Bus: Mak cik dan pak cik yang tidak sihat
Assalamualaikum. Masa balik daripada cuti Deepavali hari itu (13 November) aku berkesempatan melawat jiran (mak cik selang empat buah rumah) yang berada di hospital- serangan stroke. Alhamdulillah, dia sudah beransur baik sikit. Tapi tekanan darahnya masih di paras bahaya-175/113mmHg. Doakan, dia akan cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaanNya. Selepas melawat dan dalam pukul 4.00 petang, aku pun naik la bus ke Bandaraya Johor Bahru. Esoknya kena kerja lah kan… Awalnya, semuanya berjalan seperti biasa-menikmati hari selasa yang permai. Kemuncaknya bila ada sorang pak cik ni duduk sebelah aku. Sedikit tidak keselesaan- biasalah, nama pun naik bus. So, bila destinasi aku dah sampai. Aku pun tekan la bell dan tepuk bahu pak cik tu tiga kali (sebab pak cik tu tunduk saja sambil kepala dan tangan memangku menghala ke kerusi hadapan). Aku: Pak cik, tumpang lalu. Kejap lagi saya nak turun, dah sampai. Pak cik: … Lepas aku berdiri jek, pak cik tu mintak tong sampah kat tep...