Posts

Showing posts from June, 2013

Translate

Cik Tina

Image
Assalamualaikum. Inilah cik tina! sajer nak wat promosi...

Aku pergi service motor.

Image
Assalamualaikum. Hey,aku dah servis motor! susah gak nak carik tempat untuk bahagian motor ONLY. Coz kebanyakan-nya focus utamanya pada repair kereta. Benci betul. Sebulan merayap untuk carik... lastly, Alhamdulillah. Aper jek aku buat: -tukar minyak hitam -tukar plug baru -tengok brek -cek rantai -tayar (dia kata OK lagi). So, semuanya RM 33.00. aku siap ada baki isian minyak hitam tu tau... so, next two weeks aku boleh save sikit. Hehehheh.... Uncle yang pomen tu pun friendly.  So, my reblack (red + black) = sedia untuk di pacu. Bye!

cerpen: lelaki bermata biru

Image
Seperti kebiasaan, stesen KTMB Kepong sesak dengan orang ramai di waktu petang. Suasana harian untuk orang yang bekerja balik ke rumah masing-masing. Kembali pulang ke sarangnya. Sambil memegang tali beg belakang, aku berlari menuruni tanggga demi mengejar kereta api yang baru sahaja berhenti. Menambah kelajuan, akhirnya aku berjaya sampai masuk sebelum pintu ditutup. Nafasku kencang akibat kepenatan. Mataku mula meliar di dalam kotak putih itu. Melihat sekeliling untuk mencari kerusi kosong, tetapi hampa kerana semuanya sudah diduduki. Namun mataku tertacap pada suatu ruangan yang lebih lenggang berdekatan dengan bahagian lelaki. Dengan cepat, aku berjalan ke arah itu dan meletakkan beg belakangku disudut atas lantai. Aku mengeluh perlahan, lega kerana sempat sampai tepat pada masanya, walaupun hampir-hampir ketinggalan. Bila kereta api mulai bergerak ke hadapan, aku mememegang tiang besi yang tersedia. Dan sejenak, terasa sesak selepas menarik nafas yang menusuk oleh...

Saat kita bersama: I missed you!

Image
Assalamualaikum. (Pix-gambar raya tahun 2009/2010) “…I could stay awake, just to hear your breathing… Watch your smile, while you are sleeping, While you're far away dreaming …I could spend my life, in this sweet surrender, I could steel this moment, Forever… Where every moment spends with you Is moment I treasure…” ‘R.I.N.D.U—G.I.L.A’ Kalau kita dok jauh daripada family memang amat mencabar bagi yang perhubungan seerat ini. Seb baik aku tak dok seberang benua, kalau tak! Kalau tak! Kalau tak menangis, aku meraung. Huhuhuu, dok kat Malaysia pun dah rindu bagai-gane tu. Kitaorang beradik (lapan orang), memang ginilah. Balik kampong jek kecoh satu rumah, sampai jiran sebelah pun ade jenguk-jenguk sekali untuk tahu apa yang meriah sangat. Diorang cakap: kalau ada gelak tawa, gelak sampai mengalir air mata-ada la tu sorang dua yang balik. Kalau bagai nak pecah satu rumah, mesti semua balik la tuh. Ada ke patut. Tapi, itulah reality-nyer. Seb bek s...

Denim Jacket: Kembalikan Rock yu'uuu anda

Image
Miranda Kerr-super sweet Assalamualaikum. Amacam? Cute giler kan Miranda Kerr pakai baju denim jacket and maxi dress. Memang nampak jiwa muda versi ayu rock tahap meleleh kan. Hohoho... tetiba self esteem naik mendadak even aku bukanlah si pemilik yang di puji. So, tak rugi la kan kalau aku gi beli denim jacket masa tu, entry lepas... Sempoi! Taddaaa. Nilah jacket aku (yang kanan tu): Biasa-biasa jek kan. Aku actually suka kat cutting dia yang ada kat depan (seperti di dalam gambar) dan belakang (seperti tiada di dalam gambar). Hhehhe, jangan marah. OK, Aku malas nak cakap banyak la... mari kita citer pasal denim jacket/ jeans jacket. Jessica Alba and Heidi Klum pun sambut seruan aku tau... Ahaks! Selebriti Hollywood pun rilex jek pakai benda alah ni kan. So, aku pun semakin terasa bersemangat yang berkobar-kobar la nak gayakan ni. Heheh... korang jangan jeles keyyy. Untuk nampak sedikit kemelayuan-nya, boleh try ngan maxi dress, Untuk yang jenis gila ranggi cam aku, ...

