cerpen: lelaki bermata biru
Seperti
kebiasaan, stesen KTMB Kepong sesak dengan orang ramai di waktu petang. Suasana
harian untuk orang yang bekerja balik ke rumah masing-masing. Kembali pulang ke
sarangnya. Sambil memegang tali beg belakang, aku berlari menuruni tanggga demi
mengejar kereta api yang baru sahaja berhenti. Menambah kelajuan, akhirnya aku
berjaya sampai masuk sebelum pintu ditutup. Nafasku kencang akibat kepenatan.
Mataku mula meliar di dalam kotak putih itu. Melihat sekeliling untuk mencari
kerusi kosong, tetapi hampa kerana semuanya sudah diduduki. Namun mataku
tertacap pada suatu ruangan yang lebih lenggang berdekatan dengan bahagian lelaki.
Dengan cepat, aku berjalan ke arah itu dan meletakkan beg belakangku disudut
atas lantai. Aku mengeluh perlahan, lega kerana sempat sampai tepat pada
masanya, walaupun hampir-hampir ketinggalan.
Bila
kereta api mulai bergerak ke hadapan, aku mememegang tiang besi yang tersedia.
Dan sejenak, terasa sesak selepas menarik nafas yang menusuk oleh kepelbagaian
bau peluh dan aroma minyak wangi yang bercampur-aduk. Kepalaku pening. Badanku lemah.
Sedikit perlahan, aku menarik keluar gula-gula Hacks hitam daripada poket
seluar jeansku, membuka balutan plastik tersebut dan memasukkannya ke dalam
mulut. Mp3 kecil pemberian kakak aku mainkan lagunya.
Daripada
stesen ke stesen telah berlalu. Aku cepat membuat analisa. Kedudukan kerusi tepi
sekali adalah diduduki seorang lelaki yang terhalang dengan bukaan surat khabar
The New Strait Timesnya. Tampak selesa dengan dunia pembacaannya sendiri. Dua
tempat duduk selepas itu, kelihatan seorang budak lelaki lingkungan lima tahun duduk
di atas ribaan ibunya serta budak perempuan yang melutut menghadap pemandangan
luar. Tangannya terlekap di kaca jernih itu sambil mengeluarkan kata-kata yang
sedikit pelat. Berdiri bersamanya pula adalah wanita cina lewat tiga puluh.
Turut serta, mungkin kawannya, sibuk berkongsi cerita atau masalah dalam bahasa
mereka.
Apabila
Kuala Lumpur menjadi pilihan seterusnya. Pintu dibuka dan orang ramai berebut-rebut
menyerbu masuk dan mula memenuhi ruang tempatku berdiri. Aku kerut dahi dengan
suasana yang menyebabkan terasa lemas dan tersepit dalam lautan manusia. Aku
juga terpaksa menarik beg belakangku dan menyandarkannya di kaki kiri.
Gula-gula Hacks hitam aku buka untuk kali ke dua. Tanpa sedar, aku terlihat kelibat
seorang ibu muda menggendong anaknya yang sedang tidur. Wajah kepenatan
menampung berat anaknya jelas tergambar. Hatiku dihinggap rasa kasihan. Aku mengharapkan
agar ada orang yang berhati baik dan sudi memberikannya tempat duduk. Dan kereta
api bergerak lagi.
Melepasi
dua stesen, tiada siapa mempedulikan atau buat-buat tidak menyedari kewujudan
kesusahan wanita itu. Aku tidak rasa bersalah tetapi memegang sikap
bertanggungjawab. Seminit menarik perhatian, aku bertanya kepadanya dengan nada
yang sesuai.
“Jauh
lagi ke puan?”
Dia
menggangguk sambil menyebut perlahan perkataan ‘Seremban’. Seremban? Lagi jauh
daripada destinasi utamanya. Aku senyum segaris. Peta perjalanan yang terpapang
di atas pintu kereta api aku pandang sayu. Tindakan aku pantas mencari
seseorang, melihat siapa yang mungkin
boleh meringankan bebannya. Dia! Ya, dia. Hanya dia calon terbaik. Lelaki di
balik surat khabar berbahasa Inggerisnya itu. Otakku mula berdolak dalih akan
mengapa harus dia. Rasanya aku betul. Dan aku tidak salah untuk menyuruhnya
berdiri dan memberikan keselesaan pada wanita tersebut yang sangat memerlukan.
