Search This Blog

Sunday, November 18, 2012

Quotes yang pelik dan kelakar.

Assalamualaikum.

Adakah korang ini spesis yang terdiri daripada golongan macam aku. Mencari quote yang sempurna untuk hidup yang lebih sempurna. From ordinary to extraordinary person. Yeah, tidak dapat di nafikan-aku angguk tanda setuju. Aku memang even minimum one month-must get one quote sebagai pelengkap hidup. As motivation.

So, aku pun jumpa la web nih yang: 
                           baconwrappedmedia

Funny and weird quotes. Perfect! and aku suka sangat. Korang try la. Gambar yang kelakar pun der gak keh. Macam nih: 


Sungguh-aku tak akan datang balik punyer. Hahahha.. Selain dapat quote yang aku nak-gambar yang ada also menyerikan lagi otak yang berserabut dan mampu mengukir senyuman di saat power aku dah tahap critical. So, check it out!


More than that:










Lastly, satu benda yang aku minat adalah: Adanya relationship dengan  si Sheldon cooper quote (The Big Bang Theory). 

Friday, November 16, 2012

Bus: Mak cik dan pak cik yang tidak sihat


Assalamualaikum.

Masa balik daripada cuti Deepavali hari itu (13 November) aku berkesempatan melawat jiran (mak cik selang empat buah rumah) yang berada di hospital- serangan stroke. Alhamdulillah, dia sudah beransur baik sikit. Tapi tekanan darahnya masih di paras bahaya-175/113mmHg. Doakan, dia akan cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaanNya.

Selepas melawat dan dalam pukul 4.00 petang, aku pun naik la bus ke Bandaraya Johor Bahru. Esoknya kena kerja lah kan… Awalnya, semuanya berjalan seperti biasa-menikmati hari selasa yang permai. Kemuncaknya bila ada sorang pak cik ni duduk sebelah aku. Sedikit tidak keselesaan- biasalah, nama pun naik bus. So, bila destinasi aku dah sampai. Aku pun tekan la bell dan tepuk bahu pak cik tu tiga kali (sebab pak cik tu tunduk saja sambil kepala dan tangan memangku menghala ke kerusi hadapan).

Aku: Pak cik, tumpang lalu. Kejap lagi saya nak turun, dah sampai.
Pak cik: …

Lepas aku berdiri jek, pak cik tu mintak tong sampah kat tepi pintu belakang (tadi-aku duduk tepi tingkap sebaris dengan pintu belakang). So, ada la a boy ni (may be between 19, 20-an) baik hati-hulurkanlah. Pak cik tu muntah sikit. Aku pun ke depan la-bagi ruang keselesaan. Dengan izin Allah, baru dua tapak- tersembur pak cik tu muntah kali kedua.

‘Ya Allah’, dapat aku tangkap kalimat daripada pak cik itu. Hurmm... Sempat gak aku sekilas pandang kat pak cik-habis baju kemeja corak batik kaler biru dia kena muntah dan budak lelaki terkejut dengan setengah gaya menghulur balik tong sampah. 

Alhamdulillah, tak kena aku dan sempat keluar daripada tempat duduk tadi. Chinese lady yang dok depan pak cik tu terkena la jugak. So, dia masih tak sedar-dengan baik hati aku pun bagitau la rambut  dan baju di belakangnya ada sikit kesan muntah. Masam terus muka amoi tuh. Tepat bus tu berhenti ke destinasi-aku pun tak tau nak buat apa. Untuk tidak memanjangkan cerita,  aku terus keluar daripada perut bus.

Dalam perjalanan balik sebelum mengambil teksi-aku terfikir:
Macam mana la pak cik tu nanti?
Amoi tadi akan marah dia ker?
Pemandu bus tak ader buat apa apa ker?
Budak lelaki tadi akan tolong dia ke?
Ada sesiapa akan tolong dia ke?

Kesian pak cik itu. Moga Allah akan sentiasa merahmatinya dan seseorang akan bantu dia. Amin.

Sunday, November 11, 2012

Gila shopping online?

Assalamualaikum ladies.
Sekarang nih ramai da kena shop-online-fever. Dan bagai cendawan tumbuh lepas hujan la semua shop-online nih wujud. Daripada ke baju kurung, accessories, maxi dress, shoes, tudung-tudung sekalian, beg, biskut pelbagai dan barang-barang dapur juga.

Jangan terkejut sok, atok dan nenek kita ti beli tu semua (plus barang branded lagi). Uhui. Terkezut biawak den. Hehheh... Zaman dah makin maju, manusia pun makin malas. Semua benda nak short cut. Ginilah. Selain easy, sometime ianya murah jugak. So, tak payah keluar duit nak gi butik or kedai dan just pilih, tekan dan masuk no akaun. Semudah A,B, C...1, 2, 3...

So dik Non semua, antara laman web terkenal untuk di belanja sakan adalah:




Lain-lain, korang terjah sendirik la yek.. guna uncle Google jek. Keluar semua.
*Some more, hati-hati sikit bila order tuh. Telepon untuk pastikan ianya wujud atau sahih. Simpan resit sebagai bukti.

Selamat ber-shopping!

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...