THE AUTHOR

My photo

Assalamualaikum and hello, o awesome readers!

I guess I'm pretty cool person. I likes be positive, helping others, writing and exploring.  Also a fan of happy ending. Even life is too serious as it is. This blog i called as my second heart. Everything with Allah blessing, i'll share those awesome moments in my life. Overall i think is a lot about my family. 'Cause i love them....LOL.

Thanks for all your support! It means a lot. Anyway, welcome to my life.

Showing posts with label cerpen aku. Show all posts
Showing posts with label cerpen aku. Show all posts

Sunday, October 04, 2015

Novel: Kisah yang sempurna (Prolog)


Prolog:

Assalamualaikum.
Dear my future husband,

Directly I want to say that when we meet later. Don't proposing me to be your girlfriend.
I don't want to be your girlfriend.
Massively no.
I may reject that red roses, shining ring and become all such a awful moments.
Sorry.
Because I just want to be the one you call as your wife.

Duh,
I may to rush in this things.
By the way this difference between me and other
women, is that, all they wanted to have all those.
Me on the other hands...
I indeed who wishing and dreaming.
Only.
Just as i know my limit to Allah and lower my gaze.
And when to said no.

I pray you understand me.
That I still wishing you'll be my ‘halal’ prince charming.
Who holding onto the Quran in your right hand and the Sunnah in the left hand.
And riding your horse of Taqwa.
Tame me and save me.
On the spot.
I hear you're worth the wait, so I’ll wait.
Insyaallah.

I not aspect that you are a perfect husband in future.
'Cause I’m also not a perfect person.
But I aspect you,
Who is not the one who calls me for only romantic talk... but he who calls me five times for prayer.
As my rules...
That a man who cannot lead me in Salah,
Cannot lead me in life.

My apologize,
I don't make my wedding day a pleasant memory in this life, but source of misery in the next.
Which when you do marry me,
I hope you do it so with the intention of Jannah where you plan to hold my hand and carry me together.
Just like some said, true love doesn't end... it continues in Jannah,

And then i know you love me endlessly.

Our stories may not as others lover,
Non a grateful to share.
And,
Since when do love stories end in weddings?
Because we only just started from here.
This second.
And you become my chills.

From all above.. they may will said,
Someone like this? I never found a man good enough for this.
Or i will never get married.
May never or who know.
I plan, Allah is the master mind.
No one can against it.

Let me tell you one secret
,
I am a hard person to love but when i'm in love... i love really hard,
Allah is my only one.
Prophet of Muhammad is my strength.
And my family are my prove.
One day you not only a love, a strength, a inspired to me.
But everything to me.
One fine day.
Insyaallah.

From your future wife.


*****

Hai. 
So this one is from my previous blog post actually.
I donno how to write the intro-i used this. 
I'm not sure if i really that talented enough. May i looks like randomly wrote i like and don't care if anyone will read about this or not. 
Hahhaha... I don't know this novel will take how long to complete. Why just take a seat, enjoy and wait for next entries. 
Bye! 

My link post is here.

Sunday, June 23, 2013

cerpen: lelaki bermata biru


Seperti kebiasaan, stesen KTMB Kepong sesak dengan orang ramai di waktu petang. Suasana harian untuk orang yang bekerja balik ke rumah masing-masing. Kembali pulang ke sarangnya. Sambil memegang tali beg belakang, aku berlari menuruni tanggga demi mengejar kereta api yang baru sahaja berhenti. Menambah kelajuan, akhirnya aku berjaya sampai masuk sebelum pintu ditutup. Nafasku kencang akibat kepenatan. Mataku mula meliar di dalam kotak putih itu. Melihat sekeliling untuk mencari kerusi kosong, tetapi hampa kerana semuanya sudah diduduki. Namun mataku tertacap pada suatu ruangan yang lebih lenggang berdekatan dengan bahagian lelaki. Dengan cepat, aku berjalan ke arah itu dan meletakkan beg belakangku disudut atas lantai. Aku mengeluh perlahan, lega kerana sempat sampai tepat pada masanya, walaupun hampir-hampir ketinggalan.


Bila kereta api mulai bergerak ke hadapan, aku mememegang tiang besi yang tersedia. Dan sejenak, terasa sesak selepas menarik nafas yang menusuk oleh kepelbagaian bau peluh dan aroma minyak wangi yang bercampur-aduk. Kepalaku pening. Badanku lemah. Sedikit perlahan, aku menarik keluar gula-gula Hacks hitam daripada poket seluar jeansku, membuka balutan plastik tersebut dan memasukkannya ke dalam mulut. Mp3 kecil pemberian kakak aku mainkan lagunya.

