Search This Blog

Wednesday, June 04, 2014

Maya's wedding-Going Back

Part 3,
(Continue)

Next day,
Aku pakat-pakat kemas barang... Cedok sambal tumis (lauk semalam yang cicah dengan ubi kayu rebus)... Slurp! Sedap sambal dia. Pandai mu Jah oi... Ambik kerepek and bahulu paket yang tak terusik (lebihan)... Plus doorgift buat housemate Kepong and big kek pisang in da house. Cukup ar kan.

That noon, aku gi Larkin, serbu tiket balik KL. Latest yang ada: 7.00 pm! Gilo. Aku terpaksa amek yang ke Seremban Dan nek Ktm la nanti. So, aku lunch (cause mak aku hanya sempat bekalkan ikan goreng, tapi macam mana nak jamah?) dekat kedai yang sebelah kedai kek, kedai ujung sekali... Aku makan lauk ikan gak. 

Pas makan, aku combine solat zohor and Asar, musafir... Dengan jem aku sampai jugak Seremban. Jam? Kol 8.30 malam. Place yang aku terus tuju is toilet! Where are you...


Ktm Seremban ke Ktm Kepong... Two freaking hottest hours yang urrrggghhh....  Okay. Sumbat Mp3, layan Micheal learns to rock... Hebat ke? Ada aku kesah. 

Aku sampai kepong, naik taxi and jejaknya kaki aku ke pintu rumah dah around 10.30 pm and you're going to work tomorrow! 

Plannyer, mandi pastu tidur. But,
Mungkin sebab aku dah overdose dengan sleeping beauty... I cannot sleep! Fuh. Duggaan apakah Ini?
Aku kemas barang, kemas cabinet dapur and after that... Really tired. Now it's time to sleep. 

Night!

(next trip adalah ke bahagian pihak lelaki di Perak, moh la kita ke Perak. Ipoh mali)

Monday, June 02, 2014

Maya's wedding-Climax

Part 2
(Continue)

Maka hendak-Nya, majlis yang ditunggu-tunggu pon telah tiba. Auww!
Aku bangun awal... 4.00 pagi agaknya... Bukan apa, sebab sakit perut nak membuang. Itulah sebabnya makan macam orang kebulur lapan tahun tak makan. Semua nak dibahamnya, kan dah jadi racun badan, Heheheh....

Then, aku perasan, bilik kakak aku terang benderang. Aku usha jap, and then aku teman kakak aku (dia tak leh tidur katanya, whateverlah) sampai Subuh. Lepas Subuh aku curik tidur, tapi kena penyek dengan anak sedara! Oish! 

Menikah pada awal pagi...

For rest of that day... Smooth even some part yang dirancang tak berapa menjadi. But, Alhamdulillah... Sedara Mara ramai yang datang, orang blok pun ada gak. Meriah la.

Tema unggu... so tema kami adalah unggu batik! Kain dia si pengantin yang sponsor... Banyak kena belanja nih. Tudung aku sponsor. Aku beli kat TBS... kedai tudung yang dekat dengan tempat jual tiket tuh. Enam aku dapat, RM24.00. Murahnyerrr la hai. Tudung semua sama except pengantin and my mum. Special case, cerita lain. 


Ni adalha Cik Alia... dah beso dah dia. Benda paling mahal nak cerita dalah bab rambut dia kerinting cantik tuh. I like! Dah la lembut gila. Tak macam orang tuh....Teeeetttt... Hahhahah... siapa yang makan cili dia yang terasa pedas. :)


Cik Ziqa? Tu hah, yang dok menjelir lidah pada gambar yang last. Ish ini budak. Bila masa dia menyelit? Tapi yang penting awak comel, saya maapkan. Dush!
.......

Akhir majlis, aku-adik perempuan-sorang kakak aku yang lain-emak- gi basuh pinggan manggkuk. Lelaki, angkat meja Dan kemas serta kembalikan ke bentuk asal. Original place. Kami berempat jugaklah yang sental periuk belangga! Believed or not... Sebab pengantin hilang, busy buat shoot outdoor (aku kurang setuju la diorang wat time ni)...

