Search This Blog

Saturday, March 16, 2013

Vintage: Elegant and classic.


Assalamualaikum.

Vintage, sila angkat kaki jika anda adalah antara peminat tegar gaya ini. Lagi tinggi anda angkat, lagi tinggi pemahaman anda tentang theme elegent classic kesukaan ramai itu. Sekarang… gaya ni dah mencapai tahap demandnya (mentang-mentang ramai dah pakai) . So, untuk yang baru nak berjinak-jinak merpati… pandai-pandailah suai padan agar tak lari tajuk.

Bagi aku warna padanan untuk theme gini sesuainya warna lembut. Coklat, hitam, putih… Yolah, zaman nenek moyang kita dulu-dulu mana ada orang guna color block! Kena kejor seladang kang turun bendang pakai baju merah Mak Ngah. Citer P.Ramlee pun trademark hitam putih. Bunga pun corak kecik-kecik. Sweet sesangat.


Let’s shoot untuk gaya ini: Enjoy sambil layan lagu Home by Jim Reevens…



Wednesday, March 13, 2013

Lagu budak-budak?

Assalamualaikum,


Air pasang pagi, Turun pukul lima...
Nyonya bangun pagi, siram pokok bunga...
Pokok bunga melur tanam tepi pantai---


"Woish, bukan tanam tepi pantai la... Tepi kolam!"


"Tepi pantai laa...aku dulu nyanyi, tepi pantai."


"Aku pulak, tepi kolam.."


"Aku... Tepi kolam."


"Tepi pantai!"


Kau??? Tanya kawan cik yang lagi satu dekat kawan kami yang dok bertengek atas kerusi...

"Kau jangan tanya dia beb, budak international school tuh.... Mana ada lagi pasang pagi petang siang malam ni. Diorang punya ba..ba... Black sheep."


Kahkahkah... Siot betollah diorang ni kan. Tapi tak per, kutuk depan-depan.

Pasal lagu tadi pulak, jalan penyelesaiannya adalah...
Carik balik cikgu sekolah tadika korang Dan tanya mereka untuk mendapatkan jawapan yang sebenar-benarnya...


Ci-lo-oh la hang, pak cik Google kan ader... Dia sedia berkhidmat maa... Internet pun free (wifi).. What's the problem.


Jawapannya....
Korang carik la jugak ae, kata orang bila kita carik sendirik. Lagi kita ingat. Adios!


Thursday, February 28, 2013

Bersama Cik Alia Qistina


Assalamualaikum.


Sepanjang hari aku dok kacau budak sorang nih. Dia adalah cik Alia (cucu kedua keluarga kami), seorang yang sangat berani dan ada ganasnya (tak dapat dinafikan dengan fakta). Memang aktif kemain, sampai berpeluh-peluh kejar dia. Dengan rambut kerinting dan gigi kecik-kecik… sangat energetik budak perempuan ini.

Bila di dalam kereta, dia sudah pandai duduk di seat belakang dan pakai tali pinggang. Genius! Hobi kesukaan dia adalah sakat kucing yang selalu dok mari kat rumahnya. Memang tak takut betol. Kucing tu yang takut kat dia. Terbaik!

Kecenderungan minat dia yang lain adalah duduk atas buaian kecik depan akuarium (ada ikan dalamnya) sambil minum botol susu. Tapi bila dia geram, dia akan tepuk-tepuk dinding akuarium… semua ikan akan lari bertempiaran! Hahahha…. Sampai satu tahap, dia campak penyepit baju Mummy dia ke dalamnya. Mungkin si ikan nak sidai sisik jugak. May be…


Cik Alia juga sangat comel loteh macam cik Ziqa (cucu pertama keluarga kami), bila dia buat muka kiutnya… semua orang boleh terpesona.
Cik Alia dah dapat seorang adik lelaki, Adam Haris (cucu ketiga keluarga kami)… mid awal bulan lepas dia lahir. Nak tengok tak muka adik dia???


Comel kan… macam cik Alia jugak!

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...