Followers

Tuesday, May 21, 2013

Lawak Seram Kepialu: Kisah Jenazah yang Ku-tersentuh.


Assalamualaikum.

Morning! Aku suka dengar cerita or story yang berunsur lawak sampai mengalir air mata. Then, masa itu sedang kitaorang lepak-lepak depan TV tengok drama Melayu… ada bab pengambaran di kawasan kubur. So, kawan aku start cerita la kisah dia masa praktikal uruskan orang yang dah mati.

Jeng-jeng-jeng…
One day, kisahnya hari itu ada la orang meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Sedang kawan aku tengah tarik tali bagi menggelakkan menguruskan si mati… habisnya dia tolak mentah-mentah sebab fobia melampau. Takut sangat!

Lepas kawan kepada kawan aku siap buat semuanya dia pun cakap la: ‘Kata orang-orang tua… kalau kita tak uruskan mayat itu, malam nanti dia kan carik kita tau. Sentuh sikit pun jadik la.’
Yang kawan aku ni dalam dok caya tak percaya pun pergilah gak setapak ke setapak kat tempat mayat yang sudah berbalut tu. Antara rela dan paksa, dia selak sikit langsir yang ada dan cepat-cepat sentuh kaki si jenazah tu. Sambil muka toleh tempat lain-tangan saja menghulur. Bengong.
Kawan aku cakap: lepas aku sentuh, aku terus lari laju-laju ke belakang. Takuuutttt!!!

Kitaorang pun tambah la… agak-agak time kau tengah hulur tangan (sambil mata tengok tempat lain)—tetiba ada tangan sejuk sambut tangan kau. Agak-agak mesti kau jerit terkinja-kinja macam orang gila dalam wad tu kan? Hahahha….
Then, rupa-rupanya mak cik Cleaner bagi ice yang dalam sarung tangan buatan tu. Kahkahkah…. Cuak tak???

Sedang dok gelakkan kawan aku, tetiba langsir kat sliding door terangakat tinggi (angin kuat)…
Jeng-jeng-jeng… Tetiba rasa seram sejuk pulak.

Kawan aku yang tadi pun cakap: Hati-hati ada yang memeghatiii..hahahha. (kak Propa punyer ayat).
Choooiii!!!.

Monday, May 20, 2013

Terbang-terbang melayang.


Assalamualaikum. 

So... Hari ini aku terlebih rajin nak meng-update bebanyak post. Kalo korang rajin, silakan baca. Tak rajin? Tutup mata dan masuk bilik terus tidoo kan diri sendiri. Tak pun tengok la WHI (wanita hari ini).

Sekarang ni waktu rehat...aku takleh makan. Aku poser (bulan Rejab)--- baguihnya, anak saper la ni. So, tetiba tak tau nak buat apa selain layan internetan... Buat perabis battery untuk hari ini. Nak tidor, takut terlajak pulak.. Da la kol 2.00petang ti ada kes.

Actually... Sejak aku kerja kat sini... Aku boleh dikatakan everyday bawak bekal. Cayalah!!! Bukan setakat menyokong kehijauan alam sekitar tapi sangat menjimatkan sebenarnya. Aku bawak la nasi ++lauk ayam ke ikan, masak spaghetti kalo rajin. Paling malas bawak roti Dan guna toaster...sapu jem dan ngap! Kenyang gak kalo sapu 3,4keping.

Kos sara hidop kan tinggi. Sewa bilik da dekat Rm300...Belanja dapor agak dalam Rm50.00... Duit minyak moto, Rm10.00. So, lebih gaji aku keep in untuk masa depan. Alhamdulillah, sikit sikit... Lama-lama kaya seraya... Aku bukannya kolot sampai tak makan luar. Kekadang aku bantai gak KFC, subway, kedai mak ETon tepi jalan tu. Jangan jakun sangat la.

Oklah... Aku nak tidur la. Set alarm dulu. Bubbye!! 
P/s--atas tu gambo pemandangan kt apartment tempat aku tinggal. Syiok!!! Cantik sangat.

Hal Kahwin: Nilai hantaran dan majlisnya.


Assalamualaikum.
Pada akhir bulan lepas, aku dan dua orang kawan telah menghadiri kursus Kahwin (Sijil Pra Perkahwinan). Actually sebab utama ikut serta bukanlah aku akan kahwin pun… calon menantu pun tak tuan hamba jumpa lagi. Ini mungkin lebih kepada ajakan kawan dan minat nak tahu serba dalam lagi. Hehhheh…  Excited pun ada jugak! Tapi lebih kepada malu-malu, kerana kebanyakan yang hadir dah tunangan dan berpasangan pasangan. Pikir-pikir-pikiran, nak patah balik ke rumah pun ada terdetik jugak. Lastly, bayar Rm 80.00 dan teruskan sahaja niat yang tersemat di hati. Whatever, ada aku kisah korang datang naik kereta dan pakai baju warna Merah sama-sama? Chooiiii, ter-emosi pulak.

Thank you Allah kerana takdir-Nya membawa aku ke sini, terlalu banyak ilmu yang di pelajari sepanjang satu setengah hari itu. Daripada hal cara-cara nak memilih pasangan… gi merisik, angkat akad nikah dan majlisnya, pegang tanggungjawab serta membina keluarga kasih sayang menurut pandangan Islam se-Islamnya. Rasanya jangka masa yang diberikan macam tak cukup pun aku say YES jugak. Ustaz yang memberi ceramah nampak terkejar-kejar dan slide presentation pun banyak yang di skip kerana kekangan ruang… Ilmu memang mencurah-curah untuk di sedok tapi nak keep sampai kahwin nanti? No comment… boleh ingat tak nanti.

Agama, rupa, harta dan keturunannya… empat ciri terpenting dalam memilih pasangan. Aku tersangat-sangat dan sangat setuju pada statement ini kerana bagi aku: Pasangan korang yang berpegang pada agama Islam dan menurut segala perintah-Nya, maka dialah pilihan yang tepat. Walaupun dia suka buat kerja gila-gila flying fox… main roller coster, turun naik gunung… Secara naturally bila Azan berkumandang, dia akan mempraktiskan apa yang Islam tekankan daripada segala sudut. One more thing... Walaupun tak handsome, air wuduk yang disapu ke muka memberi ketenangan bagi yang melihat. Percayalah, boleh kalah Leandro Di Caprio!

Salah satu ceramah yang aku tertarik adalah bila ada ustaz mengatakan bahawa mengapa semasa akad nikah di masjid—perlu dibawa hantaran segala ke dalamnya. Bukankah masjid tempat yang bersih lagi suci. Mengapa korang bawak juga kasut yang berkulit? Kek coklat dan buah-buahan yang terlalu indah? Tablet yang berteknologi tinggi?--- bukankah ini menunjukkan kamu terlalu riak (meninggi diri) dan sifat itu korang bawak ke dalam rumah Allah! Adakah korang ingin menunjuk-nunjuk kepada-Nya? Korang junjung benda itu lebih daripada isi majlis tersebut. Fikirkanlah.


Kahwin bukan untuk sehari dua hidup bersama pasangan kita. Ianya adalah ikatan seumur hidup sehingga talak tidak di jatuhkan. Pikir dan pilihlah yang terbaik, buat solat Istiharakh… Jika benar dia jodohmu, takkan lari Qada dan Qadar Allah. Sesungguhnya orang yang baik hanya untuk mereka yang beriman… juga sebaliknya. SubahanaAllah, Allah maha besar.