Search This Blog

Thursday, April 26, 2018

Sayap yang cedera


Ini pulak versi panjangnya.
Yang tersangat panjang.
Sebab takut nanti korang rindu lelebih.
And ada part buat leleh air mata sikit. Sikit jer.
So, silakan baca.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sujud syukur.
Waktunya telah tiba.
Seruaan itu makin memanggil-manggil.
Semakin kuat.
Semakin hampir.
Gelombang yang memukul iman dan hati.
Saat inilah yang selama ini dinanti-nanti.

Pada tahun demi bulan dan hari yang ditinggalkan.
Setiap kegagalan.
Setiap sayap yang cedera.
Setiap air mata yang diseka.
Ia tidak menghancurkan, ia mengguatkan.
Sungguh.
Kini, aku bersedia menghadapinya.

Debar dia pulak jangan nak ceritalah.
Beribu rasa.

Tapi inilah yang ku cari.
Daripada detik mimpi yang menggubah niat dan cara hidupku.
Ia sentiasa menggigatkanku.
Tak lama, dah. Pujuk hati.
Tanah itu bakal ku jejaki.
Bakal ku langkahi.
Tanah Haram.
Mekah.

Sujudnya ku di sana.
Atas rahmat Nya.
Harapan dan perjalanan ini daripada seorang hamba pada Penciptanya.

Aku perempuan.
Pasti ada batasan.
Waktu dan kawasan.
Cukuplah sesiapa menemankan ku.
Tolong temankan aku menangis depan Kaabah.
Tolong temankan aku melawat Rasulullah.
Tolong temankan aku berdoa di Raudah.
Pada setiap masjid dan apa yang disaksikan.

Sepenuh kiriman doa yang dititip.
Penuh juga harapan aku untuk kau berada di sana mendoakan ku kelak disini.
Doakan apa sahaja aku terima.
Tolonglah doakan.
Tolong relakan.

Kelopak mata dipejam.
Rapat.
Serapat yang bisa.
Aku tunggu saat itu, aku tunggu jiwaku merasa itu.
Biarlah ia meresap penuh, memenuhi runag dan peluang.
Tanpa sisa.

Allah!
Aku hanya hamba. Hamba.
Penuh dosa.
Dosaku bagaikan pepasir di pantai.
Tapi akulah hamba yang mengharap belas dariMu.
Aku banyak dosa, ya Allah.

Tolong lagi sekali.
Doakan aku.
Terima kasih…

Wednesday, April 25, 2018

Tolong doakan aku

Ini versi pendek.
Seperti yang korang go through my Facebook.
Yang some aku ada post, ada skip gak.
No Istagram.
No Facetime.
No. And no.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
InsyaAllah dalam waktu terdekat akan berangkat ke Mekah.
Perjalanan luar biasa bagi yang telah banyak kali mencuba dan gagal.
So,
Tolong doakan.
Tolong relakan.
Serta, ingin juga berterima kasih dan memohon maaf untuk semua rasa yang pernah diberi dan diterima.
Atas hutang, perilaku, kata-kata yang mana mencakar hati dan perasaan.
Maaf lagi sekali.

Anyway, for the first time in my life, I will share publically with you all about my diaries blog!
Yang actually telah lama wujud.
Dngan beribu luahan.
So,
Agak-agak if you missed me. Hahhahha…
Korang boleh go through kat sakuraadibah.blogspot.com
And all those sambungan part membebel ada ye kat sana, with fully cover.
Tolong jangan sebotaj ke whatever. ‘Coz everything in there, guys.
Tentang my life, my family, korang dan tentang dia jugak.
Eh.

Take care.
And I will miss you too.
#onmywaytomecca2018 #foreverdoakanakuplease #tolongtemankanakumenangisdepankaabah




Hasil carian imej untuk weheartit apologize

Saturday, April 21, 2018

Manusia dan manusia

Assalamualaikum.

Manusia.
Dan manusia.
Mungkin antara manusia ini dan manusia itu, pemikirannya tak sama.
Kerana usia.
Kerana pangkat.
Kerana segalanya.

Dia buatkan manusia ini rasa sedih.
Sebab dia kecewa teramat.
Sepanjang dalam hidup.
Manusia ini daripada dulu juga bukan sempurna, namun cuba menjadi sebaik manusia lain.
Dia melakukan apa yang terbaik untuk dicurahkan.
Kebaikan demi kebaikan.
Harapan demi harapan.
Dan dia tetap berharap pada yang atas.

Apa yang dia buat, adalah kemahuan rasa manusia lain patut buat pada manusia lain.
Sebab dia tahu,dia tetap manusia.
Dan atas dasar persaudaraan.
Ini sepatutnya.
Inilah seadilnya.
Untuk manusia itu.
Dan manusia yang lain itu.
Tapi apa manusia ini dapat?
Dia tak dapat apa-apa.
Dia tak kisah.
Dan dia tak minta apa-apa.
Sesen. Sejumlah kasih sayang. Atau apa.

Dia cuma mahu, boleh tak hargai atas apa yang dia beri.
Boleh tak beri dia peluang sebelum ayat mematikan niat.
Dia bukan derhaka.
Sebab tu dia diam.

Wakaupun itu nampak kecil.
Tak terusik.
Tak terjentik.
Sudut hati, ia memujuk manusia ini.
Dibelai hati dan dijahit rasa.
Benar.

Tapi dia tak kuat, akan kata-kata yang diterima.
Biarlah manusia ini.
Ia sekadar manusia.
Dan menjadi manusia.
Titik noktah nya juga pada manusia.

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...