Translate

Umrah-Raudah

Assalamualaikum

Lepas breakfast, Tabung Haji ajak berkumpul sebab nak pergi Raudah.
Raudah.
Hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim, tempat yang diantara rumahku dan mimbarku ialah satu taman daripada taman-taman syurga.
Tempat terbaik untuk berdoa.
.
Must go!

So, Tabung Haji bagi sekali mutawwif perempuan untuk accompany us.
Dan masuk dekat area pintu 25.
First time masuk dalam Masjid Nabawi. 
Subhanallah. 
Cantik!

Dan ikut lah laluan dia. And before agak-agak nak sampai. Buat solat sunat dulu.
Solat tahiyatul masjid, dhuha.
Pastu bila sampai pre saringan, kena duduk in group. 
And time nih, perbanyakan zikir Allah dan selawat Nabi.
Me? Keluarkan Quran, bacalah.
Lama nih.
Memang lama. 

Betul lama.
Banyak gak la page dapat time menunggu tuh. Berbaloi.
Kenapa baca Quran? Sebab bila nak selawat Nabi, tengok daripada jauh makam Nabi.
Sedih.
Tak terselawat.
Sebab tulah baca Quran. 
Nak tenangkan hati. 
Nak hilangkan shaking of my hand.
Nak jumpa depan-depan Nabi Muhammad dan dua sahabat dia.
Gila tak nervous?

Maka after an hour and half, baru our turn. 
Itu pon dengan adegan tolak menolak. Kalah kalau nak compare situation time sale kat shopping mall.
Sebab this is more kebaikannya, siapa tak nak grab, kan.
Tapi i just stay cool, and maintain kat last line untuk bagi my emak and orang lebih tua jalan dulu.
Kita muda lagi, 
Biarlah kita jatuh, 
Biarlah bahu kita yang sakit, 
Biarlah kita yang jadi pelindung.
Kita mampu bertahan.

Time nampak kain hijau sebelah kiri. Dinding untuk makam Nabi Muhammad. 
Memang air mata of course macam pili air.
Mengalir tak henti dah.
Orang sebelah dah meraung.
Lagi tambah sedih.
Ada tuh, duduk jer belakang tiang. Intai makam nabi. Sesungguhnya kita nih umat yang banyak dosa.
Umat akhir zaman. 
Malu!

Bagi salam dekat Nabi Muhammad.
Bagi salam dekat Saidina Abu Bakar.
Bagi salam dekat Saidina Umar.
Dan baca doa.
Besar perjuangan Nabi Muhammad dan para sahabat.
Jihad mereka semua ini tinggi dalam penyebaran dan mempertahankan Islam.
Subhanallah.
Moga selawat dan salam berkekalan hingga ke hari kiamat.

Part nak sembahyang sunat, solat taubat. Mutawwif jaga.
Alhamdulillah.
Kepala kena langkah. Kena pijak. Kena tindih. 
Itu sabar.
Dan nak berdoa pon, mutawwif dah pesan siap-siap. 
Berdoa dalam solatnya.
Time sujud, time after tahiyat akhir before salam. 
Sebab kalau nak angkat tangan, comfirm dah kena panggil, hajjah out.
Itu jela caranya.

Alhamdulillah dapat buat solat sunat.
Buat solat taubat.
Dan juga doa yang tidak putus-putus.
Moga diperkenankan.

Selepas tuh, minum air zam-zam. And balik hotel.
Barulah dapat proper rest.
Sebelum azan Zohor. 
Dah gerak ke masjid, sebab nak dapatkan tempat kat dalam Masjid Nabawi.
Solat sebelah air zam-zam? 
Bolehlah.
Nanti Asar kena awal lagi nih.

Sementara menunggu, bukak Quran. 
Baca. 
Aim... this short journey, khatam satu Quran. Insyaallah.
Pastu lunch.
Rest jap.
Asar?
Solat dalam masjid, tepi rak kasut. 
Lima langkah nak ke pintu besar Masjid Nabawi.
Seriously?
Magrib kena lagi awal, duh.

Popular posts from this blog

Cara buat Pengekalan Nama / Retention of Name

ME: Example of resign letter/ Contoh surat berhenti kerja

Solat subuh tiga rakaat