Translate

Window shopping ke shadow shopping?

Hai,

Bila cerita tentang membeli belah atau window shopping, aku rasa bila sudah kena uruskan duit sendiri iaitu lepas sekolah awam atau high school adalah waktu kita kurangkan berbelanja. Lepas itu bila bila mula kelas, aku dibawah sponsorship dan makan minum dan tempat tinggal disediakan. Bersyukur sangat! Thank you Felda. Dan disebabkan itu, arwah ayah aku hanya bagi Rm 50 untuk dua atau tiga bulan. Ini buat belanja beli keperluan belajar. Cukup ke?!!

Cukup sangat. Sebab aku tidak perlu banyak benda hendak beli. Makan cukup semua. Kalau balik kampung memang kedua orang tua bagi bekalan banyak Jadi, selalu aku balik dalam setahun dua kali sahaja. Masa ini, aku memang sangat berjimat. Arwah ayah aku masa ini selain side support aku-dia support juga kakak aku lagi dua orang tengah diploma. Kami semua tidak pakai PTPTN. Cash semua. Hebat sangat arwah ayah aku. Moga titik peluh jasa pahala dikira semua. 

Masa ini hendak beli kasut sukan pun aku tapau dekat abang aku, Ayob. Aku ingat lagi. Pakai sampai rabak okay-sampai aku kerja Sime Darby. Kalau hendak beli baju baru-aku beli dekat pasar malam, Rm 10-Rm 20 sehelai. Murah betui. Time nih tak kira sangat fashion branded. Apa ada pakai-apa murah sale beli. Masa kolej adalah masa berjimat sekerasnya.

Lepas itu, kerja klinik sekejap. Gaji masa ini dalam Rm 900 jer, tapi aku boleh jimat untuk setahun dalam Rm 4,000. So, aku berbelanja lebih kurang Rm 550 sebulan. Makan breakfast dekat rumah roti-makan tengahari kedai mamak sebelah klinik-makan malam biasa aku beli nasi goreng atau mak cik aku belanja. Kalau hari biasa balik mak cik ambil dan balik sama-sama. Kalau hari cuti pergi sendiri. Kalau ada duit lebih aku ambil taxi, kalau tinggal hujung-hujung aku jalan kaki. Ada jugaklah dalam 20 minit jalan-ikut perumahan orang.

Dan bila kerja Sime Darby, aku beli motor cash pakai duit klinik simpanan-untuk travel kerja hari hari. Sini, aku tak berbelanja sangat, tapi kuat makan dan kuat jalan. Sebab sini geng makan sampai larut malam! Paling ingat pergi jalan mana ntah, pastu singgah McDonal dekat 3pagi lepas tu balik mandi dan pergi kerja. Itu paling tak tidur sehari punya kerja gila. Semua mata rabak dan mengantuk tapi tak serik. Lepas lima hari, repeat benda sama. 

Masuk Prince Court, aku mula judge shopping by quality. And start untuk travel oversea. Aku mula balik financial masa kerja klinik dulu. So, walaupun geng jalan tetap maintain tapi in same time tetap berjimat untuk masa depan. Dan aku sambung study dekat University Malaya jugak aku berjimat dengan beli breakfast dua-nasi lemak satu dengan mee goreng. Satu buat makan pagi dan satu lagi buat makan tengahri. Malam aku biasa makan roti atau beli dekat kedai bawah rumah Condominium dalam RM 5-6 only. 

Dengan duit jimat Prince Court jugak aku bayar balik breech sponsorship contract around Rm 45,000-cash! Alhamdulillah. Lepas itu tahun 2021 April aku kerja Arab dan make it lima kali ganda daripada gaji aku dulu. Sampai la sekarang. Aku boleh settlekan hutang kereta MyVi yang aku sendiri tak pernah pandu. Dan, aku boleh beli rumah single storey -dan disewakan. Begitulah. Untuk shopping aku memang jarang dan lihat pada keselesaan dan long term fashion. Aku tidak ikut trend semua nih. Aku more pada minimalist person.


Cara untuk berjimat? Bagi aku isi dulu ilmu dengan buku-buku financial. Baru lah terbuka minda itu. 

Comments

Popular posts from this blog

Cara buat Pengekalan Nama / Retention of Name

ME: Example of resign letter/ Contoh surat berhenti kerja

Solat subuh tiga rakaat