Search This Blog

Friday, November 30, 2012

Pameran buku di Danga Mall, Johor.


Assalamualaikum.
Pada 22 November (Keputraan Sultan Johor) lepas- aku bersama cik Ziqa, cik Jima, Ibu Yam dan Ayah Jid telah gi ke Danga Mall. Menariknya adalah tempat letak kereta yang percuma. Sayezzz…  Suratan atau kebetulan atau perancangan diaorang-adanya jualan buku terbesar daripada pihak pengeluar dan pemasaran buku terkenal, Popular.


Tengok? Keterujaan cik Ziqa pada buku. Kami pun teruja jugak… sungguh murah dan berbaloi-baloi amat! Stok penghabisan sampai 60, 70%!!!! Walaweh, saper tak meleleh air liur ye dak. Sesuatu yang sangat best untuk di kongsi adalah-maser korang masuk-korang akan di sajikan dengan satu aura kipas-susah-mati-pada-semua-spesis-buku. Fuh, bebudak kecik cina sederet duduk kat lantai sambil baca komik, buku pape. Dibuatnya ekspo tu macam bapak diorang punyer la. Dan mak ayah diorang pun senang-senang tinggalkan dan jejalan beli buku lain. Setakat nih, tiada kes penculikan di laporkan yek.


Ada la gak dalam dua jam meroyan kat dalam dewan ekspo buku tuh. Semua buku nak beli, tapi-berjimat-jimat yek… Der gak la mat saleh tua sesat sempat beborak ngan aku-sarankan aku belajor bahasa cina bagai (aku nampak dia pegang kamus cina dengan enam, tujuh buku Inggeris lain). Aku cakap la, dalam proses belajar (masuk kanan kuar kiri). Dia cakap gak bahasa Inggeris nih penting, saranakan gak kamus B.I yang terbaik kat situ. Pak cik nak belanja saya ker? Hehheeh.. Dia cakap gi, dia memang peminat buku-kat rumah dia der satu bilik penuh dengan buku (macam perpustakaan gitu la). Siap ajak bertandang rumah lagi. Aku pun cakap, lain kali la yek. Ada jodoh jumpa lagi, ye dak.


Aku borong enam, tujuh buah buku-satu aku hadiahkan kat cik Jima. Bior membaca sikit budak tuh. Ada la dalam 1++ aku belanjakan. Takper, ilmu tuh. Benda baik. Sementara tunggu proses pembayaran yang kena beratur panjang, aku layan cik Ziqa men belon di tengah laman Danga Mall-hebat tak kitaorang?.  Ada budak kecik pompuan India nih tengok-tengok. Aku pun suh la cik Ziqa lambai. Dia pun lambai balik-dalam lambai melambai. Budak India tuh terlajak ke tong sampah yang besor tuh. Seb bek tak terlanggar. Hhahaha…ayoyo…minachi!

Pas siap semua, makan dan jejalan kat dalam Danga Mall (sungguh ku tak sangka-kedai kasut pun tak der). Metrojaya adalah. Okeh, ku kechewa!. Jalan-jalan lagi dan balik.

*skema telur ayam tak ayat aku? Hhahaha…

Wednesday, November 28, 2012

Siput Babi.

Assalamualaikum.

I donno why i wanna to post something about this animal.
So, just start read and let the question faded.

Story start when aku menunggu bus di pagi hari untuk pergi kerja.
See?
Apa yang aku jumpa!
Binatang yang dulu selalu sangat aku jumpa kat daun-daun atau tanah time sapu sampah- aku ingat dah pupus di pijak orang.
Rupa-rupanya, masih wujud lagi spesis siput nih.
Inc-readable kebal.


Serious time. Wiki it:

Siput babi atau nama sainsnya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut). Berbeza dengan siput akuatik yang menggunakan insang siput babi yang menggunakan paru paru untuk bernafas (pulmonata). Ia mempunyai cenkerang yang agak besar, padat dan berbentuk piramid dengan spira. Cangkerang siput babi dewasa mempunyai panjang sekitar 10cm sehingga 12cm dan lebarnya 4 ke 5 cm dengan berat 100 ke 120 gram. Lingkar cangkerang mempunyai arah putaran ke kanan. Dari segi struktur organ pembiakan ia adalah haiwan hemafrodit atau haiwan khunsa di mana ia mempunyai kedua dua organ jantan dan betina. Siput ini berasal dari benua Afrika. Pada kurun ke 20 ia telah di bawa ke India dan kemudianya merebak ke negeri Tropika yang lain. Ia adalah haiwan nokturnal atau haiwan malam. Siput Babi seringkali dianggap sebagai perosak. Di sesetengah negara, siput babi dikatakan dimakan, malah dibuat sate.

Sate? Pergh...
Tak sanggup even FOC. 
This is too much.


Inilah dia, Gary, siput babi jelmaan kucing daripada watak Spongebob Squarepants. 
Siap der komersial nya, si siput nih. 
So, bangga la spesis korang yek.
Hero coming.
Superstar being born.

*Bagi yang suka pijak binatang nih (dulu aku pernah wat kerja nih, ngaku).
Bek korang lenyapkan segera perilaku tersebut!
Silap-silap tih, ketua diorang boleh saman tau.
Humanity i'm talking about.
: )

Tuesday, November 27, 2012

Kisah Aku dan 10 Muharram 1434 H.