Daripada stesen ke stesen telah berlalu. Aku cepat membuat analisa. Kedudukan kerusi tepi sekali adalah diduduki seorang lelaki yang terhalang dengan bukaan surat khabar The New Strait Timesnya. Tampak selesa dengan dunia pembacaannya sendiri. Dua tempat duduk selepas itu, kelihatan seorang budak lelaki lingkungan lima tahun duduk di atas ribaan ibunya serta budak perempuan yang melutut menghadap pemandangan luar. Tangannya terlekap di kaca jernih itu sambil mengeluarkan kata-kata yang sedikit pelat. Berdiri bersamanya pula adalah wanita cina lewat tiga puluh. Turut serta, mungkin kawannya, sibuk berkongsi cerita atau masalah dalam bahasa mereka.

Apabila Kuala Lumpur menjadi pilihan seterusnya. Pintu dibuka dan orang ramai berebut-rebut menyerbu masuk dan mula memenuhi ruang tempatku berdiri. Aku kerut dahi dengan suasana yang menyebabkan terasa lemas dan tersepit dalam lautan manusia. Aku juga terpaksa menarik beg belakangku dan menyandarkannya di kaki kiri. Gula-gula Hacks hitam aku buka untuk kali ke dua. Tanpa sedar, aku terlihat kelibat seorang ibu muda menggendong anaknya yang sedang tidur. Wajah kepenatan menampung berat anaknya jelas tergambar. Hatiku dihinggap rasa kasihan. Aku mengharapkan agar ada orang yang berhati baik dan sudi memberikannya tempat duduk. Dan kereta api bergerak lagi.

Melepasi dua stesen, tiada siapa mempedulikan atau buat-buat tidak menyedari kewujudan kesusahan wanita itu. Aku tidak rasa bersalah tetapi memegang sikap bertanggungjawab. Seminit menarik perhatian, aku bertanya kepadanya dengan nada yang sesuai.
“Jauh lagi ke puan?”
Dia menggangguk sambil menyebut perlahan perkataan ‘Seremban’. Seremban? Lagi jauh daripada destinasi utamanya. Aku senyum segaris. Peta perjalanan yang terpapang di atas pintu kereta api aku pandang sayu. Tindakan aku pantas mencari seseorang,  melihat siapa yang mungkin boleh meringankan bebannya. Dia! Ya, dia. Hanya dia calon terbaik. Lelaki di balik surat khabar berbahasa Inggerisnya itu. Otakku mula berdolak dalih akan mengapa harus dia. Rasanya aku betul. Dan aku tidak salah untuk menyuruhnya berdiri dan memberikan keselesaan pada wanita tersebut yang sangat memerlukan. Ini kerana, bukankah ini ruangan untuk bahagian perempuan? Dan dia adalah lelaki.

Caranya? Aku tidak tahu. Sesaat bertukar minit, aku redha. Menarik sekali nafas, kaki kanan pun mencari mangsa. Bila kaki bertemu kaki. Lelaki itu sedikit terkejut dan menurunkan surat khabarnya. Mungkin marah akan gangguan yang diterima. Keningnya sedikit terangkat sambil memandangku. Aku terpana! Lelaki bermata biru. Tanpa sedar, aku merenungnya. Mindaku menjadi kosong. Aku kaku tanpa kata. Dia kelihatan dalam lingkungan 20-an dan mempunyai rambut coklat kehitaman, pipinya bersih dan bibirnya terbentuk seindah ciptaan Tuhan. Dia sempurna.

Sepantas kilat, mukaku mula terasa membahang. Aku digumpali rasa malu kerana menelek anak teruna orang sedalam itu. Cepat-cepat aku berpaling ke arah lain dan berdehem sedikit. Cuba menggembalikan kegugupan yang mendatang. Beberapa ketika, aku kembali memandangnya. Menarik nafas panjang sebelum berkata.
Excuse me. Can you please give that lady a seat?”
Penggunaan bahasa antarabangsa aku gunakan. Peka akan keperibadiannya. Mata biru itu memandang tanpa balas, dan jari telunjuk aku arahkan pada wanita tadi. Fakta yang aku bukan bercakap atas angin tapi atas dasar kemanusiaan. Manusia tetap manusia, kami bukan robot. Kami tahu penat dan letih. Dia aku lihat masih terdiam. Menampakkan peluang yang begitu tipis. Tapi, bila dia melipat surat khabar dan diselit dalam bag sandangnya. Dan berdiri di sebelahnya. Aku terpana.
Oh, sure. My pleasure.”
Aku menjerit senang di dalam hati. Usahku membuahkan hasil! Kemudian, aku menegur ibu muda tadi dan menyuruhnya untuk duduk. Dia sungguh gembira dan mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku hanya tersenyum lebar. Moga-moga dia dapat berehat dan anaknya tidak meragam. Stesen berlalu lagi.

