Search This Blog

Thursday, November 01, 2012

Boyfriend kau, pakwe kau-Idiot.


Assalamualaikum.

Setiap hari ada aja kes pasal remaja lari rumah ikut BF (boyfriend, pakwe), lahir anak luar nikah, pembuangan bayi macam buang anak patung dan lain-lain. Tapi, aku kerut dahi bila diorang sanggup letak 101% kepercayaan pada BF-seseorang lelaki yang mungkin kenal 3,4 bulan atau tahun sahaja.

Kenapa kau tak letak kepercayaan tu pada Allah-atas takdir jodoh kau nanti atau pada mak ayah yang dari dulu sampai sekarang bersama kau. Kenapa?

Kenapa kau sanggup titiskan air mata bila BF ko mintak putus? Kenapa tak kau titiskan air mata kerana kegagalan kau menjadi hamba Allah yang yang terbaik. Kenapa kau tak titiskan air mata atas kesalahan kau meyinggung perasaan mak ayah. Kenapa kerana lelaki itu kau snggup titiskan air mata yang berharga itu! - ‘Idiot.’

Apa lelaki tuh buat sampai dia mampu memiliki kepercayaan kau?

Ada BF kau bancuhkan susu masa kau terjaga dan merengek di awal pagi?
Ada BF kau bazirkan duit untuk beli pampers kau yang mahal ya amat tu?
Ada BF kau jaga siang malam sebab kau demam panas?
Ada BF kau keluarkan duit nak belikan kau mainan patung Barbie, yang popular time tuh?
Ada BF kau keluarkan duit bayar yuran sekolah daripada tadika sampai sekarang kau masuk universiti?
Ada BF kau makan roti 70sen masa makan tengahari sebab nak kumpul duit untuk masa depan kau?
Ada BF kau bangun pagi-pagi untuk siapkan sarapan sebelum kau pergi sekolah?
Ada BF kau menitis air mata atas kedegilan kau?
Ada BF kau membebel atas apa kesalahan yang kau buat?
Ada BF kau tebalkan muka jumpa orang ramai untuk penuhi permintaan tak masuk akal kau?
Ada BF kau nasihat panjang lebar walaupun kau duduk dalam bilik sambil pasang earphone?
Ada BF kau sanggup meredah banjir yang hampir meragut nyawanya di malam buta untuk pastikan keselamatan kau?
Ada BF kau sanggup menukar nyawanya untuk kau?
Akhir sekali, ada BF kau doakan keselamatan, kesejahteraan, kebahgiaan kau hari-hari selepas sembahyang?

Bukan setakat BF, malah suami kau jugak belum tentu mampu menandingi kehebatan, kewibawaan dan aura sepasang ibu dan ayah. Mungkin sebab itu, aku agak pelik bila bin ajib bila remaja kat luar sana terlalu mengagung-agungkan kehebatan BF memasing. Yang mungkin atau tidak itulah jodoh kau. Apa kelas. Nampak penuh kesengal-an adalah.

Bukan BF kau yang bekorban untuk kau-tapi DIRI KAU sendirik. Kau sedar tak wahai remaja kat luar sana. Jangan terlalu ikut nafsu sampai maruah diri, keluarga tergadai. Lebih penting, maruah kau terhadap Yang Esa-malu la weh.

Aku, bukan anti-lelaki (aku ada 2 abang, 1 adik lelaki)-aku ada kawan lelaki. Tetapi, aku sentiasa beringat. Allah penentunya dan mak ayah segalanya.

Bukan aku tak pernah ‘couple’/BF/pakwe nih-pernah, malah dengan pegawai politik Negara. Tapi, Allah Maha Besar, aku tak pernah terleka. Alhamdulillah. Bila dia ajak aku kahwin lepas SPM-masa tu baru aku tersedar.
Diakah lelaki yang akan membimbing aku lepas ini menujuMu?
Diakah lelaki yang sanggup berkorban apa sahaja untukku/Mu?
Diakah lelaki itu? Dan akhirnya, aku putus.

Bila orang tanya, kenapa aku tak ‘couple’, BF lagi. Aku akan cakap, InsyaAllah bila seru dah sampai. Kenapa? Sebab aku rasa aku tak layak untuk sesiapa even pada pengemis tepi jalan. Sungguh!

 Ilmu agama pun tak se-gah mana. Sembahyang pun masih cuba yang terbaik-sangat terbaik. Kecantikan pun biasa aja. Kepandaian memasak pun, ehem. Kematangan-apatah lagi, sangat jauh untuk dibandingkan. Kekayaan lagilah. Aku tak sesempurna mana. Sebab itu, aku takut-tak yakin untuk ber-BF/couple lagi. Sebab Allah pernah bertitah:
‘Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik’.

Aku harap se-sangat kearah itu (perempuan baik-sangat terbaik). Yelah, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Berserah, tapi mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar.

Balik topik asal-berubah la bagi yang termampu. Berjuanglah bagi yang terdaya. Aku hanya mampu berdoa kerana aku juga hamba Allah yang masih berperang kejalan-Nya

Wednesday, October 31, 2012

We're: Dibot, Shodot and Dodot.

Assalamualaikum.

C.V----Craziness virus attacks us!
Itu yang boleh aku terjemah behalf of two of my friends.
Shodot and Dodot
; )

We're like kembali pada zaman sekolah (i think at that time tak ade FB) masa chit chat on Facebook malam semalam.
Jejak kasih yang dah hampir five years tak dengar kabar berita and beborak cam ginih.
And bila one person started the topic.... just borak ,
And the rest is history.

I can tell, even sampai 11 pm-yesterday night…
A lot of fun daripada conservation tersebut. Happy ending.
Punyalah banyak benda nak argue aku ker kau yang betul, nak ingat rindu jatuh terbalik zaman sekolah, cikgu-cikgunya lagi, nak jemput Psy, gosip yang paper je lah, nak buat konsert jelajah Feda pun der tersenarai gak…
Semua cam, 'we'll on drugs, so-yeah'

As a conclusion,
Everyone got their new named that day.

Shodot a.k.a Shuhada Hamid
Dodot a.k.a Firdaus Abrahim
And me?
Dibot a.k.a Adibah Shahrudin.

Seriously, kitaorang memang miss tahap gaban sama zaman sekolah!.
Missed you all.

Monday, October 29, 2012

Raja Nadia Sabrina-Cantiknya dia.

Assalamualaikum.

Hallousss... Malam dah kan. Hehehhe... Tapi, aku tak ngantuk lagi lah-so aku update dalam terjah blog orang lain. Uhui-steeett.... kat empunya blog nih. Cantiknya!.

Cerita best nih. Even, korang dah pun kenal dengan makhluk Tuhan paling cantik nih-  Raja Nadia Sabrina. Tapi, aku nak cerita gak-of course. Suker gila tengok dia bergaya, simple and in muslimah style. Umpphhh-six stars.

Selain dalam blog jek korang boleh terjah, dia jugak ada web lain- Lookbook.nu-CLICK HERE. Sure, korang akan tak kelip-kelip memandang. Pasti!. See.





Siap ada tutorial lagi, baguih sungguh. Then, sekali lagi-aku perkenalkan- Puan Raja Nadia Sabrina.
Enjoy!

Japan trip 1

Hello,  Aku sebenarnya tengah vacation mood, daripada 18hb April. Memang rancang akan update, Kita kemas-kemas blog yang dah usang gila ini....