Translate

Hal Kahwin: Adakah jodoh itu akan datang dengan sendirinya? (dua)

*sambungn daripada, HK: AJADDS? bab satu

Assalamualaikum,
Korang dah baca petikan sebelum ini? Seriau gak kan…
*memandangkan ini blog aku punya, so suka hati akulah kan nak taip apa pun kan… jeng-jeng-jeng (ini soal bab munakahat). Kalau rasa menyampah coz ingat aku bajet cool, close. Rasa nak tau, teruskan OK. No paksaan.

Hal Kahwin: Adakah jodoh itu akan datang dengan sendirinya? Persoalan ni mula menyerang akal tunjang aku, bila ada kawan yang baru kahwin(raya kelima masa itu, puan Diya) memberitahu… hang bila lagi? hohoho… aku geleng kepala. Apsal? Kerana aku rasa soalan ini lebih susah daripada ujian UPSR! Full stop. Pastu otak mula melayang… See diri sendiri kejap-OMG, sekarang umur aku dah 23 tahun. Ada ramai kawan lelaki…tapi tak hu-ha terlampau. Kat pacebook jek la boleh kutuk sesame sendiri. No couple. And no plan untuk kahwin. Single, available dan 50:50 untuk falling in love. Tak percaya? Ti aku nyanyi lagu Percayalah by Siti Nurhaliza.

Jujurnya, aku memang pernah terjebak cintan cintun ni-start form five… then, pas abis SPM, lelaki tu ajak aku kahwin?! Gila, gila… Even mak dia cakap lagi… apa kurangnya anaknya itu… ada rumah dua tiga bijik, kereta, pekerjaan yang Ok. Tapi, aku tolak mentah-mentah. Apa kau hanya pikir anak kau jek, so aku ni? Kalau terjadi paper in future, saper nak tanggung… dah la rasa tersekat nak sambung belajar. Kalu aku ada anak ti, tak ke haru. Takkan la aku nak kerja kilang kot, classic sangat nampaknya. Ingat aku berlakon drama ker… *Choi, matang tak aku time tu.. kahkahkah. Tapi kawan aku siap cakap yang aku ni tolak tuah. Ader aku kisah? Kau nak, kau la kahwin dengan dia.


Bila aku masuk kolej, ada gak la bebudak sekolah ajak couple. Tak ada kabor berita setelah setahun dua, tak alih-alih one day call: ‘Weh, couple jom.’, memang jawapan aku kawan sampai mati la. Sempoi gila selamba, tak payah buat script. Ada yang sanggup tunggu sampai abis belajar, aku dah cakap dah… aku tak boleh. Aku just gitau yang, gilah kau gi cari orang yang lebih better daripada aku. Kenapa? coz bagi aku, kalau aku kawan ngan kau… kita kawan forever. Jangan nak ubah status: in relationship. Kau pandang aku, aku pandang kau- Memang tak boleh la! Memang aku tak layan. *Kira aku ni baiklah kan… tolak awal-awal. Pastu raya, mintak la map.

Dan kenapa aku tolak diorang ni semua? Syhhh, jangan gitau mak aku lak… start dari lelaki ajak aku kahwin tu la… aku memang pantang datuk nenek aku nak ber-couple-gapal ni. Bagi aku, kalau aku terima lelaki tu (something like kawan or couple)-aku memang target yang dialah my future husband (sehidup semati gitu). Yeah, walaupun aku dan dia, what we call in mengenal hati budi. Tapi aku tak boleh, aku tetap anggap yang dialah masa depan aku, dialah my happy ending ever and after. Susah kan. Sebab tu aku lebih rela jalan tengok lantai. Ehem, jangan bebuat ignore, lelaki sekarang ni pandai menggoda tau tak. Euww, tak rela mak!

Disebabkan anti couple, kawan aku suggest aku patot ‘try’: mencuba. Just be kawan… bila dia ajak couple, terima. Accept tanpa pikir lapan juta kali… Try in seminggu, sebulan or susah sangat buat kontrak! Ahhaha… cam dalam novel-novel cinta kesukaan dia jek tu. Hurmmm… dia tanye target aku kahwin bile. Aku cincai la jawab, sebelum 25. Standard ar kan… pastu dia aim aku bahawasanya telah ada seseorang lelaki before januari next year (2014). Uhuks! Mana aku nak cekau anak teruna orang? 

Aku pernah urakan kat kakak, emak yang kalau umur aku dah 25 tahun, dan masa itu not in any relationship. Carikanlah and terimalah lamarannya… gila-very gila-baik-gila punya idea. Tak terdesak tapi … who known’s. Mungkin dari situ, sebenarnya dialah jodoh terbaik untuk aku. Ye dak? Siapa tahu. Ajal pertemuan di tangan Allah.

Dan aku tak lupa berdoa kepada-Nya, bahawa aku bukanlah perempuan sesempurna mana. Tak teguh imannya macam wanita solehah lain, tak cantik, tak ayu… tak bagus and apatah lagi bajet cool mana. Tapi, temukanlah aku dengan orang yang teguh imannya kepada jalan Allah yang dapat bimbing aku dunia akhirat. Itu yang penting. Pastu barulah pikir hal rupa, harta, taraf… dan one more thing, dia dan keluarganya terima apa seadanya keluarga aku, dan aku akan terima seadanya dia. Fuh, mengancam punya ayat. *tapi betul apa aku cakap, take note.

Walawei, membebel jek kan aku ni… tapi apa boleh buat. Blog nilah aku anggap macam tempat curhat gitu:
Apa aku tak puas hati… nak marah-tak boleh. Sebab aku bukan jenis pemarah.
Bila rasa nak bagi penampar terajang satu dua-tak boleh. Sebab tak berani.
Nak kutuk-kutuk-aku tak suka. Tapi aku akan menilai diorang.

… so, ginilah aku. Taip selagi rasa rajin nak taip. May be one day if aku da 60, 70 years… timetu nyayuk-dementia ker… aku boleh baca balik apa aku tulis. Bravo…baravo. Good job!

p/s: Aku pernah pegang satu fakta sampai umur aku 21 tahun…yang mungkin korang tak caya. Guess what? Aku anggap bila si perempuan kahwin dengan si lelaki, everything (kenduri, hantaran, makanan) adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengantin lelaki. Si perempuan boleh goyang kaki sambil makan ayam goreng KFC. That’s why aku pikir kenapa ramai lelaki bila ajak kahwin, diorang akan lari subject. Tengah kompol duit… Hahhaha… Dan bila kakak aku kahwin, barulah aku tahu hakikat sebenarnya. OMG, jangan salahkan aku!


Comments

Popular posts from this blog

Cara buat Pengekalan Nama / Retention of Name

ME: Example of resign letter/ Contoh surat berhenti kerja

Solat subuh tiga rakaat