Sepanjang perjalanan, aku berdiri. dia pun berdiri. Terasa mata biru itu memerhatikanku daripada tepi. Bahunya yang besar kadang-kadang tersentuh denganku. Aku berkalih sedikit. Jantungku bergedup laju. Keadaan yang sesak menjadikan ianya lagi sesak bagiku. 
 “Thank you.”
Dia mengucapkan ayat itu kepadaku. Aku kerut dahi. Kenapa harus berterima kasih padanya? Aku sepatutnya yang berkata begitu kepadanya. Dan memandangnya pelik. Dia memberikan aku senyuman ikhlasnya. Aku tiba-tiba terasa diawangan. Sangat sempurna! Jarinya menunjukkan bekas tempat duduknya, aku mula memahami maksud ucapannya. Aku menggangguk dan kami berbalas senyuman.
You’re welcome.”

Bila stesen KTMB Terminal Bersepadu Selatan diumumkan oleh pembesar suara. Aku menjijit beg belakang dan menyandangnya ke bahu. Destinasi aku sudah sampai. Untuk kali terakhir, aku merenung ke dalam mata bitu itu. Tidak tahu kenapa. Dan dia juga tidak berkata apa. Bila pintu dibuka, aku pun berjalan ke luar kereta api. Orang ramai yang keluar masuk aku turuti alirannya. Dan bila  pintu tertutup, kami saling berpandangan dan lelaki bermata biru itu melambai perlahan. Aku tidak tahu harus membalas apa, dan bila keretapi bergerak perlahan, laju dan menghilang daripada mata. Barulah aku mengganggkat tangan kanan sebelum menggenggam erat. Senyuman aku sembunyikan. Dia adalah lelaki bermata biru. 

The End
Choi! Sweet-sweet dengan rasa misteri seram sejuk gitu kan. Hahahh. Sebenarnya ini adalah true story but just adjust hentam sikit-sikit bagi nampak pro. Even aku pun tak tahu nak karang apa.

Bye!

Sunday, August 12, 2012

cerpen: kisah dongeng yang hampeh


“Once upon a time, there was a beautiful girl named Cinderella. She lived with her wicked stepmother and two stepsisters. They treated Cinder…”

"Stop! stop! stop ! What the h***  are you, Miss Cinderella?”
“Naper pulak professor Mat Jenin?” Cinderella pelik.
“Itu citer zaman batu versi burung belatuk. Orang zaman sekarang dah muak dengan story mory basi tuh. Diorang semua layan Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Tun Dr. Mahathir (Doctor in the house), Hikayat Dato Najib, Hikayat…..”

“Hhaaahhhhhh !!!!” Ala paduan tiga suara Ning, Shila dan Jac tapi versi:

Cinderella-- So takder maknanya lah semua all stepmother berlagu air mata, small magic fairy ala godmother, another Jimmy Choo glass slipper and hottest prince ever? I can't believe it!

Sleeping Beauty—Oh puhleease..like no big ceremony on my 17th birthday party with seven fairy blessing, missing devil ego, plus missing adorable prince kisses who’ll make me alive forever? OMG!

Snow white—Then, I wondered what would I do next without seven dwarf yang dok pakat pindah balik Sweden after this, no poison apple and such lovely mirror.. Mirror, mirror on the wall, who in this land is fairest of all?

“Waaahhhhaaaaa !!!” Kelas tersebut telah menjadi kucar-kacir, dan berita ini ini telah tersebar ke seluruh benua. Raja-raja dan pembesar-pembesar di setiap kawasan resah gelisah. Nampaknya, mungkin kena retired awal. Rakyat jelata pula berduka lara.