Ini kerana, bukankah ini ruangan untuk bahagian perempuan? Dan dia adalah
lelaki.
Caranya?
Aku tidak tahu. Sesaat bertukar minit, aku redha. Menarik sekali nafas, kaki kanan
pun mencari mangsa. Bila kaki bertemu kaki. Lelaki itu sedikit terkejut dan
menurunkan surat khabarnya. Mungkin marah akan gangguan yang diterima. Keningnya
sedikit terangkat sambil memandangku. Aku terpana! Lelaki bermata biru. Tanpa
sedar, aku merenungnya. Mindaku menjadi kosong. Aku kaku tanpa kata. Dia
kelihatan dalam lingkungan 20-an dan mempunyai rambut coklat kehitaman, pipinya
bersih dan bibirnya terbentuk seindah ciptaan Tuhan. Dia sempurna.
Sepantas
kilat, mukaku mula terasa membahang. Aku digumpali rasa malu kerana menelek
anak teruna orang sedalam itu. Cepat-cepat aku berpaling ke arah lain dan
berdehem sedikit. Cuba menggembalikan kegugupan yang mendatang. Beberapa
ketika, aku kembali memandangnya. Menarik nafas panjang sebelum berkata.
“Excuse me. Can you please give that lady a seat?”
Penggunaan
bahasa antarabangsa aku gunakan. Peka akan keperibadiannya. Mata biru itu
memandang tanpa balas, dan jari telunjuk aku arahkan pada wanita tadi. Fakta
yang aku bukan bercakap atas angin tapi atas dasar kemanusiaan. Manusia tetap
manusia, kami bukan robot. Kami tahu penat dan letih. Dia aku lihat masih terdiam.
Menampakkan peluang yang begitu tipis. Tapi, bila dia melipat surat khabar dan
diselit dalam bag sandangnya. Dan berdiri di sebelahnya. Aku terpana.
“Oh, sure. My pleasure.”
Aku menjerit
senang di dalam hati. Usahku membuahkan hasil! Kemudian, aku menegur ibu muda
tadi dan menyuruhnya untuk duduk. Dia sungguh gembira dan mengucapkan terima
kasih kepadaku. Aku hanya tersenyum lebar. Moga-moga dia dapat berehat dan
anaknya tidak meragam. Stesen berlalu lagi.
Sepanjang
perjalanan, aku berdiri. dia pun berdiri. Terasa mata biru itu memerhatikanku
daripada tepi. Bahunya yang besar kadang-kadang tersentuh denganku. Aku
berkalih sedikit. Jantungku bergedup laju. Keadaan yang sesak menjadikan ianya
lagi sesak bagiku.
“Thank
you.”
Dia
mengucapkan ayat itu kepadaku. Aku kerut dahi. Kenapa harus berterima kasih
padanya? Aku sepatutnya yang berkata begitu kepadanya. Dan memandangnya pelik. Dia
memberikan aku senyuman ikhlasnya. Aku tiba-tiba terasa diawangan. Sangat
sempurna! Jarinya menunjukkan bekas tempat duduknya, aku mula memahami maksud
ucapannya. Aku menggangguk dan kami berbalas senyuman.
“You’re welcome.”
Bila
stesen KTMB Terminal Bersepadu Selatan diumumkan oleh pembesar suara. Aku
menjijit beg belakang dan menyandangnya ke bahu. Destinasi aku sudah sampai. Untuk
kali terakhir, aku merenung ke dalam mata bitu itu. Tidak tahu kenapa. Dan dia
juga tidak berkata apa. Bila pintu dibuka, aku pun berjalan ke luar kereta api.
Orang ramai yang keluar masuk aku turuti alirannya. Dan bila pintu tertutup, kami saling berpandangan dan
lelaki bermata biru itu melambai perlahan. Aku tidak tahu harus membalas apa,
dan bila keretapi bergerak perlahan, laju dan menghilang daripada mata. Barulah
aku mengganggkat tangan kanan sebelum menggenggam erat. Senyuman aku
sembunyikan. Dia adalah lelaki bermata biru.
The End
Choi! Sweet-sweet dengan rasa misteri seram
sejuk gitu kan. Hahahh. Sebenarnya ini adalah true story but just adjust hentam
sikit-sikit bagi nampak pro. Even aku pun tak tahu nak karang apa.
Bye!
cam tu je ke? alaaa!
ReplyDeletehahahha... gitu jek la.
Delete