Assalamualaikum.
Ini adalah kisah 10 Muharram aku, yang penuh dengan ujian dalam mempertahankan puasanya untuk mendapat keberkatan daripada Allah. Perhaps, Amin.

Seperti biasa, sahur biskut ngan air mineral and tidur balik dengan perasaan malas yang berdaki. Then, alarm clock-early wake up with a great smile and take a shower. Solat subuh, doa kepadaNya, dengar motivasi pagi di TV3 dan bersiap-siap untuk bekerja. Take a bus dan bekerja dengan extraordinary spirit (Saturday-half day). Yeah! In the mean time, my aunty called to invite me holiday at Desaru after work. 50:50 (mungkin sebab aku puasa) hard to decide. Lastly, I think why not I join them. Moga Allah selalu bersama aku.

Habis kerja, my aunt jemput dan balik bilik-solat Zohor dan capai baju (in case diorang nak stay saner), mentos (tergerak nak bawak) and perfume. Bright brown jeans, grey t-shirt and black tudung sarung. Santai. Gi rumah aunt dan dia ajak lunch (in polystyrene, nasi minyak I guess). Aku pun cakap la aku dah makan kat clinic. Ehem, ok. Aku pun layan citer cina. After 30 minute, aunt aku bagi ice plain water pulak. Adui, aku pun just letak tepi la sambil layan gelak-gelak tengok Tony Leong (padahal biasa jek). So, bila diorang dok sibuk kemas-kemas nak bersiap and line clear. Aku terus buang air tuh kat sink and wash it. Yes! Then, layan balik gelak-gelak.



After a minute, another aunt ajak aku makan buah pulak (rambutan, durian, duku, pisang, mata kucing). Banyak tuh. Aku cakap la-takper la, kenyang lagi. Hehheh… So, gerak dalam 3.30 pm-JB ke Desaru ikut jalan biasa an hour and half. Sampai jek lepak kat pulai resort dan dorang pun gi la swimming. Satu jam. Another aunt tuh ajak stay sini but her daughter pulak nak g T.G.I.F (aku pun tak tau benda alah apa). Aku tak kesah. Balik rumah aku kat Felda tuh pun ok gak. And as a last result, balik JB semula. Aku? No sense of human-coz bukan aku yang drive. Peace!


Dalam pada anak dia and aunt aku tukar baju, another aunty nih ajak aku makan kacang and fruits yang diorang tapau dari rumah. Okeh, aku pun tak leh nak elak. Aku cekau la sebijik duku (tinggal lagi 20 minute nak buka kot time tuh). Pastu aku pun buat-buat la bukak slow-slow sambil jejalan jejauh sikit-bila aunt aku cakap dia tunggu kat keta-terus aku simpan duku tadi dalam beg sandang dan gi keta. Dalam 7.00 pm gerak, Desaru ke JB ikut highway-an hour and 10 minute. Tol-RM8.20 (aku tolong back up another cent jek). Hehheh…

Pity me, bukak puasa ngan air mineral botol kecik plus sebijik duku tadi. Luckily, ada mentos (layan) sambil tengok matahari terbenam dan lalu atas jambatan ala di Pulau Pinang (another aunt aku cakap-ala di San Francissco la). Aku? Paper boleh.

Lastly, sampai jek kat Johor Bahru-we directly go to T.G.I.F(Thanks God It’s Friday) restaurant.

T.G.I Friday's Johor Bahru

Unit L2.01, Wisma Jotic,
Jalan Ayer Molek,
80000 Johor Bahru,
Malaysia.
tel: 07- 221 3380
email: usersupport@fridays.com.my

First time I came here and apa yang boleh aku cakap… it’s so fabulous! Suasana, perhiasan kat sini membuatkan aku rasa kat obersi zaman koboi (ala yang baju kotak-kotak, kuda, pistol dan topi unik tuh). Huahahahah… Coz semuanya in western foods dan ada la ‘lil mat salleh .You all should try it.

Thank you so much for another beautiful lovely aunt ‘cause treated we all on that night- semua beef steak, pizza, chocolate dessert and etc yang so perfect dan delicious! (segan nak mek picture, ti diaorang label aku jakun pulak). As a summary, aku boleh cakap la yang western food nih masin sikit (all the cheese, smash potatoes, chicken, mushroom, dip sauce) in my opinion. Luckily, I order plain water. Anyway, masin pun masin la-with own skill (nak potong daging bagai) aku layan makan sampai overloaded. Hehhehe… orang dah belanja kan. Jangan tolak rezeki dik Non oi. Totally  aku dengor-dengor RM5-7++, and aunt tuh rileks jek muka dia. Aku pun senyum sampai telinga jek la. Mekasih bebanyak kat another aunt tuh. Confirm ni pertama dan terakhir aku datang sini-lainlah rezeki aku kahwin ngan billionare, anytime bebeh!.

So, perut pun dah kenyang and it’s time to go back and take a rest after such a long journey plus kesabaran berpuasa di hari Asyura. Thank you Allah for a blessing day and a great dine. Semoga kemuliaan tahun baru ini serta keberkatan hidup akan bersama aku selamanya. Amin.

Happy reading.

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...