bertanggungjawab. Seminit menarik perhatian, aku bertanya kepadanya dengan nada yang sesuai.
“Jauh lagi ke puan?”
Dia menggangguk sambil menyebut perlahan perkataan ‘Seremban’. Seremban? Lagi jauh daripada destinasi utamanya. Aku senyum segaris. Peta perjalanan yang terpapang di atas pintu kereta api aku pandang sayu. Tindakan aku pantas mencari seseorang,  melihat siapa yang mungkin boleh meringankan bebannya. Dia! Ya, dia. Hanya dia calon terbaik. Lelaki di balik surat khabar berbahasa Inggerisnya itu. Otakku mula berdolak dalih akan mengapa harus dia. Rasanya aku betul. Dan aku tidak salah untuk menyuruhnya berdiri dan memberikan keselesaan pada wanita tersebut yang sangat memerlukan. Ini kerana, bukankah ini ruangan untuk bahagian perempuan? Dan dia adalah lelaki.

Caranya? Aku tidak tahu. Sesaat bertukar minit, aku redha. Menarik sekali nafas, kaki kanan pun mencari mangsa. Bila kaki bertemu kaki. Lelaki itu sedikit terkejut dan menurunkan surat khabarnya. Mungkin marah akan gangguan yang diterima. Keningnya sedikit terangkat sambil memandangku. Aku terpana! Lelaki bermata biru. Tanpa sedar, aku merenungnya. Mindaku menjadi kosong. Aku kaku tanpa kata. Dia kelihatan dalam lingkungan 20-an dan mempunyai rambut coklat kehitaman, pipinya bersih dan bibirnya terbentuk seindah ciptaan Tuhan. Dia sempurna.

Sepantas kilat, mukaku mula terasa membahang. Aku digumpali rasa malu kerana menelek anak teruna orang sedalam itu. Cepat-cepat aku berpaling ke arah lain dan berdehem sedikit. Cuba menggembalikan kegugupan yang mendatang. Beberapa ketika, aku kembali memandangnya. Menarik nafas panjang sebelum berkata.
Excuse me. Can you please give that lady a seat?”
Penggunaan bahasa antarabangsa aku gunakan. Peka akan keperibadiannya. Mata biru itu memandang tanpa balas, dan jari telunjuk aku arahkan pada wanita tadi. Fakta yang aku bukan bercakap atas angin tapi atas dasar kemanusiaan. Manusia tetap manusia, kami bukan robot. Kami tahu penat dan letih. Dia aku lihat masih terdiam. Menampakkan peluang yang begitu tipis. Tapi, bila dia melipat surat khabar dan diselit dalam bag sandangnya. Dan berdiri di sebelahnya. Aku terpana.
Oh, sure. My pleasure.”
Aku menjerit senang di dalam hati. Usahku membuahkan hasil! Kemudian, aku menegur ibu muda tadi dan menyuruhnya untuk duduk. Dia sungguh gembira dan mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku hanya tersenyum lebar. Moga-moga dia dapat berehat dan anaknya tidak meragam. Stesen berlalu lagi.

Sepanjang perjalanan, aku berdiri. dia pun berdiri. Terasa mata biru itu memerhatikanku daripada tepi. Bahunya yang besar kadang-kadang tersentuh denganku. Aku berkalih sedikit. Jantungku bergedup laju. Keadaan yang sesak menjadikan ianya lagi sesak bagiku. 
 “Thank you.”
Dia mengucapkan ayat itu kepadaku. Aku kerut dahi. Kenapa harus berterima kasih padanya? Aku sepatutnya yang berkata begitu kepadanya. Dan memandangnya pelik. Dia memberikan aku senyuman ikhlasnya. Aku tiba-tiba terasa diawangan. Sangat sempurna! Jarinya menunjukkan bekas tempat duduknya, aku mula memahami maksud ucapannya. Aku menggangguk dan kami berbalas senyuman.
You’re welcome.”

