Posts

Translate

End of 2023

Image
 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan berkongsi kisah hidup dari sisi empunya pemilik ini. Sekarang baru terasa auranya, tetapi tidak tahu sampai bila bertahan. Hendak menaip dan menceritakan sedikit sebanyak jalan hidup ini bukan satu kerja yang mudah. Kadang ia mencurah banjir dan laju sahaja ketak-ketuk papan kekunci. Tak sedar, dan lapan belas baris... Tapi kadang angin sepoi-sepoi bahasa datang, idea lambat sampai dan hendak dapatkan sepatah dua pun susah okay. Masuk hari ini sudah bulan dua belas, hujung tahun 2023. Macam mana tahun 2023 ini bagi kamu semua? Ada baikkan atau sebaliknya? Ada perubahan atau masih sama? Adakah azam 2023 perlu dipanjangkan ke tahun 2024? Bagaimana itu boleh terjadi, mungkin bulan terakhir ini masih ada cahaya untuk pencapaian yang lebih baik? Itu adalah soalan untuk kamu semua daripadaku yang jauh disini. Kita mungkin kawan, kita mungkin asingan, kita m

Ayah.

Image
Assalamualaikum. Ini adalah surat buat ayahku.  Ayah,  Aku lahir sebagai anak perempuanmu, bukan anak lelakimu. Aku menjadi anak yang ditengah-tengah, punyai abang dan kakak yang seiring membesar. Aku tahu aku bukanlah anak kesayanganmu, tetap yang sekali-sekala engkau sorot pandang. Aku juga hanya anak biasa, tidak manja dan sangat takut ingin meminta-minta. Dan ini adalah tetap aku, anakmu.  Ayah,  Aku tidak ingat pada baju yang engkau belikan hanya untukku pada waktu kecil. Pasti ada walaupun sehelai, aku yakin itu. Atau aku selamanya berkongsi sahaja. Kadang detik, engkau membawa sesuatu untuk anak-anakmu. Tapi, anakmu ramai ayah. Aku tetap makan tanpa memilih, aku makan semua. Air "vintagen", sejarah tanda engkau tinggalkan masih ada di peti sejuk buat cucu sekalian. Ayah,  Aku dididik untuk masih senang bangun pagi dan akan mengambil sarapan tanpa putus. Aku diajar untuk menepati masa dan tidak membiarkan sesiapa menunggu. Dulu, aku selalu lebih awal daripada penjaga se

Pengalaman Ramadhan 1444H di Mekah

Image
 Assalamulaikum semua, Alhamdulillah, tahun ini menjalani Ramadhan di Mekah al Mukarramah, Saudi Arabia. Tahun lepas sepenuhnya Ramadan dan Beraya dengan keluarga di Malaysia. Jelas, tahun ini memang pertama kali  merasai sepenuhnya suasana berpuasa dan beraya di negara orang. Alhamdulillah, masa bercuti bulan Januari dan Febuari lepas telah habiskan sebaiknya masa dengan keluarga dan kawan-kawan.  Jadi, semuanya faham keperluan diri ini mencari rezeki di negara orang dan azam yang sama. Moga sama-sama mendapat berkat Ramadan daripada Allah S.wt.  Alhamdulillah, hari ini telah masuk 27 Ramadhan 1444h dan masih lagi berusaha untuk mendapatkan kebaikan dan keberkatan Ramadan yang mulia. Zakat telah ditunaikan secara atas talian. Segala kelakuan baik dan sedekah memang dikejar. Tanya kakak yang kerja kakitangan hospital dan adik yang kerja di sekolah-hulurkan seberapa yang mampu dan mereka sebagai orang tengah menyalurkan pada yang berkenaan. InsyaAllah, sama-sama memperoleh pahala Allah.