Search This Blog

Friday, May 18, 2018

Umrah-Subuh

Assalamualaikum

First Subuh kat sini. Syahdu!
Sangat syahdu.
Keluar hotel, memang tak sure nak jalan mana. 
Sebab diorang cakap ikut pintu belakang lagi dekat. Ikut jela.
Tapi tak yah dok risau actually, sebab keluar jer pintu hotel.
Dah nampak umat manusia berduyun-duyun jalan kaki nak ke masjid.
Serius rasa touching nya haiii.

Ni kalau kat Malaysia, tak dapat nih.
Sesungguhnya solat itu lebih baik daripada tidur, kan.
Daripada muda, tua, budak-budak.
Semua jalan macam biasa nak ke masjid.
Mak cik jalan terbongkok-bongkok, ada on wheelchair, bertongkat, jalan terhinjut-hinjut pon still semangat nak ke masjid.
Kita yang kuat lagi sempurna.
Nak ke masjid pon payah.
Ampunkan dosa kami Ya Allah.


Azan dia menusuk... lembut.
Menitik air mata, tak sangka sampai juga diri ini kat sini.
Terima kasih ya Allah.
Untuk seruan ini.
Sampai masjid, ambil tempat kat kawasan laman masjid.
Sebab tengok, Masyaallah... diorang lagi awal. 
Tak tidur ke mereka?
Tengok pagi tuh payung dia, yang orang dok cerita.
Tak kembang lagi.
Awal lagi... first time jemaah kat Masjid Nabawi. Ya Allah, syukur sekali lagi.

Tengah duduk lepas azan nak tunggu solatnya, rupa-rupanya orang sebelah ialah kakak yang duduk area Kota Tinggi.
Dalam banyak-banyak manusia, jodoh Malaysia.
Jodoh saudara Johorean tuh, kuat.
Kawasan Kota Tinggi lagi pulak tuh.
Rasa dekat sangat, sempurnalah.

Habis solat, baru lah rasa mengantuk and penat gila-gila.
Balik hotel.
Rest lima minute.
Breakfast...
Lepas breakfast.
Tabung Haji arrange nak pergi Raudah.
Dan Nabi Muhammad dan dua para sahabat setia menanti.
Allahuakhbar!

Tak menggantuk terus.
Tak penat.
... boleh gerak sekarang?

Thursday, May 17, 2018

Umrah-Berlepas

Assalamualaikum.

Pada 30h april lepas, ticket Saudi Airlines patutnya pukul 03.00 petang fly...
Tapi delayed, so around pukul 05.45 petang gitu baru berlepas.
Alhamdulillah gak, sebab tak rushing. 
Dengan all those daftar bagasi with tag, taklimat daripada Tabung Haji, nak ambil passport and boarding ticket.
Memang ngam-ngam lah.

Nak ucapkan jugak terima kasih berlemon banyaknya pada siblings and in law yang tolong hantar, ambil jemput kat KLIA.
Hal homestay semua.
Touching hokey.
Ingatkan tak ada sudi nak tolong.
Alhamdulillah sangat.
Family bonding, kuat!
Terima kasih sekali lagi.


Tabung Haji ada bagi voucher before fly. Untuk tebus kat Burger King or MacDonald. Lunch treat katanya...
So sebab ini first time fly untuk overseas, bawak mak ayah. 
Bag pon nak kiri kanan nak kena jaga gak.
Tak nak susahkan ke apa. Kita claim kat dalam after imigresen and those check semua lah.
Yelah, air semua tuh.
Kang tak lepas pulak, kan.

And bila depan counter nak order... rezeki betul melimpah sebab we all got unlimited Burger King voucher!
Alhamdulillah.
Sure korang mesti jeles. Hahahaaa...
So, ambil empat set.
Formal.
Nakal sikit, tambah..With all side dishes yang ada.
Terima kasih Burger King.
Terima kasih Tabung Haji.
Terima kasih Saudi Airlines. Sv829 team!

Part paling best, bila dah dok dalam pesawat. Selesakan diri sendrik.
Yelah nak fly lapan ke sembilan jam. Kematu otak.
Then, rupa-rupanya three seat tuh, I'm the only one jer yang wujud.
Memang tersangat selesalah.
Ajak adik lelaki dok sama, on movies, maps, game... layan.

Saudi Airlines bagi selimut, bantal semua den bantai guna macam rumah sendrik.
Nasib gak dapat earphone free. Huhuhuuu.
And makanan diorang bolehlah.
Alhamdulillah.
Kenyang.
Dua kali makan.
Dua kali tea time.
Yang lebihnya, makan burger.