Bila stesen KTMB Terminal Bersepadu Selatan diumumkan oleh pembesar suara. Aku menjijit beg belakang dan menyandangnya ke bahu. Destinasi aku sudah sampai. Untuk kali terakhir, aku merenung ke dalam mata bitu itu. Tidak tahu kenapa. Dan dia juga tidak berkata apa. Bila pintu dibuka, aku pun berjalan ke luar kereta api. Orang ramai yang keluar masuk aku turuti alirannya. Dan bila  pintu tertutup, kami saling berpandangan dan lelaki bermata biru itu melambai perlahan. Aku tidak tahu harus membalas apa, dan bila keretapi bergerak perlahan, laju dan menghilang daripada mata. Barulah aku mengganggkat tangan kanan sebelum menggenggam erat. Senyuman aku sembunyikan. Dia adalah lelaki bermata biru. 

The End
Choi! Sweet-sweet dengan rasa misteri seram sejuk gitu kan. Hahahh. Sebenarnya ini adalah true story but just adjust hentam sikit-sikit bagi nampak pro. Even aku pun tak tahu nak karang apa.

Bye!

Sunday, June 16, 2013

Saat kita bersama: I missed you!

Assalamualaikum.
(Pix-gambar raya tahun 2009/2010)


“…I could stay awake, just to hear your breathing…
Watch your smile, while you are sleeping,
While you're far away dreaming

…I could spend my life, in this sweet surrender,
I could steel this moment,
Forever…

Where every moment spends with you
Is moment I treasure…”

‘R.I.N.D.U—G.I.L.A’
Kalau kita dok jauh daripada family memang amat mencabar bagi yang perhubungan seerat ini. Seb baik aku tak dok seberang benua, kalau tak! Kalau tak! Kalau tak menangis, aku meraung. Huhuhuu, dok kat Malaysia pun dah rindu bagai-gane tu.

Kitaorang beradik (lapan orang), memang ginilah. Balik kampong jek kecoh satu rumah, sampai jiran sebelah pun ade jenguk-jenguk sekali untuk tahu apa yang meriah sangat. Diorang cakap: kalau ada gelak tawa, gelak sampai mengalir air mata-ada la tu sorang dua yang balik. Kalau bagai nak pecah satu rumah, mesti semua balik la tuh. Ada ke patut. Tapi, itulah reality-nyer. Seb bek sekarang rumahnya dah versi batu, so boleh tahan kalis gelak. Kuangkuangkuang…


Hurm, happy jek kan kalau jumpa. Banyak benda di kongsi, update gossip dan cerita terbaru. Even selalu/ hari-hari buat calling, SMS, video call--we chat, line, whatsapp, kakao talk--takkan sama, bila jumpa face to face. Really! Tak tipu.


Then, yang tak boleh blah adalah bila ceritakan balik pasal zaman kanak-kanak:
-siapa yang pijak kucing sampai kucing tu jadi arwah. (sebab tu rumah aku takde kucing sampai la ni)
-siapa yang pembawak basikal sampai ada ibu jari kaki tersepit. (sampai bawak klinik)
-siapa yang degil terlebih sampai ponteng gi ngaji. (coz nak tengok cerita P.Ramlee)
-siapa yang ajak guna papan skaeteboard turun bukit sampai tergilis dahi aku. (seb bek tak berparut)
-siapa yang baling baling underwear sampai kena marah mak ayah. (bengong)
-siapa yang duduk besor sangat sampai tertinggal sorang kat belakang masa naik motor. (aku ingat lagi)
-siapa yang takut nak raya sampai terberak kat longkang. (siap-siapa)
-siapa yang suap anak orang minum soft drink sampai tersedu budak tu. (terjal tak bersebab)
-siapa yang selalu panjat pokok jambu dan buat cam rumah sendiri. (siap cop setiap cabang dahan lagi)
-siapa yang bising bila raya dapat dua poloh sen jek sampai dengar dek tuan rumah. (kahkahkah)
-siapa yang takut main pantai sampai poket seluar penuh pasir pantai. (ahaks! Ngaku cepat)
-siapa yang patahkan pintu peti ais bahagian freezer dan takut sampai nak lari rumah. (tak matang)
-siapa yang selalu pergi ikut lelaki pergi mancing ikan belakang rumah sampai kena marah mak. (lalalla)
-siapa yang pernah sorok duit poket orang lain sampai sekarang tak ngaku (yok-oh)
-siapa yang selalu ‘press/dry’ baju sampai kalau job tu ada orang dah amik, dia takkan wat kerja rumah.
-siapa yang tukar duit dua hinggit dengan duit dua poloh sen sampai kena tuntut hutang. (choiii)

