Search This Blog

Sunday, June 24, 2018

Recipe : Rendang Tok

Resepi Tendang Tok


Bahan:
- 1 1/2 kg daging (dipotong dadu mengikut saiz dikehendaki)
- 3 liter santan
- 1 biji kelapa parut (sangai, jadikan kerisik) sedikit isi kelapa (dihiris kecil, jadikan kepingan dan disangai)
- 2 helai daun kunyit beberapa helai daun salam
- 3 batang serai (dititik)
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 biji bunga lawang
- 10 biji bunga cengkih
- 1 1/2 keping gula nipah/kabung/melaka
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis

Bahan disangai (goreng tanpa minyak):
- 11/2 sudu makan jintan manis
- 1/2 sudu makan jintan putih
- 2 sudu makan biji ketumbar

Bahan kisar:
- 20 biji cili kering (rendam dulu)
- 1 sudu teh lada hitam
- 10-15 biji bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 3 sm lengkuas
- 5 batang serai
- 5 sm halia
- 3 sm kunyit hidup
- Bahan yang disangai tadi

Caranya:
- Mula-mula perapkan daging dengan sedikit bahan kisar.
- Panaskan minyak dan tumiskan serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bahan kisar. Masakkan rempah itu dahulu.
- Masukkan daging yang diperap beberapa jam tadi. Kacau.
- Masukkan santan, gula Melaka/kabung, garam, separuh dar kerisek, daun salam dan daun kunyit yang telah dicarik. Kacau sedikit, biarkan ia masak. `tambah air jika perlu'
- Bila daging nampak empuk, masukkan semua baki kerisik dan kelapa kepingan kecil yang disangai tadi, kacaukan. Masakkan rendang tok ini biar betul-betul kering.

TIP
- Rendang Tok ini mesti kering dan ia akan bertukar warna kehitaman.
- Daun salam adalah bahan kesenian rendang Tok.

Wednesday, June 20, 2018

Aidilfitri, adikku!

Assalamualaikum.


Time nih bila yang single bersingle jer ada rumah.
Adik koranglah kena angkut heret masuk dalam cerita ini.
Driver sana. Sini. Situ. Eh, patah balik jap.
Dan, pergi beli serai dekat mall.
Confident tudung senget-senget, seluar koyak, selipar semua. Kata orang time selekeh gila tu lah jumpa kawan lama. Jumpa jiran yang segan nak ngaku kau tu jiran dia.
Hahahaaa...

Lepas sahur siap-siap anyam ketupat. Berpeluh.
Yelah setahun sekali benda nih kena buat.
Nasib theory sains fizik add math sah setelah dipersetujui oleh sefahaman mak dan kaum komuniti sekelililing.
Fuh, rasa boleh keluarkan dah certificate untuk anyaman ketupat berjemaah.
Kuih raya? Uih, memang not in list. Tapi brownies menyempat pulak masuk oven. Eh
Pastu, rendang. Rendang daging ewah-ewah nama dia. Sebab ewah-ewah kemain sampai lapan, sepuluh jam masak. Tapi licin terus raya first. Ewah betul siapa makan tuh.
Kuah kacang. Ikut resepi, tapi pedas macam letak wasabi. Siapa punya kerja tanam cili pedas sangat nih. Mana rumah dia, mana rumah dia.
Ayam masak sambal. Guna cili yang sama. Eh pedas, eh geram pulak... Mana rumah dia tadi?
Kuah lodeh. Sebabkan memang failed masak lauk lemak santan semua. Mak korang boleh memaksa jugak masak sendirik. Time nih air mata bertakung. Manalah akak den. Raya kat afrika ke apa. Adik korang rasa nak lari rumah dah ni.
Apa pun. Pagi raya, lepas solat Aidilfitri. Minta maaf.
Buat apa nak malu, emak ayah sendiri.
Bukan mak ayah jiran sebelah.
Adik sendiri. Bukan adik raja berpelembagaan.
Banyak dosa.
Banyak menyusahkan.
Banyak complaint.
Penatnya merungut, penat lagi mak ayah risaukan. Besarkan kita.
Halalkan.
Ikhlaskan.
Image may contain: plant and flower

Terima kasih juga buat persahabatan, 13/11 tahun and still fighting. Shu HamidNorly Nolin...first raya terus open table.
Dengan mak korang join sama.
Pastu selamba tambah lauk.
Siap tempah tender makan untuk kenduri sendiri lagi. Menyempat.
Imbas zaman sekolah.
Kenyang-kenyang, sumbat kuih raya.
Penat mak nya puntal-puntal, cucuk-cucuk, homemade tu semua.
Bila ayah telefon suruh balik, gelabah sampai lupa pesan mak suruh bagi lauk raya.
Dan baju raya terkorban dek sup tulang. Nexttt, baju raya please.
Balik rumah, pergi raya rumah sedara mara. Adiklah yang drive atas hujung tengah peta Johor.
Jadik co-pilot buat lawak bodoh.
Sumbat makan supaya tak ngantuk.
Nyanyi lagu Raya hiburkan hati.
Adiknya gitu jugak. Lainlah kau tabur duit raya atas jalan, baru dia terhibur. Menggilai lagi.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H.
Maaf Zahir & Batin.
Ikhlas.

Tuesday, June 19, 2018

Celcom huawei p20

Assalamualaikum.

Hai.
So, this is my new phone from now.
After previous phone dah not functional well dah sebab fracture sini sana.
With lots of trouble.
Terpaksa just let it go.
And masuk museum.
Rest in peace, asus Zenfone.
Terima kasih atas segalanya.

And hokey. Welcome to huawei area.
Kenapa pilih brand nih?
Sebab i don't like Apple iphone.
Not samsung fans either.
And because Malaysia still not available for Google pixel 2 XL in the market yet.
So sad.
Because that's gonna be my first choice.
Tapi nak buat camna.
Jodoh tak ada.
Huawei lah kita yer.

Huawei mate 10 and P20 and pro untuk keduanya.
Actually memang sangat pening nak pilih. Between awesome of gigabytes, earphone jack, waterproof, megapixel camera, and banyak lagi...
Search lagi kat Youtube.
Search Google, bandingkan kat web lain.
And my last decision, just go on with the huawei p20.

Sebab?
More pada price in the market.
And gigabytes 128.
With dekstop connections.
Good.
Double tap boleh open. Really best!
Ada jugak cons, tapi i prefer this one.
Nanti after three, four years.
Tukar lah tuh.
Ada lagi new technology in better gadget.
Tak payah nak fikir banyak.
We just go with the flow.

And actually nak go with celcom devices promotion to get this huawei p20 at the good price. Boleh la tengok web mereka.
Campur lagi line pon bagus kat johor sana. Kl pon ok.
And internet coverage 40g for pelan gold plus... unlimited call and message. Hey, cukuplah tuh.
So, lets upgrade!
But they're tak ready with p20 on the spot. Ada sampai sebulan menunggu.
Fuh. Tam tahu Asus tu boleh tahan lama gitu.
And sekali tengok gak telco lain.
Sama jer.
Seminggu.
And so on.
Lastly, pergi Times Square.
Ada huawei shop.
Beli jer kat sana. 

Dah on hand.
And ready to use.
Next time, kalau rajin. Try tengok review dia eh. Kita komen apa patut.
Alright.
Bye!

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...