Translate

Umrah Tawaf dan Praktis

 Assalamualaikum,

Apa khabar hamba Allah yang dirahmati sekalian, harap-harap semuanya diberi kesihatan dan kekuatan yang berpanjangan untuk hidup ini. Tentunya kalian memilih untuk membaca artikel ini apabila hati terdetik untuk menunaikan Umrah atau rezeki terbuka membuat Haji. Alhamdulillah, syukran ya Allah yang Maha Berkuasa Lagi Maha Mengasihani. Allah memanggil insan-insan yang terpilih ini untuk ditipkan hati kembali ke pangkal jalan-jasad suci dijemput untuk ke rumah Allah. Bukan mudah, bukan murah juga tetapi ia adalah keputusan sebaik keputusan dalam hidup. 

Maka untuk menjadikan ianya semakin terindah dan dipermudahkan amalan, persiapan mendalami ilmu agama adalah sangat penting. Ini agar keindahan Islam itu meresap ke dalam hati dan senang untuk membuat kebaikan seharian. Walaupun sudah kembalinya ke Malaysia, dipraktiskan juga amalan baiknya seperti cukup menutup auratnya. Asas ini nampak mudah tetapi sering kali diabaikan dan dipandang remeh, ini kerana hati itu tidak cukup kuat dengan godaan duniawi yang meminta tayangan badan secara berleluasa dan ikutan tanpa niat. Tetapi ia terjadi dan mencatit dosa. 

Baiklah, topik kali ini menyebut mengenai Umrah Tawaf. Tawaf dimulai dengan niat untuk melalukannya dengan yakin tujuh pusingan Kaaba lengkap dimulai daripada sisi HaratulAswad dan berakhir pada titik yang sama. Disunatkan menghadap Kaaba, HajaratulAswad dikucup ikhlas atau menyentuh dengan tangan kanan dan mencium tangan itu. Tetapi jika jauh dengan penuh dengan hamba Allah yang lain, cukup dengan menggunakan kedua belah tangan mengisyaratkan menyentuh HajaratulAswad dan mengucapkan ''Bismilahi Wallau Akhbar''. 





Di sana ada disediakan lampu hijau pada sisi bangunan kanan dan mar-mar bewarna coklat cair pada lantainya. Jadi, hati itu tetap yakin dan tidak terlepas pandang bila tawaf dimulai dan di akhiri. Diatas ini disertakan adalah bacaan yang terutama di dalam tawaf. Juga, pastikan banyak berdoa untuk kebaikan di dunia dan di akhirat kelak. Mudahkan lidah berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W dan doa kepada para sahabat baginda dan Muslim Muslimat di serata dunia. Biasanya agensi Umrah masing-masing akan memberikan Buku Umrah dan terkandung bacaan-bacaan doa setiap pusingan. 

Semalam 18-11-1443 adalah pengalam Umrah paling-paling terindah pernah dibuat, Miqat di Masjid Aisyah hingga balik rumah, aura dia sangat unik. Seiring dengan musim Pandemik Covid, persiapan Haji dan kon-kon putih sekeliling Kaaba tidak menghalang untuk diri kerdil ini berdiri betul-betul dibarisan hadapan pintu Kaaba dan tangisan serta doa berturut-turutan. Hanya pada Allah jasad hamba ini diserah dengan penuh noda dosa meminta pengampunan. Perasaan dia sukar digambarkan, dan syukur itu tidak pernah habis hingga kini dan selamanya.

Diri ini tidaklah mahir dalam bidang agama, tetapi mencuba setiap hari menjadi insan yang dipilih Allah untuk disayangi. Dulu, waktu tawaf selalu pegang buku panduan untuk baca doa-doa dan setiap pusingan berasaskan bilangan ke berapa doa dibaca yang tercatat di buku. Kaaba dipandang bila buku habis dibaca, hati digusar bila bahu dilanggar dan takut jari-jemari menyentuh bukan mahram dan wudhuk dijaga bagai menempuh medan peperangan. Semalam, semua keraguaan ditapis hebat dan keyakinan pusingan  dihargai dan setiap langkah mata setia pada Kaaba. MasyaAllah.

Amalannya ialah, doa ikhlas daripada hati yang paling dalam. Bersambung ke lembaran seterusnya...

Comments

Popular posts from this blog

Cara buat Pengekalan Nama / Retention of Name

ME: Example of resign letter/ Contoh surat berhenti kerja

Solat subuh tiga rakaat