Search This Blog

Saturday, August 17, 2013

Cerita Raya 2013 (bab empat)

10HB AUGUST
Raya ketiga, adik bongsu aku wat kerja gila. Makan burger as breakfast! Aku? Terima seadanya. Job aku hanya tukang potong timun, tomato, susun-susun tuang mayonis, sos cili and served. *tak sempat jumper kawan baik, shu. Dia lek kampong ari ni. Hantar message raya jek la. Then, bila family len gi beraya uma sedara kat JB… aku malas nak ikut.
                                                     
And petang tu, family abang ipar aku datang. Ramah mesra apa yang patot dan layan cik Ziqa yang baru bangun tidur. Malamnya, men bunga api dengan cik Ziqa. Berbual-bual dengan si Apiz yang blurrp, bluuurrp (tak paham aku). Dan chat on bersama adik-beradik lain.

11HB AUGUST
Makan durian as breakfast! Idea kakak aku. Ok, aku hanya boleh abiskan separuh bijik durian. Pastu makan lauk berat. Dan yu-uh ikan salmon masak cili padi? Kaya gila family aku. (abang aku punyer pasal). Aku takut nak try (salmon grill aku boleh accept ar) dan hanya melantak paru goreng berlado.

Minah senget yang suka bergambo dengan pokok kelapa...(ni masa kat kampung Segamat ni)
Dalam kol 11.30 pagi, gerak ke Larkin untuk balik Kolumpo. Tiket kol 1.00 petang. Jem punyer pasal, dalam kol 8.00 malam baru aku sampai rumah.

Esok kerja… semangat teruih.

Friday, August 16, 2013

Cerita Raya 2013 (bab tiga)

8HB AUGUST
Mari bangun awal coz kena siap sedia potong semua bahan-bahan si vegetables… aku tukang potong jek… nak masak? Berjanggut. Lepas siap ayam masak merah, lodeh pulak. Isi kue dalam balang-balang memang permanent job untuk aku sejak dulu dan selamanya. Sampai aku pun pelik dengan diri sendiri. Tapi nak wat camner, actor belakang tabir…

Cik Ziqa-comel gila.
Cik Tina dan Adam-biru dia superb cute.
Perfect everything, mandi dan berhias wangi-wangi. Yang lelaki gi sembahyang sunat Raya dan kemi yang pelempuan gi bertukar-tukar hidangan dengan jiran sebelah menyebelah. Jikalau korang tergolong dalam usia bebudak atas lima tahun, itu mungkin job yang boleh korang pegang sampai dewasa. So, adik aku (si bongsu) la kena anto coz cik Ziqa dan Cik tina still under aged-- Apiz ngan Adam lak jalan pun tak geti. ‘Meneman’ tu… mungkin boleh la.

Lawa taka ku mek gambo ni??? kekkekee...
Buat la ala-ala buffet. Pinggan cawan pun disposable punyer. Gila malas nak basuh.
“Hey, I pakai baju lelawa u suruh I basuh pinggan mangkuk?! Biar betul.”
Dak gitu nanti jawapan balasnya. Hahhah… kantoi! Lepas para lelaki balik dan berkumpul… sesiap mintak maap dan ambik gambo reramai. Pastu, apa lagi… melantak la. So what bila sesekali pekena rendang cili padi oleh jiran sebelah punyer. Memang pedas sampai boleh meleleh air mata tapi sodap tak boleh berhenti. Keluarga jiran sebelah aku ni memang gila masakan spicy. Lagi pedas, lagi mereka bahagia.

Keluarga cik Tina dan Adam Harris.
Keluarga Cik Ziqa dan Apiz
Coz blok aku punya Marhaban (like kunjung menggunjung beramai-ramai rumah ke rumah) boleh pulak post pone next week. Wallaweh. Mematahkan mood aku pepagi ni la kan. Tapi tak per, ada aku kesah? Aku pun gi la beraya rumah jiran sebelah. Aku kan balik ahad, mana nak jumpa dah (mana tau ti dia balik kampong). CIK Tina dan cik Ziqa memang suker gila kat kerepek pisang tuan rumah, sampaikan mereka terpaksa bawak plastic untuk isian seterusnya. *malu tak malu.

