Search This Blog

Wednesday, May 16, 2018

Umrah-Tabung Haji

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.
Syukur.
Allah bagi rezeki. Allah sampaikan seruan, panggilan, peluang agar dapat menjejakkan kaki ke Tanah Haram.
Pergi Madinah.
Pergi Mekah.
Tengok puas-puas Kaabah.
Dan nangis sampai banjir depan Kaabah.
Syukur sangat.

Untuk maklumat lanjut bagaimana cerita idea, perancangan, all sort of kegagalan disebalik ini. Boleh baca dekat post before this.
Ada dok cerita tentang ini.
Trailer and luahan rasa semua lah.
Boleh korek sendirik.
Untuk bab kenapa pergi under Tabung Haji... ia adalah pilihan masing-masing.
Sebab utama ialah tengok mana yang menyenangkan. So, tak adalah esok-esok sok.sek.sok.sek cakap jauh la itulah.
Hati runsing, niat dah lari.
Tak bagus tu yer.

Yang penting jugak ...
Tengok kemampuan, jarak hotel dan waktu kita free untuk apply cuti, and jenis flight semua.
Pastu... umrah tabung haji dia mintak tiga benda jer.
Duit tuh cam biasalah. Deposit Rm1k sorang... lebihan one month before fly.
Second. Urusan passport.
Next, gambar belakang warna putih.
Tu jer...
And, about visa rasa ok jer. Ni agensi akan uruskan.
To me. Asalkan yakin dan boleh dipercayai akan mana-mana agensi tuh.
Niat kita dah baik.
Insyaallah, Allah permudahkan.

So far, daripada urusan documentation... buat kat pejabat Tabung Haji Tun Razak tuh. Alhamdulillah.
Ambil pakej Fairuz.
Ambil luggage pon bagus.
Ambil injection meningococcal pon sana juga. Kena caj Rm 150.00.
Dapat kad kuning.
And, kelas umrah sama juga di surau. Selang sabtu pergi, sebab claim hours kerja pon tak banyak.
Huhuhuuuu...

Nasihat lain, banyakkan baca buku tentang pengalaman orang yang dah pergi sana.
Solat sunat tuh rajin-rajinkanlah. Insyaallah...jadikkan routine.
Doa selalu.
Google lah sikit-sikit.

Dekat sana pulak, Alhamdulillah. Ada leader mutawwif yang bawa kami daripada Klia ke Madinah...
Dan dapat mutawwif baru untuk kumpulan kecil.
Mutawwif yang lain juga so friendly.
And sangat menjaga anak-anak bawahan mereka, yang mana on tongkat or wheelchair... pon depa jaga dengan baik.


Kesimpulannya, Tabung haji memang dirokomenkan.
Ramai cakap ia mahal.
Tapi, semahal mana pon. Berbaloi sebab niat kita baik.
Duit yang keluar pon... untuk jalan kebaikan. Daripada dok habiskan buat shopping, insyaallah. Untuk yang nih, pahala tak terkira.
Fikir-fikirkan dan selamat beramal.
= )

Saturday, April 28, 2018

Packing oh la la

Assalamualaikum.

Tinggal dua hari je nak pergi.
Dan seriously, tak pack apa-apa lagi pon.
Derrr.
Sebab busy uruskan apa yang patut. Smooth kan mana yang perlu.
Dan akhirnya,
Bag TH wane itam pon tesergam cantik dengan all the plastiknya lagi.
Haruuu...

Excited tu memang dah bercampur-campur feeling dia.
Pastu, nih nak pack... boleh layan lagu sedih tau time lipat baju satu persatu.
Sob.sob.sob.
Alhamdulillah gak,
Dah ada list, so cam gambaran secara kasarnya apa yang perlu dibawa.
Phiew. Thanks to my sister in law.
Ohsem always.

Ada tak ada tuh. Nanti beli kat sana jela kan. Top up yang perlu.
Apa yang ada gunakan sebaiknya.
Kan?
Sebab dah memang jenis tak suka collect barang. So, my things memang mana yang penting jer.
Hehheheh...
Nasib la kalau dah perempuan tapi sifat sempoi kalah orang laki.
Nak buat camno.