Siapa-siap-siap-siapa???
Kahakhkah… inilah segelintir story yang pernah berlaku dalam family kami masa bebudak dulu. Bila semua dah besar, dan sekarang ada yang kerja dan belajar jauh-jauh… Sebab tu susah kitaorang semua nak kumpul cam dulu. Bila yang dah kahwin, lagilah terikat dengan family sendirik. Hanya time raya la selalunya kami dapat membawa erti se-family. Missed you all so much!   

One more thing benda menarik yang nak di kongsi adalah saiz badan dan ketinggian kami semua lebih kurang sama jek. Daripa mak, kakak, aku dan adik (untuk kaum wanita jek la). So, kami akan bertukar-tukar baju raya, t-shirt, seluar sesame sendiri. Jimat kan! Variety baju pun boleh pilih mana berkenan. Ni la keunikan-nya.

Kekadang untuk hal pakwe/makwe pulak-mak ayah tak tahu, secret sesame sendiri (adik beradik). Bila dah serious, baru nak kecoh kat parents. Hahaha, siapa yang tragis buat semua ini. Aku tak de special lagi. So, tak termasuk list.

Anak sedara setakat ini, empat orang: Ziqa, Alia, Haris dan Hafiz (dua perempuan, dua lelaki)… ni lagilah aku rindu kat mereka semua. Dah besor gak memasing. Ni gak la pengubat rindu mak ayah (atok and nenek mereka). Yek la, anak-anak dia kekadang segan gak nak manja-manja cam dulu, so cucu la pengganti terbaik.

Last word: Tunggu aku balik time Raya nanti yek! Cannot wait.

Assalamualaikum.

Saturday, June 15, 2013

Denim Jacket: Kembalikan Rock yu'uuu anda

Miranda Kerr-super sweet
Assalamualaikum.
Amacam? Cute giler kan Miranda Kerr pakai baju denim jacket and maxi dress. Memang nampak jiwa muda versi ayu rock tahap meleleh kan. Hohoho... tetiba self esteem naik mendadak even aku bukanlah si pemilik yang di puji. So, tak rugi la kan kalau aku gi beli denim jacket masa tu, entry lepas... Sempoi!
Taddaaa. Nilah jacket aku (yang kanan tu):


Biasa-biasa jek kan. Aku actually suka kat cutting dia yang ada kat depan (seperti di dalam gambar) dan belakang (seperti tiada di dalam gambar). Hhehhe, jangan marah.
OK, Aku malas nak cakap banyak la... mari kita citer pasal denim jacket/ jeans jacket.

Jessica Alba and Heidi Klum pun sambut seruan aku tau...
Ahaks! Selebriti Hollywood pun rilex jek pakai benda alah ni kan. So, aku pun semakin terasa bersemangat yang berkobar-kobar la nak gayakan ni. Heheh... korang jangan jeles keyyy. Untuk nampak sedikit kemelayuan-nya, boleh try ngan maxi dress, Untuk yang jenis gila ranggi cam aku, yang suka ala-ala sempoi gila-gila. just pakai seluar and shirt/ blouse inside. Cun!

minah ni la sumber inspirasi aku!
I like sesangat kat gaya di atas... One day-one day-one final day... aku akan cenggini, tengok la. So, aku dah pasang niat, selain kompol cardigan bebanyak-aku nak wat koleksi denim jacket pulak la. Kokokokokoooo...
P/S: Sok aku der event, isnin aku der class, dan selasa aku ada BLS programme. Any one of the day aku akan pakai gaya gini. Jeng-jeng-jeng... rock with me, bebeh!

