Kau ku gengam dalam hijrahku
Assalamualaikum,
(hope i can shared this in my other social media before my #2018bigproject)
Hidup ini ada pilihan.
Selitan putaran dunia antara kau dan aku.
Menempuh hari, bulan dan tahun.
Detik masa saksi segalanya.
Menghimpit dari jalan ke jalan.
Kerana mati itu pasti.
Adakah kau yang akan pergi dulu?
Atau aku mungkin?
Kosong.
Keliru.
Aku terjaga... saat nafsu menarikku untuk terus tidur.
Hanya saja, aku kini telah mengambil keputusan yang berlainan.
Tiada halangan untuk meninggalkanmu.
Kerana sudah berkali ku cuba mengajakmu bersama.
Tapi niat baikku terbang begitu saja di sapa angin.
Benarlah kata orang, Menaruh harapan di hati manusia, ia akan mengecewakanmu.
Menaruh harapanlah pada Allah, Allah akan memberikan hal di luar akal fikirmu.
Aku pergi.
Pada saat kau membaca coretan ini, aku telah pun beberapa langkah darimu.
Maaf.
Aku ingin mengejar kisah akhir bakal tempatku beradu.
Restuilah dan doakanlah perjalananku.
Ingatlah, Allah tidak memanggil orang yang mampu. Tetapi Allah memampukan orang yang terpanggil.
Tetapi sejenak aku berhenti,
Melihat kau cuba bangun payah untuk mengejarku.
Permainan apakah ini?
Kehambaan ini yang harus diperjuangkan bukan padaku, bukan pada manusia.
Tetapi kehambaanmu pada Allah.
Aku masih percaya padamu. Perbetulkan niatmu.
Tunjukkanlah.
Yang mana membuatkan hal yang nampak buruk di hadapan Allah,
tetapi tampak indah di hadapan manusia.
Sambutlah huluran kata-kataku buatmu...
Sudikah kiranya kau ku gengam dalam hijrahku?
Agarku dapat gengammu kejanahNya.