Search This Blog

Tuesday, April 17, 2012

Cerita Kedai Kopi: ‘Miss F’

Assalamualaikum,

This is base on real story.
Real people and real life.
Shut up your mouth and just continue reading.

Nak dijadikan sebuah cerita, aku diberi tugas untuk amik ubat dekat Klinik Kesihatan (bukan untuk aku ya, tapi untuk seorang nenek).
Punyalah berkobar-kobar semangat menolong dan tepat kol 1.50 petang da terpacak depan pintu pagar nun, 
Malangnya hari Jumaat diorang announcement hanya buka kol 2.45 petang. 
Hermm, kenapalah diorang tak letak notice/bannerbesar-besar kat luar.

Then, tak tahu nak buat apa, perut pon lapar.
 Maka, aku pun try usha kedai/stall terdekat area situ.
And the story begin here.

Time aku sedap meratah sebungkus nasi lemak , RM1.50, sepinggan jemput-jemput 8 bijik, RM1.00 sahaja dan air soya, RM1.00 jugak....
Aku siap mintak recipe jemput-jemputnya lagi. LOL.
Ilmu tu ada dimana-mana, concept hidup aku!
Kahkahkah.

Dari bab resepi, masuk la bab-bab seterusnya. Borak punya borak, barulah aku tahu dia ni (one of worker adalah dari negara seberang laut san, Indonesia).
And kami sebaya.
Just...great.
Dia sudah dua tahum menetap di sini.

Friendly tahap maximum, aku suruh dia share why dia choose untuk berhijrah ke Malaysia.
And dia nampak selesa to share.
: )
Dia seorang perempuan.
Muda.
And she ready to tell me her story. 
Aku namakan dia sebagai ‘Miss F’.


Penghijrahan from Indonesia to Malaysia, not a simple as look dalam peta.
Main reason untuknya berhijrah adalah kerana she wants to challenge herself.
Cause katanya di Indonesia dia taklah miskin sangat.
Betul atau tidak, who cares?

Dia kata di sana, saat dia menyatakan hasrat berhijrah... orang tuanya tidak membenarkan.
Jadi, dia pun ‘try slow talk’ la dengan orang tuanya, tapi ditentang keras jugak.
So, dia ni memang geng degil. 
Tetap fly to Malaysia. without using any rupiah from her parents.
Pergh, restu pun tak der main langgar jek minah sorang ni kan.
But.
her brother tolong sikit-sikit.

Sampai KL, dia kerja sebagai cleaner dalam bangunan. Penat amat, katanya.
Baru tahu.
Sampai leher pun kejung senget sebelah. Tak tahan di sana, dia ke Bakar Batu, Johor pulak. Seterusnya pindah ke kedai air soya di Taman Sri Tebrau, tempat sekarang dia tengah kerja la nie. Pagi kerja kat pasar, petang kerja kat kedai air soya pulak sampai malam.
Two works in a day.
To survive... 

Aku persoal kan jugak,  tak cuba balik Indonesia ker? 
Katanya tahun lepas dia sudah balik, dan orang tuanya begitu terkejut dia kurus cam orang nak mati. And soh dia stop kerja gilanya right away. 
Tapi, dia cakap bukan tak cukup makan tapi pikiran kusut.
Then, dia tetap fly balik ke Malaysia semula. 
Such a nice story.

Jam pun dah menunjukkan kol 2.40 petang. 
Time to go, girl. 
Selepas tukar-tukar nombor telefon, kami pun berpisah dalam suasana petang yang hujan-hujan manja pada hari tu. 
Semoga semangat hidup Miss F menjadikan dia bahagia selamanya (suker sama senyuman kamu). Ikhlas bangat!

Aku bukan hendak memperjuangkan bangsa Indonesia tapi how they challenge themselves is too Wow for me.
From here, even we are sebaya... our pengalaman hidup adalah berbeza
Like A to F....
She more matured than me. 
In every subject.