Pastu ingat sampai Riyadh dah boleh turun. Rupanya, fly lagi sejam setengah.
Baru sampai madinah.
Dapat lah sepotong cake sementara tuh.
Turun pesawat, nak lepas imigresen dia ponyalah lambat.
Nilah permulaan ujian. 
Kena sabar banyak-banyak. 
Betul, tak tipu.
Pastu solat magrib, isyak. And baru collect bagasi.


Bas dah siap-siap tunggu luar.
Ikut pakej dan no bas. Sebab akan hantar ke hotel masing-masing.
Daripada sini, dah dapat mutawwif sendirik untuk kumpulan kecil.
Hotel Saja, tempat kami untuk di Madinah ini. 
Alhamdulillah, 300meter daripada Masjid Nabawi.
Tak dekat, tak jauh.
Syukur.

Kat sini gak, boleh dah nak beli sim card Arab. With internet line.
Me?
Wifi hotel ada tak? 
Hahahhahah...

Dapat card hotel jer, time nih kat sana pukul 0200 pagi.
Ambil makanan nasi Arab... masuk hotel. 
Rest dan siap-siap , cepat-cepat sebab nak Subuh kat Masjid Nabawi.
Excited.
Penat. Mengantuk tolak tepi jap. 
' Cause solat jemaah lagi top list. Pedulikan semua tuh.
Hehehee...

Wednesday, May 16, 2018

Umrah-Tabung Haji

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.
Syukur.
Allah bagi rezeki. Allah sampaikan seruan, panggilan, peluang agar dapat menjejakkan kaki ke Tanah Haram.
Pergi Madinah.
Pergi Mekah.
Tengok puas-puas Kaabah.
Dan nangis sampai banjir depan Kaabah.
Syukur sangat.

Untuk maklumat lanjut bagaimana cerita idea, perancangan, all sort of kegagalan disebalik ini. Boleh baca dekat post before this.
Ada dok cerita tentang ini.
Trailer and luahan rasa semua lah.
Boleh korek sendirik.
Untuk bab kenapa pergi under Tabung Haji... ia adalah pilihan masing-masing.
Sebab utama ialah tengok mana yang menyenangkan. So, tak adalah esok-esok sok.sek.sok.sek cakap jauh la itulah.
Hati runsing, niat dah lari.
Tak bagus tu yer.

Yang penting jugak ...
Tengok kemampuan, jarak hotel dan waktu kita free untuk apply cuti, and jenis flight semua.
Pastu... umrah tabung haji dia mintak tiga benda jer.
Duit tuh cam biasalah. Deposit Rm1k sorang... lebihan one month before fly.
Second. Urusan passport.
Next, gambar belakang warna putih.
Tu jer...
And, about visa rasa ok jer. Ni agensi akan uruskan.
To me. Asalkan yakin dan boleh dipercayai akan mana-mana agensi tuh.
Niat kita dah baik.
Insyaallah, Allah permudahkan.

So far, daripada urusan documentation... buat kat pejabat Tabung Haji Tun Razak tuh. Alhamdulillah.
Ambil pakej Fairuz.
Ambil luggage pon bagus.
Ambil injection meningococcal pon sana juga. Kena caj Rm 150.00.
Dapat kad kuning.
And, kelas umrah sama juga di surau. Selang sabtu pergi, sebab claim hours kerja pon tak banyak.
Huhuhuuuu...

Nasihat lain, banyakkan baca buku tentang pengalaman orang yang dah pergi sana.
Solat sunat tuh rajin-rajinkanlah. Insyaallah...jadikkan routine.
Doa selalu.
Google lah sikit-sikit.

Dekat sana pulak, Alhamdulillah. Ada leader mutawwif yang bawa kami daripada Klia ke Madinah...
Dan dapat mutawwif baru untuk kumpulan kecil.
Mutawwif yang lain juga so friendly.
And sangat menjaga anak-anak bawahan mereka, yang mana on tongkat or wheelchair... pon depa jaga dengan baik.


Kesimpulannya, Tabung haji memang dirokomenkan.
Ramai cakap ia mahal.
Tapi, semahal mana pon. Berbaloi sebab niat kita baik.
Duit yang keluar pon... untuk jalan kebaikan. Daripada dok habiskan buat shopping, insyaallah. Untuk yang nih, pahala tak terkira.
Fikir-fikirkan dan selamat beramal.
= )

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...