Lukisan aku

Assalamualaikum.


Terbabomm!
Hah, inilah lukisan original versi aku-tapi ayat versi orang lain. Kokokoko… aku sebenarnya lebih minat wat lukisan gaya gini daripada lukish’ gambar orang. Dan kalau pemandangan pokok/ laut/ pantai/ gunung-bukit, aku suka gak. Sebab aku tak suka lukis gambar orang? Banyak sebab dia:
1-      Aku kalau lukis muka orang mesti jadik muka Brad Pitt, nanti mesti korang akan terlanjur perah santan-nya.
2-      Nanti kalau aku telek kau lelama, mesti dan mestinya ada yang falling in love. Kalau kau tak, aku mungkin yang terjatuh. Korang suami orang? Naya aku.
3-      Daripada aku lukis gambar orang, lebih baik aku lukis gambar sendiri!
4-      Suka hati aku la, aku nak lukis apa.
5-      No reason.

Lukisan aku surely hanya untuk suka-suki, mana ada orang nak beli ye dak. Kalau soploh sen satu, maybe diorang nak la. Itu pun mungkin mereka yang tiada sifat seni nya. Ops! Den sodar siapa diri den. Sob, sob, sob…

Guess, aku letak lukisan ini kat ner? Cepat cer teka.
Ruang tamu? Nope.
Ruang makan? No, no, no.
Toilet? Sadis betul-nope.

Hailoo, aku letak kat bilik aku la. Biar berseri-meri bilik aku tu, yer dak. Aku sekarang dah ada roommate baru-dak Chinese yang satu department ngan aku. Dia pun just tumpang dua minggu/ bulan. Heheh, leh la jimat half duit poket. We’re in business!


P/S: Manager aku cakap, prestasi aku dalam kelas amat membanggakan. Ganer dia boleh tau? Lecturer aku cakap gitu, aku tak bodek ae. Ayat 101% aku repeat apa manager aku cakap, aku? Aku boleh gelak besor la… ada gak yang appreciate usaha aku selama ini. Yabeda beduuu!

Friday, June 14, 2013

Jangan memandang halal begitu sahaja.

Assalamualaikum.
Aku ni sebenarnya rajin bila bab jejalan dan menderma kat kedai or butik yang jual baju segala. Almaklumlah, ter-lebih kaya (uhuks!). Actually, kitaorang nak carik kedai pomen motor berdekatan sini… tetapi bila puas gi sana-sini. Takde! Dan hanya banyak kedai service kereta, kereta, kereta dan kereta lagi. For not wasting our time, kami bawak motor gi KTM berdekatan dan nek Train plus Monorail ke Berjaya Times Square. See? Motor kemana, kitaorang ke mana… carik kedai pomen moto pun sampai ke shopping mall, agak-agak boleh jumper ke?

Memula ingat sajer nak cuci mata sambil exercise kaki. Sempat gak keluar Rm50.00 coz nak top up kad Touch and Go… FYI, semuanya hanyalah impian tinggal impian coz diorang cakap;
‘Harap maaf, perkhidmatan kad Touch and Go menghadapi sedikit masalah perkhidmatan. Terima kasih.”  Kasih di terima wahai sedaraku… So, cuba untuk sorok duit yang sangat berharga itu. Tapi, bila sekali dah beli cardigan ungu yang just soploh hinggit: Cantik? Sesuai la sangat ngan kasut Reebok aku tu.