Inilah dia bebudak yang selalu dok aku cerita tu... Ziqa, Tina, Apiz dan Adam.
Dalam kol 11 pagi, gerak lek balik kampong. Beraya di sebelah ayah dan mak. Kat maner lagi kalau bukan keduanya di Sogamat. Hehheh… tahun ni, tak ramai yang balik. Dan eh,eh ada lomang dua guni tu. Huhui! I like.

Kami rapat kan??
Raya... yuhuiii... cik Ziqa wat drama pagi raya!
9HB AUGUST
Makan nasi lemak pepagi. Memang tak boleh kata apa-apa. Disebabkan diorang semua malu-malu arnab, aku adalah orang terawal yang sudip nasi lemak ke dalam pinggan. *hey, dok yah nak malu sangat la. Sedap sangat sampaikan tambah dua kali. Kakak ipar aku pun tambah dua kali.

Sementara tunggu makan tengahari, ada pulak pesta makan buah durian (musim buah time ni). Memang dahsyat. Boleh dikatakan aku telan sebijik penuh isi durian. Pastu mula tercari-cari air. Hahhaha… dan air putih pulak out of order. Kena tunggu, tengah masak. Nampak air teh. Manis sangat, tuang sikit air putih. Tetiba rasa pelik. Tengok betul-betul, rupanya aku tuang air soda. Bau macam ubat tercemar kat sepital. Try rasa, OK dalam kepelikan. Yolah, Teh + Soda = Toda. Ada bran nak try?

Tak lama pastu, waktu makan tengahari--sup tulang. Sambal kicap dia memang pedas nak mampus. Kena mek setitik dua jer. Anak saper yang buat ni? Sila mengaku. Aku yang bukan big fan pada makanan pedas memang tercari-cari air la. Nampak pulak isian air yang dalam tong. Sekilas tekan cam air oren. Pelagi, mek cawan… tuang separuh dan gulp. Air gas!

Peh, memang aku terkezut gak (dekat berbelas tahun tak minum, sejarah telah terjadi)… try sikit lagi… cam ok,try tengok… air gas cap ayam. Hahhaah… memang tak kuat la gas hang yer, nak-nak bila ditambah ais bebanyak. Lagi la nil gasses. So, kita kena try and try lagi… sebanyak yang boleh. Bila lagi nak minum air rupa gini.

Air gas nilah-bisa nampak tak cap ayam-nya tu!
Lepas abang dan ayah aku lek daripada sembahyang jumaat, agih-agihan duit raya time. Coz kami nak balik Kota Tinggi dah. Dan aik, poksu aku hulur wet raya. Tetiba wat muka terkejut even dalam hati gumbira tak terkata. Try la bercakap jujur.
‘Orang dah kerja.’
‘Takper, ada lebih. Mek la.’
‘Mekasih.’ Yeehaaa!

Pastu, bertolak lek ke kampong halaman. Jem gak la, aku kat belakang hanya boleh tidur. Tidur. Dan tidur lagi… selagi tak sampai, aku tidur jek la. Sampai rumah, aku sambung tidur yang panjang pulak.

Thursday, August 15, 2013

Cerita Raya 2013 (bab dua)

(con't)  5HB AUGUST
Kitaorang wat perbarisan tamat latihan untuk upacara menggemaskan rumah *kasi clean and clear semua. Memang penat gila dan tersangat penat. Fuh, aku siap tidur kejap kat ruang tamu tu dan sambung kemas rumah balik. Hahahhah… sampah-sarip-sirap bertimbun tak payah nak cakap la. Mahu berbukit lobang sampah belakang rumah.

Ahaks! Bila kemas-kemas ni, mesti jumper macam-macam kan. Syiling sini sana, dan yu-oh… aku der siap jumper wet lama lagi:(NO pix) Persoalannya, milik siapakah duit ini? Idea bernas lagi menggntunggkan. Aku try carik kat ebay-hurmmm, mungkin boleh jual ni.

