Search This Blog

Saturday, November 10, 2018

Nasi goreng

Assalamualaikum.

Nasi goreng adalah makanan favourite.
Dia macam kalau korang suka makan sushi, tabokki, ker pizza... Camtulah.
Sebabkan tengah proses jiwa raga untuk say no to any fast foods.
Home made cook adalah jalan terbaik. Yang terpikirlah.
Boleh kawal intake garam gula hendaknya.

Nasi goreng always be pilihan no satu.
Maybe sebab time tengah jadi student ni, dia semangat kobar-kobar pada benda alah ni makin menjadi-jadi.
So layankan jelah.
Buat tambah busy schedule hidup. Hahahaaa...
Nak vision untuk gain weight gak kan.

Resepi simple nasi goreng kampung, adalah yang biasa buat.
Meh share sikit.
Tumbuk bawang kecik dua ulas, lada hijau tujuh biji dengan lima belas ekor ikan bilis.
Jangan lupa, gaul dengan garam sikit ala kurang sesudu teh.
Time minyak tiga sudu isian dah panas. Masukkan bahan tumbuk tuh.
Pastu dah naik bau.
Pecahkan telur.
Gaul sama.
Letaklah carrots, or sayur yang boleh telan.
Last sekali letak nasi.
Portion nasi 1.3 cup. Order siap!

So far, boleh tahan dua kali makan.
Sebab malas mak masak lagi dah.
For my lunch and dinner.
Jimat.
Senang.
Dan sungguh kenyang.
Serious tak tipu.

Rajin sikit, buat resepi nasi ayam halia.
Ni kita share next post.
Esok insyaallah.

Thursday, November 08, 2018

Get up and get off.

Assalamualaikum.

Hari yang cerah. Ada matahari. Tak ada class. Dapat makan roti jala. Lunch free. Rasa hari nih mood makin baik. And rasa nak bagi motivasi percuma. Sebab like me yang jenis spesis cepat boring, i always need motivation in my life. Sebab tu tak layan cerita datuk seri, puan seri, kau kaya aku miskin, kau miskin aku kaya. Hahhaa, drama sangat hokey. Baik layan cerita makan-makan. Habis satu resepi, masuk resepi lain, tengok pon dah kenyang. Psssttt... nak tak nak baca, suka hati.

Semua orang ada masalah, jem sikit merungut, lapar complain, tak ada duit, family problem, sakit perutlah, orang tak sayang ke. Blah. blah. blah... And cakap, mungkin nih takdir. Like hello, Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum kalau kaum itu tak ubah diri sendiri 13:11. Go and create your own happy ending life, if you don't fight for what you want, don't cry guling-guling for what you lost. Be courageous, buat hidup warna warni macam Dora the explorer, walaupun dia tanya soalan bodoh hari-hari, ada nampak dia nangis tepi penjuru? Think. Jatuh terduduk, tertiarap macam mana pon. Plan your life. Wake up determined, go to bed satisfied.

Untuk people around us... ada orang kita sayang banyak, sayang sikit, tak sayang langsung or even a strangers yang jumpa sekali seumur hidup sebab tetiba bawak diri pindah Afrika. Mana tau kan. Whatever level there're in our life, mereka nampak jatuh bangun kita. Dan merekalah yang one day kat Padang Mahsyar sama-sama bersesak timbang dosa pahala, syurga neraka. So buat apa nak throw shit sesama sendiri and you, yes you... buat kerja gila nak kutip banda negative itu semua and put in your wall. Get up and get off. Please. It's ok if they don't like you, i can said not everyone has a good taste. Huh.

Personally, i can said banyak benda untuk motivate diri. I only can berleter in my whole life, the last decision... balik pada diri sendiri. Allah bagi cabaran, to test you and me. If it doesn't challenge you, it doesn't change you. Betul tak? Steve jobs once said, it was awful tasting medicine but I guess the patient needed it. Daripada situ sometimes you have to pick up yourself and carry on. If you're not the first, you'll be the last. Tempuh, paskal! Sorry, no ads review. Tetiba semangat terlebih.

Dah.
Dah, penat taip. Nak gih study. Presentation coming in few days, as always orang first. Lain kali letak nama anak huruf A. Hahahha... Exam week after that. Fighting!
#doauntuksemua
#positivevibesuntuksemua

Wednesday, November 07, 2018

Raikan kegembiraan


Assalamualaikum.

Hujung bulan nih ada kawan lain department, dia nak kahwin.
Siap dah reserved save the date untuk attend wedding dia.
Dah apply cuti lagi.
Semua ijn order before sambung study kejadiannya
Baju pon siap bagi dan dah siap jahit dah pon.
Tapi. camni ek?

Sebab dia punya akad hari Jumaat.
And that time, pagi ialah last paper for semester one. After that baru start semester break.
Untuk ini, nak join tuh maybe tak tahu sempat ke tak.
Nak berlari-larian ke sana-sini.
Nak pack barang balik Johor lagi.
Kita tengok jela nanti.
Insyaaallah for everything.

Last month message bride to be,  just tanya khabar gitu jer.
Dia pon terkejut sebab sudi attend wedding dia. Hello, benda baik kena raikan!
And baju tuh dia cakap pakai masa resepsi esoknya. Malam dia buat.
So, rasa better sikit.
And location randomly book dekat Muzium Negara.
Fuyooo… boleh bergambar sebelah dinasor replica.
Ada ker?
Tak berkesempatan lagi pergi Muzium… Nice move.

best friends, love, and quotes image

Ahad pulak, pagi-pagi dah boleh out of the town.
Yeah.
The faster the better.
Can’t wait.

Kat Johor, banyak benda nak kena settle duh.
Port wajib, pantai. Pastu makan seafood sampai allergic.
Nak gih overhaul kemas rumah. Ingat enjin motor nak overhaul.
Hhahahha… Lempang sengsorang kang.

Idea lain. Try tanam pokok.
Nak bertani, berbakti pada tanah. Organik sikit and ekonomi pon tak cantik sangat.
Tengoklah kalau rajin. Gitu.
Pastu part wajib sekali, yang tak dilupakan. Nak tidur sampai lebam.
Ya iyelah semua benda nak buat.

Happy weekend guys!

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...