Translate

Manusia dan manusia

Assalamualaikum.

Manusia.
Dan manusia.
Mungkin antara manusia ini dan manusia itu, pemikirannya tak sama.
Kerana usia.
Kerana pangkat.
Kerana segalanya.

Dia buatkan manusia ini rasa sedih.
Sebab dia kecewa teramat.
Sepanjang dalam hidup.
Manusia ini daripada dulu juga bukan sempurna, namun cuba menjadi sebaik manusia lain.
Dia melakukan apa yang terbaik untuk dicurahkan.
Kebaikan demi kebaikan.
Harapan demi harapan.
Dan dia tetap berharap pada yang atas.

Apa yang dia buat, adalah kemahuan rasa manusia lain patut buat pada manusia lain.
Sebab dia tahu,dia tetap manusia.
Dan atas dasar persaudaraan.
Ini sepatutnya.
Inilah seadilnya.
Untuk manusia itu.
Dan manusia yang lain itu.
Tapi apa manusia ini dapat?
Dia tak dapat apa-apa.
Dia tak kisah.
Dan dia tak minta apa-apa.
Sesen. Sejumlah kasih sayang. Atau apa.

Dia cuma mahu, boleh tak hargai atas apa yang dia beri.
Boleh tak beri dia peluang sebelum ayat mematikan niat.
Dia bukan derhaka.
Sebab tu dia diam.

Wakaupun itu nampak kecil.
Tak terusik.
Tak terjentik.
Sudut hati, ia memujuk manusia ini.
Dibelai hati dan dijahit rasa.
Benar.

Tapi dia tak kuat, akan kata-kata yang diterima.
Biarlah manusia ini.
Ia sekadar manusia.
Dan menjadi manusia.
Titik noktah nya juga pada manusia.

Popular posts from this blog

Cara buat Pengekalan Nama / Retention of Name

ME: Example of resign letter/ Contoh surat berhenti kerja

Solat subuh tiga rakaat