Posts

Showing posts with the label cerpen 2013

Translate

cerpen: kecoh raya

Image
Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna, Agar dapat kulalui dengan sempurna, Selangkah demi selangkah, setahun sudah pun berlalu, Masa yang pantas berlalu, Hingga tak terasa ku di bulan ramadhan, Semula. Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna, Agar dapat kulalui dengan sempurna, Puasa satu amalan, sebagai mana yang diperintahNya, Moga dapat kulenturkan nafsu yang selalu membelenggu diri, Tiada henti-henti. “Uit. Berangan!” Tegur Sarah sambil menyinggung kasar lengan kawannya. Hani terkebil-kebil seribu. “Hurm.” Hurm? Melihat tiada tindak balas seterusnya, Sarah angkat kening. Hish, dia ni. “ Wake up, cik Hani.” Dan menepuk kedua belah pipi tersebut hingga Hani menjadi lemas. Dia senyum segaris, tanpa ada riak bersalah. Kemudian selamba mendapatkan tempat duduk disebelah, “Hani, esok start fasting month .” Hani yang sememangnya tahu memberikan pandangan, so-what? “Jadi, macam biasalah. Kau jangan lupa kejutkan aku bangun sahur sepanjang...

cerpen: lelaki bermata biru

Image
Seperti kebiasaan, stesen KTMB Kepong sesak dengan orang ramai di waktu petang. Suasana harian untuk orang yang bekerja balik ke rumah masing-masing. Kembali pulang ke sarangnya. Sambil memegang tali beg belakang, aku berlari menuruni tanggga demi mengejar kereta api yang baru sahaja berhenti. Menambah kelajuan, akhirnya aku berjaya sampai masuk sebelum pintu ditutup. Nafasku kencang akibat kepenatan. Mataku mula meliar di dalam kotak putih itu. Melihat sekeliling untuk mencari kerusi kosong, tetapi hampa kerana semuanya sudah diduduki. Namun mataku tertacap pada suatu ruangan yang lebih lenggang berdekatan dengan bahagian lelaki. Dengan cepat, aku berjalan ke arah itu dan meletakkan beg belakangku disudut atas lantai. Aku mengeluh perlahan, lega kerana sempat sampai tepat pada masanya, walaupun hampir-hampir ketinggalan. Bila kereta api mulai bergerak ke hadapan, aku mememegang tiang besi yang tersedia. Dan sejenak, terasa sesak selepas menarik nafas yang menusuk oleh...