Pikir-pikirkanlah.
(Sambung lagi)

Maya's Wedding- Journey

Assalamualaikum,

Let me kapochi about my journey for attending sist's Maya kahwin. Sedikit tragis, banyak penat dan penuh kegembiraan lastly... Allah blessing. 

So, pada Khamis (29 may) after Magrib aku gerak daripada rumah Kepong ke TBS. My friend yang hantar smpai KTM... so, misi mencari tiket pun bermula... Aku choose kol 11.59 malam. Tu adalah bus yang paling akhir sekaliiii... Sementara tunggu dua jam berlalu, aku solat Istak and lelap mata kat Surau TBS... Kalau ada yang perasaan, akulah tu. 

*Harapnya sampai larkin dlm kol 5 pagi* rupa-rupanya pak cik bus pecut 300km/j...then sampai Larkin kol 4pagi, awal gila ah. Aku cam oh, okay... Kita lepak chillax kat KFC. Yang sebelah pizza hut. 24 opening... Rasa cam anak muda yang cool gitu, ko ada bran lepak pagi-pagi gitu cam aku? hehehe...

Alhamdulillah, sepanjang aku dok pandang dinner plate yang ada tiga ketul ayam... Kat sini aku sempat finish my precious book; Dosa-dosa wanita yang dianggap lazim. Terbaik! Wa cakap lu. Tapi tu la, aku kekasang nak jek ajak budak meja sebelah yang sorang-sorang join sama... Tapi mesti dia ingat aku nak ngorat dia. Tak jadilah... Sambung baca buku lagi baik.

Untill five o'clock, (ding dong) aku gerak gi surau. Subuh kol 5.40 tak silap aku... Aku pon jejalan la sesorang. Aku redha dan niat baik, if ada apa-apa terjadi... Allah bless me.

Time ni aku patut nyanyi lagu Survivor by Destiny Child, yeeha... 

... Then aku dapat solat berjemaah. Syiok gila, dah lama tak sembahyang gini. Memang heaven! Tuntutan kerja yang membuatkan aku hari-hari solat alone. Bila dapat moment tersentuh hati di pagi hari... rasa syahdu amat-amat... Moga-moga dapat pengalaman ni lagi, Amin Ya Allah.

Plus: Sharp 6am aku turun ground floor-survey bus ke Kota Tinggi yang paling awallll.. Awal ke? 6.15 am. Aku gerak ke sana. 

Kol 7.30 pagi aku dah terpacak depan stesen bus situ tunggu orang jemput (diorang cakap 'kami gi pasar jap') Aku cam... WTF (what the fantastico.. day?) Tunggu lagi... Dalam tunggu-tunggu-and-menunggu-

Aku terlihat ada dua adik beradik (satu lelaki Dan perempuan) kutip tin kosong dalam tong sampah. Kesian diorang nih... aku tak boleh tengok orang camni, touching! Aku pun gift KFC box (dengan lebihan dua ketul ayam Dan dua other foods) dinner plate masa lebihan KFC Larkin. Rezeki diorang... Daripada Allah aku cuma penyampai. 

Dalam masa yang sama, layan lagu Coldplay... full album aku khatam... hehehe... 

Lastly... Aku sampai uma, dalam kol 8.00 pagi-around that la. Time ni aku tak pandang khemah depan rumah... Aku nak tilam! But, banyak pulak kerja dapur untuk kenduri kendara dah awaiting. In list... So, aku take nice showering and paksakan diri. Penatttt. Itu jek yang aku mampu kata.

......

Part paling best dalam cerita ini, (petang masa kenduri kendara) banyak makanan! Itu aku suka... Ada banyak kuih muih. Pergh, siapa unta idea nih! And tersenarai sama- Siput sedut yang jiran aku masak aku sapu licin (I'm the last person) yang menyedut lauk tersebut. Letak dadah apa dalam ni, addicted gila. Lauk lain, pastinya sup ayam di malamnya. Yum-yum-yum...

......
Cik Ziqa dah rasmikan dulu. Love ya~!
(Next day)... continue Maya's Wedding-climax

Japan trip 1

Hello,  Aku sebenarnya tengah vacation mood, daripada 18hb April. Memang rancang akan update, Kita kemas-kemas blog yang dah usang gila ini....