Cerita Raya 2013 (bab dua)
(con't) 5HB AUGUST
Kitaorang wat perbarisan tamat latihan untuk upacara menggemaskan rumah
*kasi clean and clear semua. Memang penat gila dan tersangat penat. Fuh, aku
siap tidur kejap kat ruang tamu tu dan sambung kemas rumah balik. Hahahhah…
sampah-sarip-sirap bertimbun tak payah nak cakap la. Mahu berbukit lobang
sampah belakang rumah.
Ahaks! Bila kemas-kemas ni, mesti jumper macam-macam kan. Syiling sini
sana, dan yu-oh… aku der siap jumper wet lama lagi:(NO pix) Persoalannya, milik siapakah duit ini? Idea bernas lagi menggntunggkan. Aku try carik kat ebay-hurmmm, mungkin boleh
jual ni.
Dan hari tu gak (dalam kol 9.30 malam), cik Tina dan adiknya, Adam Haris
balik. Maksudnya family abang aku lek la kan… Terkejut jap, perubahan ketara adalah Adam--- putih
kot. Cik Tina still malu malu kerbau, dan have fun dengan basikal tiga roda cik
Ziqa (cik Ziqa tido dah). So, tak der aksi berebut… see how’s tomorrow going
on. Then, aku just berbual gitu-gitu… Diorang pun mesti penat, kami pun penat
kemas rumah… tidur awal tak ingat dunia.
6HB AUGUST
Cik Tina urut kaki Daddy dia. |
Time ni kira semuanya ada kat rumah, even dua orang kakak dan abang
ipar aku kena kerja. Itu tak menjejaskan sedikit pun mood hari itu. Ha-ha-ha…
mission terbesar-nya ialah buat kue raya! Kakak aku yang Batu Pahat la wat stir
semua bahan, aku tolong buat bulat-bulat dan masukkan almond dalamnya. Mak aku
tukang pembakar. Cik Jima jadik next kue raya assistant, tart nenas. Siap tu
semua… next kue raya-conflakes buah campur (buah kering), kesukaan kue raya
ayah aku. Finish everything dalam kol 1.00 petang. In a meantime, kami sempat
wat kek pisang. Hai, hai, hai… kek durian daripada aku punya suggestion pun
jadik gak maaa… tak sabo nak try time berbuka.
Malam tu, tengok dan dengar perang zone antara blok (aku kan dok
Felda)-paling best tengok bunga api yang besor-besor tu. Bakar, bako, bako duit
memasing! Bunyik mercun cam raya cina… mercun thunder clap (gitu ke ejaan
nyer?), and then, cik Tina dan cik Ziqa men bunga api yang besi tu la. Suka
giler diorang berdua tu. Siap berlari-lari bersama keluar masuk rumah. Bukan
petang tadi diorang gado ker??? Bebudak, malas nak komen.
*the best part is-jiran aku extension firework punyer supplier. Ok!
Esok boleh tengok lagi.
Malam tu gak, kena wat ketupat! Di sebabkan daunnya tak panjang mana…
ketupat limited edition aku tak dapat nak inter frame. Aiseh! Tapi tak per aku
jadik si tukang repair bagi ketat semua ketupat sebelom esoknya nak masak. Cik
Tira la paling pantas-mantas buat semua ini… Emak, kakak ipar dan abang aku
continue wat ketupat yang separuh jalan coz tetiba sorang-sorang masuk tido.
Kantoi, tahap kemalasan ketara amat.
Ketupat kakak ipar dan abang aku. Ye-ye dak... |
7HB AUGUST
Satu hari sebelom raya, paling sibok dalam dunia. Lepas sahur,
gosok dan pasang langsir. Kusyen pun
bertukar warna. Aku kena rendam ketupat. Pastu tolong kupas segala jenis bawang
dan their geng. Potong ayam dan daging… dan aktiviti
ketuk-ketuk-raya-bersama-keluarga-cik-din pun bermula. Eh, eh… memang meriah
gitu.
Petangnya, rebus ketupat original plus ketupat mini (nasi impit kata
orang). Pastu masaklah segala serunding, kuah kacang, rendang… and goreng ayam.
Untuk ayam masak merah dan lodeh, ti prepared masak awal pagi esoknya. So no
worries.
Lauk untuk berbuka? As di rancang… sup ayam and uh-huh, sup tulang
superb best! Memang menggujakan otak dan minda semuanya. Terliuk dak?
Malam, zone perang di benua yang aman. Bunga api tip-top-sana-sini. Cik
Tina dan cik Ziqa suker gila men bunga api cap besi tuh. Siap ajak anak jiran
sebelah men sekaki. Aku pun tumpang dua tiga round. Melepas gak gain tahap
kronik pada benda alah tu… and jangan silap bila lagu saloma versi hip hop in
the house berkumandang.
Tak lupa, gosok baju raya….
Lelaki? Keja diorang bako sate. Satay johor versi ayam dan daging yang
ter-sangat sodop hingga menjilat ibu kaki. Euww! Anak sapo la tuh. Ini bukan
home made tapi beli dekat kawan kakak aku… sate dia memang best in the world.
Korang patut tempah seribu dua batang. Gerenti nak lagi.
Comments
Post a Comment
-please share your thoughts here, dude