Translate

Pandangan Allah

Assalamualaikum.

Khamis lepas. Sempat pergi dengar ceramah kat Surau. Macamlah sebelum-sebelum nih tak pergi kan.
Ni macam lain sikit ar.
Mula-mula memang kalau ikut badan, Magrib and Isyak jela kat rumah.
Tapi, alang-alang dah berpuasa. Hati nih cam lebih tertarik nak berbuka kat Surau.
Lagi best.
Gituuuu.

So, dapatlah satu bijik karipap.
Dengan air kosong.
Sumpah kenyang sampai malam.
Pastu dengar ceramah pon sikit jer ngantoknya.
Tak der la sampai tahap berdengkur, meniarap.
Just tersengguk tuh biasa lah.
Nasib tu la, tak heavy time buka tu. Syukur.

Ustaz tu citer pasal Israk dan Mikraj. Dan ustaz tu cakap...yang rasa menusuk di kalbu adalah.
Adakah Allah pandang kita dengan pandangan nikmat, ke pandangan laknat?
Rasa diri ini teruk kan.
Kita seteruk itu ker?
... ustaz tu pon cakap, macam mana nak tahu Allah pandang kita dengan nikmat adalah bila hati kita more pada akhirah.

Kerja pon kerja jugak.
Kerja macam nak gila...pagi sebelum matahari naik dah terpacak depan pintu pejabat.
Malam lewat, baru balik.
Pastu cakap gaji tak cukup lah, ni la tu la.
Ustaz tu cakap, kerja. Carik rezeki halal tu memang wajib.
Rezeki tuuuu...
Tapi, berilah perhatian pada yang memberi rezeki. Allah.
So, solat jaga. Sedekah. Puasa.
Nescaya, Allah yang jaga kita.

Image result for weheartit islamic

Bila time have fun ke apa pulak.
Tapi bila time dah azan tu, jangan tetiba buat-buat gila ke. Hilang ingatan ker.
Kang hentak kepala kat dinding betul-betul kang, baru tau.
Hah, so... biarlah tegur sapa. Ingat menggigat, kan.
Barulah sama-sama Istiqamah.
Alhamdulillah.
Sweet tak? Hahhahah...

Anyway.
Best sebenarnya dergar ceramah live depan mata, kaki telinga.
Selalu dok tengok kat Youtube, and those internet.
Suasana dan penghayatan berbeza.
Teruskan usaha!
Cayok!

Bai.

Popular posts from this blog

Cara buat Pengekalan Nama / Retention of Name

ME: Example of resign letter/ Contoh surat berhenti kerja

Solat subuh tiga rakaat