Search This Blog

Sunday, June 10, 2018

Iftar geng Sime Darby

Assalamualaikum.

Kali nih, iftar dengan bebudak kat previous hospital.
Nih, memang aktivi wajib.
Setiap kali Ramadhan.
Mesti kena make appointment, clear schedule untuk dapatkan slot dengan mereka.
Ceh,
Rasa special tak?

Sebenarnya, depa ada buat first attempt untuk buka puasa bersama.
Kat Istana Budaya. Obviously sangat dekat dengan rumah.
Tapi, sebab few thing yang silap pandang.
Termissed benda nih.
Memang rasa bersalah gila.
But we make it second time.
And berjaya.



So, after kerja.
Kebetulan ada orang volunteer nak cover my work. Dapatlah balik awal.
And terus merempit ke Sime Darby Park City.
Confident memang tak boleh blah.
Sebab terus exit highway baru tuh.
Pastu dah rasa pelik sikit, sebab rupa-rupanya exit awal sangat.
Dia kena depan sikit.
Terus on waze. And make a u turn.

Sampai jer, gi rumah kawan.
And kumpul sana.
And gerak dengan satu kereta.
Memang gamble jerlah.
Sebab tak book mana-mana tempat.
Bila dah stuck depan one utam, baru nak book.
Gila betul.


So, kami lepak kat area Subang airport.
Nih pon main terjah jer.
Last minute plans.
Rm 33.00/person.
Ada kambing bakar. Depa minat sangat.

Lepas makan, Maghrib.
Dan lepak kat area situ.
Dengan berbekalkan air mineral sorang satu.
Borak punya borak.
Sampai orang tutup kedai. Boleh lagi.
Bila mall sendiri tutup lampu. Tak kan tak paham-paham yer dak.
Angkat kaki.

Pastu, dapat idea best.
Pergi lepak minum kopi.
Even i'm not a caffein fans.
Tapi, sebab fikir esok confirm balik lambat.
Enjoy your life today!

Banyak kedai tutup.
And lepaklah McDonalds.
Jangan cakap nak minum coffee jer, sebab sempat rembat sorang satu set.
Hhahhahha...
I picked fried chicken.
Yummy.
Sambung borak.
Dalm area pukul 0200 pagi.
It's time to move.


Sebab in between they all.
I'm the one yang paling jauh nak balik.
Menempuh Kepong, Damansara ke KL.
Better mengcap bebanyak.
Sendiri cari penyakit.
Around 0300 pagi sampai dah.
Alhamdulillah.
Hilang stress jap.

And see you next time guys!
Bai-bai-bai.

Saturday, June 09, 2018

Ancasa Hotel and Spa

Assalamualaikum.

Sempena Ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi.
Why not cerita tentang bab tempat best untuk buka puasa.
Especially area KL.
KL yang tengah-tengah bandar nih. Like KLCC dok belakang rumah lah.
So, untuk geng hospital.
Depa cakap nak try makan hotel.
But not too expensive.
Yelah, buka puasa... minum dua teguk air dan kurma.
Kenyang.

After fews survey kat google. I recommended untuk buka puasa kat Ancasa Hotel and Spa.
Bnayak juga review positve.
Tu penting.
And hanya RM 68/person.
Not bad lah kan.

Tempat nih kat bersebelahan dengan UTC Pudu.
Dia ada own building sendiri.
Why beritahu benda nih?
Sebab nak mengginggat sesama sendiri. Because atas UTC ada hotel jugak.
Ancasa Xpress.
Hah, dekat sama kan nama dia.
Janganlah jadi macam kami yang ter misunderstood antara dua nih.
Kalau tak alert betul, alamat berbuka kat foodcourt UTC jerla.
Hahahahhah....

Image result for ancasa hotel buffet ramadhan 2018

Alright.
Sebabkan dia ala Kampong style, jadik lauknya more banyak pada masakan Malaysia.
Ada tiga jenis nasi.
Kambing bakar, telur itik masak lemak, kurma, ayam goreng berempah, ayam masak merah, nenas, acar, sayur campur, sup, celur-celur part.
And sedap.
Ada dengan semua nih, just masin sikit.
Tu jer la yang paling worst.

Untuk part paling best, depa punya dessert section.
Fuh, merecik guling-guling.
Sebab lots of sweet thing, kira macam nak makan mana satu nih!
Ada juga apam balik fresh and cedodok panas-panas sebab masak kat situ jugak.
Bubur dalam tiga jenis.
And buah-buahan tempatan.
Pastu at one corner, ada kuih raya dalam lapan sembilan jenis.
Terasa Raya sangat.


Sebabkan kami dalam lapan orang.
Full meja bulat tuh dengan makanan orang tahap kebulur Nauzubillah.
Memang sure tanpa segan silu nak cakap, we're geng kaki makan.
And within before pukul lapan.
Semua clear.
Pastu baru pergi Maghrib kat tingkat atas.
Ada tempat wuduk kat dalam.
And telekung juga available.
Don't worry.

Hey, untuk hal ini.
Nak cakap sikit.
Good job team Ancasa.
Sebab diorang punya ruang tempat solat sangat bersih dan besar.
Kalah dengan some five star yang ada.
If korang faham akan maksud ayat nih.


Lepas Maghrib, dapat tahu yang they're closed buffet section at 0900 pm.
So dalam menunggu tuh, kami sempat tambah makan.
Ambil some murtabak yang so cute keciknya.
Sate.
And also Ice-cream.
Untuk air, ada tiga jenis also.
Air putih, air bandung and sarsi.
Tempat nih memang suka no tiga rasanya.

Anyway.
Yang penting enjoy and feel comfortable nak mingle around.
So, happy berpuasa semua!


Wednesday, June 06, 2018

Iftar dengan si Tahfiz

Assalamualaikum.

Seperti yang pernah buat sebelum nih.
Hospital under our own department akan buat iftar dengan golongan yang kurang berkemampuan.
But this year, kami pilih anak-anak si thfiz.
Biar lain daripada yang lain.
Charity pon kami mintak tak banyak.
Sorang RM 50.
Sebab tak plan banyak.
Untuk kami dan mereka buka puasa bersama.

Selain iftar bersama, buat juga bacaan Yasin dan tahlil.
Biar lebih afdal majlisnya.
Alhamdulillah.
And untuk lebihan duit yang terkumpul.
Kami bagi sorang satu duit raya.
Rezeki tu dik.
Moga korang terus semnagat belajar ilmu Allah.
Berkat ok hidup.

And terima kasih pada yang memberi.
Bagi support untuk this project.
Even tak sampai two weeks plans but we make it!
Alhamdulillah sangat.
Sama-sama kejar pahala di bulan Ramadhan ini.

Gambar tak ada, sebab not so fans of selfie.
And sebab makanan dia lagi sedap daripada semua tuh.
Hahhahah...
Roti jala my fav in list lah.
Tambah sampai. Fuh.
Jilat jari.

= )

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...