Search This Blog

Showing posts with label tips Japan. Show all posts
Showing posts with label tips Japan. Show all posts

Monday, May 13, 2024

Japan trip 1

Hello, 
Aku sebenarnya tengah vacation mood, daripada 18hb April. Memang rancang akan update, Kita kemas-kemas blog yang dah usang gila ini. Tapi, aku memang sibuk kemas rumah. Buat renovation semua, memang take your energy and time. Sampai kadang-kadang beli jela sebab penat dan tidak larat. Jadi, dengan ada sedikit masa aku rangka la sekerat dua kat sini untuk memo. 

Seminggu balik Malaysia aku terus pergi Kuala Lumpur, stay Sana Dalam lima Hari dekat Double Tree Hilton. Breakfast dia memang tip top, hari-hari makan rambutan dengan roti canai. Sampai waitress kenal dah la. Lepas itu settle down bank, appointment, open house Raya pun sempat pergi. Sampai terlepas open house Raya dengan kawan-kawan Sime Darby. Sorry guys!

Malam 28hb April aku berangkat dengan KLIA Express dan ticket pergi balik Jepun aku boleh dapat dalam 1.4k pergi balik. Tapi aku tambah luggage extra dengan makan semua, dan untuk aku dengan emak. Jadi semua ticket dalam 4k. Proses hendak pergi Jepun untuk 2024,May sangat senang. Isi details kat webpage dia dan buat apa yang diorang suruh dengan custom declaration sekali. Satu QR code untuk semua. Emak aku under aku, sekali tapi dengan QR code yang lain-lain. Ini, korang screen shot simpan siap-siap. 

Aku pergi memang tidak ada agent, sebab aku memang slow and steady. Bawak orang tua katakan, dan tidak rushing hendak go tourists placesangat. Elakkan crowded. Mula-mula risau gila sebab tarikh aku adalah Showa days iaitu pada 29hb public holiday Jepun dengan campur Golden week! Bayangkan sesak dialah. Tawakkal jela time itu. Naik turun pesawat, smooth. Imigresen lagi terbaik, cepat dah siap ambil luggage. 

Lepastu, aku kutip PortaWiFi daripada klook book. Negara orang kan, apa pun standby WiFi gig sikit tak apa. Mula-mula aku hendak buat airport luggage delivery, tapi aku nampak terus Jr Haruka ticket. Aku terus claim Dan buat reserve seat. Masuk jer, nampak pulak lift. Guna sehabis baik dan dalam 10 minutes departure time. Selesa sangat, siap charge battery. Dan dalam sejam lebih sampai Kyoto.

Dekat sini memang nampak crowded dia, still steady. Ikut je goggle maps. Then, aku pakai luggage delivery service. Dalam satu luggage 1,500yen so Malaysia dalam rm70. Not bad. Aku delivery daripada Kyoto station ke Hotel Kyoto. Beli Icoca card, mula-mula plan hendak beli pass apa yang promote, tapi tourist lounge dia memang penuh. So, guna Icoca jerla. Benda pertama aku beli ialah epal dalam plastik yang siap potong dekat family mart, harga dia dalam 130y equal to RM 3.9 gitu. Makanan ni memang sampai balik aku topup. 

Then, untuk hari pertama tahu super crowded. Jadi aku cuci mata dekat Kyoto Tower then pergi Toji Tample. Satu station daripada Kyoto, aku tak masuk dalam sebab Tample kan, aku muslim. Jadi aku admire diorang punya landscape jerla. Best part, dekat sini less people. Dalam sejam, aku naik bus pergi Nishiki market. Daripada sini, aku nampak ramai orang dan bus penuh. Jalan kaki sikit, sampai market. Aku was-was dengan makanan mereka even seafood aku allergy. Jadi aku beli strawberi 🍓 harga 1,000y dalam rm30 sepaket. Orang makan buah mahal dekat TRX, aku terus pergi Jepun makan buah. Haha!

Jalan kaki lapan minit, aku sampai hotel yang dekat dengan Shijo Station. Luggage aku awal lagi dah sampai. Rehat, solat dan take break Mandi semua. Snack time sikit, dalam pukul 5.45 petang aku gerak pergi Ayam Ya. Ini dalam empat ke lima minit je jalan kaki, strategi gila hotel aku. Makan Ramen dengan ayam goreng dengan nasi dia. Sedap juga, habis kami makan.


Balik hotel singgah Family mart tepi corner hotel Dan beli air, buah untuk breakfast. Hotel kami maghrib dan Isyak. Layan drama Jepun tanpa subtitle sampai tertidur. Sambung ke part two, guys! 

Japan trip 2

Hai, Hari kedua Di Jepun, bangun pagi plan asal aku mahu tengok sunrise dekat Gion District. Tapi Emak aku jetlag sikit jadi aku...