Beli pulak selendang and denim jaket-semua kau sapu. Aku punyer (picture) yang sebelah kanan. Ni la padahnya bila, kawan aku ni sibok bebenar nak carik jaket… kau pun tumpang sama! Habis duiiit.

Kembali ke ke-focus-an dunia asal, kenapa aku tulis tajuk ‘’JANGAN MEMANDANG HALAL BEGITU SAJA” coz kitaorang sempat jumper lawyer in the vintage shop-kedai jual jacket jeans tu la. Memula survey apa yang berkenan, pastu bila nak balik ter-jadik mesra alam terlebih dengan pemilik kedai (nasib baik anak bongsu dia yang ada time tu just Form Three-kalau tak dah lamer den ngayat). Dia pun story mory la pasal dunia HALAL= jangan sesenang beli something yang kita sendiri ragu akan sumbernyer (whatever if diorang cakap korang kolot and tak up to dates). Dia siap cakap lagi dalam BTS tu, kedai mana ramai orang pakai tudung simply beli makan kat kedai Cina. Jeng-jeng-jeng…

Kitaorang dengan gaya ala CSI, pun survey la. Pusing sana, pusing sini kat tingakt tiga tu. Sampai one time, rasa fed up coz tak jumpa. Dan mungkin takdir Allah penentu segalanya… Ehem, Choiii!!! Betul siot. Guess what? Der gak dua tiga kakak-kakak sekeluarga beli, siap beratur lagi… pastu bagi anak-anak makan, jadik darah daging. Then and then kitaorang gi dekat sikit kat premis tu. Tulisan cina plus English. No malay words…  Tambah bulat mata adalah: Hey, cap logo Halal pun tarak. Muka si penjual pun berkali-kali pandang 201% chinesse. OMG!!! Why, why and why…

????!!!!!... Pandang sesame sendiri dan gi dinner awal (kol 6 petang) kat Subway. Hurmm, bila nak bezakan KFC, Mc Donald, Pizza… Subway juga pilihan hati kami bukan kedai tu OK. Bread + sayur = khasiat banyak. No sweat! Kenyang gila. Op kos, dah tu -paling murah, pilihan sub of the day. Hahhah, tax service jangan luper… campur semua and air mineral=Rm9.00.
Overall, tiga barang aku rembat- costly, Rm 10+ 20+ 5= Rm35! (berbaloi). Tak campur duit tambang KTM, Monorel gi balik lagi okeh…

Sempat sembahyang Asar yang diujung waktu kat KL central (insaf-insaf), dan pulang kembali ke tempat asal. Bila balik naik motor, kitaorang just gelak… mana mat pomen motor hang?


P/S=Tapi, asal diorang yang superb banggang makan kat kedai tu ek??? Huishh…

Thursday, June 13, 2013

Fashion: Headband


Assalamualaikum.

When i see those type of headband by the models.
I like... so cute!
Wanna try, wanna try, wanna be me.
Can, meh?
‘Confidence is high. Repeat. Confidence is high'.
Hehhehehe.
But, of course in my own style.
Yup.
Be ready.

FYI, talking about headbands... i don't have one.
None.
I'm serious.
And i'm bit disappointing actually.
Did my project gonna be only a dream which cannot be achieve?
Huhuhuuu...
So sad.

Luckily.
Idea coming.
When my critical thinking work on.
Oh,
My lovely maxi dress is everything.
I use the belt as a headband!
Efforts must be double to make the belt like a headband.
Just look and be surprise.

Scroll down, please.

Theme: vintage!
Give me that award!

Tell me something i don't know.
Cheit.
Hahhahah...
Delete that, delete that.
Do not be so proud okay. That's not good.
: )

Anyway, everything it's so awesome and cool.
Bye!

Japan trip 1

Hello,  Aku sebenarnya tengah vacation mood, daripada 18hb April. Memang rancang akan update, Kita kemas-kemas blog yang dah usang gila ini....