So, untuk rujukan bersama, list nya seperti kat bawah:

1. Kain ihram+tali pinggang/telekung-2
2. Kurta/jubah-3
3. Seluar, shirt/ blouse-3
(Baju tidur pandai-pandailah include)
4. Tag ribbon-for bags
5. Ketayap/anak tudung-2
6. Socks-4
7. Undies-ikut banyak mana
8. Pantiliners+meds pc-ikut suka
9. Botol spray kecik
10. Botol air kosong-3
11. Lip balm, Vaseline-2
12. Selipar, kasut-2
13. Hanger-5
14. Plastic-baju kotor
15. Towel mandi, kecik-on s/b
16. Hair dryer-1
17. Cermin kecil, sunglasses
18. Buku umrah TH
19. Buku kecil, nota, doa-doa, pen
20. Sarung tangan-on s/b
21. Alat mandi, sabun baju sikit.
21. Pengetip kuku, gunting
22. Uncang kasut
23. Ubat-ubatan...
24. Charger, handset, camera
25. Baju melayu/baju kurung-1

Cukuplah agaknya, nak sumbat 30kg dalam tuh semua.
Agak la kan.

All my personal things dah sort out.
Amnahkan pada yang berkenaan.
Yelah.
Terima kasih yang menolong... menyusahkan korang jer.
Terima kasih sekali lagi.

Pastu dah siap-siap salam depa kat department.
And all friends yang patut. Dah message. Whatsapp.
Later nak post kat FB.
Mana tau, yang kaki social media nih. Kat sini jela depa tau kewujudan kita kan.
Huihuihuiii...
Ada eh, spesis kawan camni.

Anyway.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar ya. Doakan please.
= )

Friday, April 27, 2018

Tunggu aku

Assalamulaikum.

Lately, banyak pulak post pasal terbawak hati dan perasaan kan.
Buat korang rasa berat hati.
Buat aku rasa camtu jugak.
Hey…
Tak lama aku pergi.
Dua minggu jer.
Tak lama aku cuti.
Dua minggu setengah jer.

Tunggu aku!
Insyaallah aku balik.

Okeylah.
Tak ada niat nak bawak korang menangis sama atas apa yang dibaca.
Tolong sapu sikit air mata tuh.
Malu orang tengok.
Yang penting. Yang baik jadikan pengajaran, ya.

Jujur.
Aku sayang kawan-kawan aku.
Aku sayang kau.
Aku sayang siapa yang sayang aku.
Siapa tak sayang aku pon, aku sayang korang balik jugak.
Peluk sikit meh.
Sweet tak? Hheheheh…

Aku pergi untuk diri aku sendiri.
Aku yang cipta ini semua.
Aku yang harapkan perjalanan ini.
Aku perlukan ruang ini.
Aku perlukan semua ini.
Maaf.

Dan kelak. Suatu hari nanti.
Kau dan aku jauh.
Aku bukan berada di situ.
Sentiasa ada untuk memberi nasihat dan teguran.
Pada perilaku dan kata-kata yang diluah.
Dan.
Untuk buat kau sentiasa tersenyum.
Atau untuk memberi juga senyuman balas.
Yang selalu aku buat.
Rindunya…

Hasil carian imej untuk weheartit apologize

Alamak. Aku buat kau sedih lagi.
Tapi,
Take care of yourself. Please.
Even aku ada atau tiada di sisi.
Behave sematang-matangnya.
Ubahlah sebagaimana aku cuba menggubah diri aku juga di sana.
Kita menghala ke arah kebaikan.
Kita capai Jannah yang sama.
Balik nanti aku nak tengok.

Walau semangat untuk berjumpa.
Kau bukan untuk aku nilai.
Tapi engkau dinilai pada yang di atas.
Ingat tu.

Ego tak dapat aku kikis dalam diri seseorang manusia.
Pemilik hati itu sendiri.
Dia yang memegari dan melepaskan.
Itu diri dia.
Aku hanya menyinggah.
Aku hanya menyapa.
Aku hanya menegur.

Sebab aku sayang kau!

= )

Japan trip 1

Hello,  Aku sebenarnya tengah vacation mood, daripada 18hb April. Memang rancang akan update, Kita kemas-kemas blog yang dah usang gila ini....