Alhamdulillah, 
Too much pengajaran i get from here.

Kerana itu aku mewujudkan pepatah baru....
Manusia belajar daripada pengalaman. Oleh kerana tiada pengalaman, pengalaman orang lain mungkin boleh diguna pakai.
Bye!

Saturday, March 31, 2012

Kuching, Sarawak: Cik Ziqa Up, Up Away...

Assalamualaikum.

Pada 25, 26, dan 27 Marc 2012- Cik ziqa and her family going holiday at Kuching, Sarawak with the Air Asia flight. Sungguh kejelesan terserlah bagi kitaorang semua yang tak dapat pergi sama atas tuntutan kerja yang berlambak-lambak-lambak menanti (hahah...ayat).

So, memandangkan aku pun tak gi-jadi nak explain more pun tarak boleh la. Ti lain pulak jadinya kan. Maka dengan ini- patik mewakili semua pembendaharaan mempersilakan rakyat jelata melihat some shoot yang berjaya di ambil sepanjang mereka di sana. Lai...lai... :

Gaya ala dapat gores dan menang-sampai terduduk keriangan-

Dinasourus datang Sarawak? Uhuk...

Super cute la kamu Cik ziqa-ngan topi pink-

-Cik Ziqa with her father-

-Cik Ziqa with her mother-

Pemandu pelancong yang sesat jalan. Ahaks!

-balik Johor semula-

..............Finish...........

Wednesday, March 28, 2012

Panduan: Amalan Sepanjang Hayat


Minggu lepas, selepas makan-makan di restoren My Friends sempena hari jadi mak kesayangan. Kitaorang sempat la merayau-rayau sekitar stesen bus Larkin (adik berlepas naik bus ke Perlis), yela perut sudah penuh jadi kena bagi turun la kan. Dari satu ke satu kedai kami masuk, macam orang tak betui pun ada (oleh kerana bajet lari, tengok jela).

Nak dibuat cerita, kitaorang pun masuk la ke sebuah kedai jual buku-buku agama. Dalam dok menelek-nelek, tiba-tiba mata ni terus tertacap pada sebuah buku. Warna dia biru pekat dan tulisannya kuning (kalau mata den tak kero la). Aku pun selak muka pertama. Emmm… sungguh menarik. Dengan belas ehsan kakak tersayang, dapatlah beli buku tu (akak aku pun beli satu).

Jadi, inilah dia buku setebal 126 muka surat:

Title: Amalan Sepanjang Hayat
Penulisan: Ustaz Ismail Bin Qamus, Ustaz Hj Abdullah Bin Abdul Rahamn, Ustaz Hj Yusof Bin Embi
Penerbit: Muafakat Enterprise Sdn. Bhd.
Harga: RM5.00

Harganya pun murah.
Kandungannya terdiri daripada,
1.       Amalan-amalan sunat mengikut taqwim Islam
2.       Peringatan sembahyang harian dan khusus
3.       Wirid-wirid selepas sembahyang fardu
4.       Doa-doa selepas sembahyang fardu
5.       Cara-cara mengkhusukkan sembahyang
6.       Wirid-wirid harian
7.       Doa umum
8.       Nama-nama Allah
9.       Gambaran Islam secara menyeluruh.

Bagi makhluk yang daif dan baru nak merangkak mendalami Islam macam aku ini , buku sebegini mungkin boleh menolong. Ianya lengkap  daripada doa ke wirid. Amalan detik korang celik mata daripada lena yang panjang hingga malamnya korang nak tutup mata, semua ada.

Walaupun bukanlah pakar dalam bab agama. Namun satu nasihat percuma untuk korang semua:
Tak salah andai kita hendak berubah sekarang dan jangan sampai terlambat hingga masa yang menghimpit kita.

^^ Beringatlah selalu bahawa mati itu tidak mengenal umur, kaum dan kedudukan seseorang.

Semoga Allah sentiasa merahmati dan hati ini tetap bersama-Nya.

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...