Dan hari tu gak (dalam kol 9.30 malam), cik Tina dan adiknya, Adam Haris balik. Maksudnya family abang aku lek la kan…  Terkejut jap, perubahan ketara adalah Adam--- putih kot. Cik Tina still malu malu kerbau, dan have fun dengan basikal tiga roda cik Ziqa (cik Ziqa tido dah). So, tak der aksi berebut… see how’s tomorrow going on. Then, aku just berbual gitu-gitu… Diorang pun mesti penat, kami pun penat kemas rumah… tidur awal tak ingat dunia.


6HB AUGUST
Cik Tina urut kaki Daddy dia.
Time ni kira semuanya ada kat rumah, even dua orang kakak dan abang ipar aku kena kerja. Itu tak menjejaskan sedikit pun mood hari itu. Ha-ha-ha… mission terbesar-nya ialah buat kue raya! Kakak aku yang Batu Pahat la wat stir semua bahan, aku tolong buat bulat-bulat dan masukkan almond dalamnya. Mak aku tukang pembakar. Cik Jima jadik next kue raya assistant, tart nenas. Siap tu semua… next kue raya-conflakes buah campur (buah kering), kesukaan kue raya ayah aku. Finish everything dalam kol 1.00 petang. In a meantime, kami sempat wat kek pisang. Hai, hai, hai… kek durian daripada aku punya suggestion pun jadik gak maaa… tak sabo nak try time berbuka.

Malam tu, tengok dan dengar perang zone antara blok (aku kan dok Felda)-paling best tengok bunga api yang besor-besor tu. Bakar, bako, bako duit memasing! Bunyik mercun cam raya cina… mercun thunder clap (gitu ke ejaan nyer?), and then, cik Tina dan cik Ziqa men bunga api yang besi tu la. Suka giler diorang berdua tu. Siap berlari-lari bersama keluar masuk rumah. Bukan petang tadi diorang gado ker??? Bebudak, malas nak komen.
*the best part is-jiran aku extension firework punyer supplier. Ok! Esok boleh tengok lagi.

Malam tu gak, kena wat ketupat! Di sebabkan daunnya tak panjang mana… ketupat limited edition aku tak dapat nak inter frame. Aiseh! Tapi tak per aku jadik si tukang repair bagi ketat semua ketupat sebelom esoknya nak masak. Cik Tira la paling pantas-mantas buat semua ini… Emak, kakak ipar dan abang aku continue wat ketupat yang separuh jalan coz tetiba sorang-sorang masuk tido. Kantoi, tahap kemalasan ketara amat.

Ketupat kakak ipar dan abang aku. Ye-ye dak...
7HB AUGUST
Satu hari sebelom raya, paling sibok dalam dunia. Lepas sahur, gosok  dan pasang langsir. Kusyen pun bertukar warna. Aku kena rendam ketupat. Pastu tolong kupas segala jenis bawang dan their geng. Potong ayam dan daging… dan aktiviti ketuk-ketuk-raya-bersama-keluarga-cik-din pun bermula. Eh, eh… memang meriah gitu.

Petangnya, rebus ketupat original plus ketupat mini (nasi impit kata orang). Pastu masaklah segala serunding, kuah kacang, rendang… and goreng ayam. Untuk ayam masak merah dan lodeh, ti prepared masak awal pagi esoknya. So no worries.

Lauk untuk berbuka? As di rancang… sup ayam and uh-huh, sup tulang superb best! Memang menggujakan otak dan minda semuanya. Terliuk dak?

Malam, zone perang di benua yang aman. Bunga api tip-top-sana-sini. Cik Tina dan cik Ziqa suker gila men bunga api cap besi tuh. Siap ajak anak jiran sebelah men sekaki. Aku pun tumpang dua tiga round. Melepas gak gain tahap kronik pada benda alah tu… and jangan silap bila lagu saloma versi hip hop in the house berkumandang.

Tak lupa, gosok baju raya….

Lelaki? Keja diorang bako sate. Satay johor versi ayam dan daging yang ter-sangat sodop hingga menjilat ibu kaki. Euww! Anak sapo la tuh. Ini bukan home made tapi beli dekat kawan kakak aku… sate dia memang best in the world. Korang patut tempah seribu dua batang. Gerenti nak lagi.

Japan trip 1

Hello,  Aku sebenarnya tengah vacation mood, daripada 18hb April. Memang rancang akan update, Kita kemas-kemas blog yang dah usang gila ini....