Tiba-tiba…
"Huisshhh..nyah-nyah semua. Please stop ok! Aladdin baru jek dapat news gembira nih.” sambil membetulkan selipar jeun yang baru dibelinya tadi. Bengkak sudah kaki dengan kasut lamanya.
“Best bangat ker, Aladdin? Bawang merah dan bawang putih tak sabor nak mendengor-nye nih.”
"Bawak bertendang."
"Cepatlah!" Thumbelina mendesak.
"Iyolah, jap aku gosok lampu ajaib yang direct terus skype ke Hotel London nun.”
---Sedia.---

“Ehem, ehem. Hai. I’m Putera katak (your prince charming ever). There will be a majlis keramaian on Saturday night, tepat 6.00 pm at London Hotel. Saya tunggu kamu semua wahai beautiful lady and... my-wife-to-be-” The (man) said with his sexy voice.

“Wife-to-be-? Whaaaaatttt !!!” Semua orang terkejut beruk. Dan terus bergegas pulang ke rumah masing-masing untuk membuat persiapan sehabis baik. Saper tak nak kahwin ngan anak raja weii… orang gila pun nak.

Puteri Gunung Ledang—Nenek tua, perintahkan segera Sultan Mansor untuk cancel bridge of gold and silver from Melaka to Gunung Ledang and change it dari sini ke Hotel London. 

Rapunzel—Kena pakai syampoo banyak-banyak minggu ni, bagi panjang cepat sikit supaya sampai lah daripada castle ke sana. Habis wet saku aku bulan ni. Haila.

The little Mermaid—Stamina kena kuat. Exercise kena up lagi. Muscle kena fix lagi supaya ti swimming tak tenggelam timbul dan sampai tepat waktu. Tak sabor!

Tu la ragam-ragam ke-excited-an puteri-puteri cantik daripada seluruh dunia untuk hadir ke pesta tersebut. 
Selang beberapa hari, majlis yang di tunggu-tunggu pun tiba...

Di suatu sudut Hotel London yang indah kelip-kelip mewah hiasannya, kelihatan Putera Katak dan dua orang rakannya (si Badang dan si Tanggang) sedang berdiskusi penuh kepelikan dan misteri yang sedang happen here.

“Apsal semua lelaki handsome jek? Mana semua beautiful lady?"
"Yalah, Sorang puteri pun tak datang. Diorang luper ker?” 
“Haah la, maner diorang semua ni. Batang gigi pun tak nampak.”
“Jap, aku try contact Aladdin. Dia luper nak bagitau diorang kot?”

Tanpa diorang sedari, bahawa… :

Puteri Gunung Ledang—Tak dapat datang coz Sultan Mansor malas nak layan high-demand melampau-melampaunya itu. Boleh bankrupt C gamaknya. Ingat gold and silver murah ker sekarang!

Rapunzel—Kerana terlalu taksub dengan 50-100 botol syampoo sehari, maka rambut panjangnya rosak beribu dan sehelai-sehelai gugur ke bumi. Nasib badan. Nak turun castle pun tak sanggup!

The little Mermaid—Super confident berenang 24jam tanpa henti tanpa peta plus kompas plus GPRS. Mermaid telah sesat ke kutub utara dan cramp bagai. ++sikit lagi kena lumpuh. Kesiaann…

Sleeping Beauty—Dah nama pun Sleeping Beauty. Tido memnjang la dia ni sampai lupa nak set jam awal-awal. Maka, terbongkang lagilah dia masa berjalannya pesta tersebut. Kroh…kroohhh...

Snow White—Dimasukkan ke wad kerana keracunan makanan. Yelah, seven dwarf takder nak take care makan pakai dia, makan pun melantak aja. Menangis lagu Bulan Madu di Awan Sweden la.

Cinderella—Oleh kerana ke-busy-an fairy nak layan persiapannya. Maka Cinderella dapat la kad kredit non limit dan shopping seseorang. Habisnya... siapa nak pakai kereta labu untuk rentas laut. Pastu last minute, berlagak pandai tempah ticket naik flight. Lastly, landing kat Afrika nun. Waahahhaha…

So,
Putera Katak pun dengan benganggnya tahap kritikal asbestos,  telah menyatakan statement kepada pihak media plus paparazzi semua bahawa diorang (puteri-puteri) semuanya…cam HAMPEH. Huhuhu…
Jadik katak selamanya la aku!
Mummy...


The end.
Wuhuuu! Story yang aku ubah 360 degree kesasihannya. 
Adakah sebab aku jeles kat diorang nih semua. May be...

Adious!