Lukisan aku

Image
Assalamualaikum. Terbabomm! Hah, inilah lukisan original versi aku-tapi ayat versi orang lain. Kokokoko… aku sebenarnya lebih minat wat lukisan gaya gini daripada lukish’ gambar orang. Dan kalau pemandangan pokok/ laut/ pantai/ gunung-bukit, aku suka gak. Sebab aku tak suka lukis gambar orang? Banyak sebab dia: 1-       Aku kalau lukis muka orang mesti jadik muka Brad Pitt, nanti mesti korang akan terlanjur perah santan-nya. 2-       Nanti kalau aku telek kau lelama, mesti dan mestinya ada yang falling in love. Kalau kau tak, aku mungkin yang terjatuh. Korang suami orang? Naya aku. 3-       Daripada aku lukis gambar orang, lebih baik aku lukis gambar sendiri! 4-       Suka hati aku la, aku nak lukis apa. 5-       No reason. Lukisan aku surely hanya untuk suka-suki, mana ada orang nak beli ye dak. Kalau soploh sen satu, maybe diorang nak la...

Jangan memandang halal begitu sahaja.

Image
Assalamualaikum. Aku ni sebenarnya rajin bila bab jejalan dan menderma kat kedai or butik yang jual baju segala. Almaklumlah, ter-lebih kaya (uhuks!). Actually, kitaorang nak carik kedai pomen motor berdekatan sini… tetapi bila puas gi sana-sini. Takde! Dan hanya banyak kedai service kereta, kereta, kereta dan kereta lagi. For not wasting our time, kami bawak motor gi KTM berdekatan dan nek Train plus Monorail ke Berjaya Times Square. See? Motor kemana, kitaorang ke mana… carik kedai pomen moto pun sampai ke shopping mall, agak-agak boleh jumper ke? Memula ingat sajer nak cuci mata sambil exercise kaki. Sempat gak keluar Rm50.00 coz nak top up kad Touch and Go… FYI, semuanya hanyalah impian tinggal impian coz diorang cakap; ‘Harap maaf, perkhidmatan kad Touch and Go menghadapi sedikit masalah perkhidmatan. Terima kasih.”  Kasih di terima wahai sedaraku… So, cuba untuk sorok duit yang sangat berharga itu. Tapi, bila sekali dah beli cardigan ungu yang just soploh hinggit: Ca...

Fashion: Headband

Image
Assalamualaikum. When i see those type of headband by the models. I like... so cute! Wanna try, wanna try, wanna be me. Can, meh? ‘Confidence is high. Repeat. Confidence is high'. Hehhehehe. But, of course in my own style. Yup. Be ready. FYI, talking about headbands... i don't have one. None. I'm serious. And i'm bit disappointing actually. Did my project gonna be only a dream which cannot be achieve? Huhuhuuu... So sad. Luckily. Idea coming. When my critical thinking work on. Oh, My lovely maxi dress is everything. I use the belt as a headband! Efforts must be double to make the belt like a headband. Just look and be surprise. Scroll down, please. Theme: vintage! Give me that award! Tell me something i don't know. Cheit. Hahhahah... Delete that, delete that. Do not be so proud okay. That's not good. : ) Anyway, everything it's so awesome and cool. Bye!

Bila aku membebel

Assalamualaikum. Hey, dua hari lepas aku der kelas. You know what? Aku bangun lambat pagi tu... Tu pun sedar bila my house mate nak gi mandi. Terus kelam kabut capai towel n mandi ala koboi + pakai jek baju si polka dot (baju jenis ni tak payah iron)... Hahhahahh... Sumbat kunci, id dalam lappy punyer case Dan out. Cepat-cepat!!! Bila dah masuk dalam lif.  Aisey man, aku tertinggal handphone-lambat+dendam coz alarm tak bunyi tadi. Aku pun boleh hidop la tanpa benda ni semua. Challenge yourself, dude. Aku teruskan niat turun ground floor and start merempit. Then and then, aku langgar jek lampu merah- op kos bila line clear! Maap la yer, den dah lambat dah ni. Sampai kat train, bayar parking... N tetiba tengok duit kat tangan just de empat hinggit! OMG, seb bek tiket-rm2.90. Dengan seringgit tu la aku merentas pagi yang dingin (aircond dalam train tu sejuk giler). Acid juice dalam perut pulak siap sedia merembes keluar. Laporrrr... Tak breakfast lagi. Uhuks! Sampai sane, orang yang j...

Doa untuk kaum wanita yang kedatangan haid

Image
Assalamualaikum, P/S-rerajin kan diri untuk membaca. OK!

Pandangan wanita: Lelaki dan sex

Image
Assalamualaikum, Ini cerita beberapa minggu lepas: (UNDER 18 Y/OLD-panduan ibu bapa amatlah di perlukan). Toing! Apa benda di orang tengah cakap nih. When you're pregnant, sometime will you felt horny? Soalan yang tak berapa nak cepu masnya bila kawan aku, tanya sorang kawan lagi yang baru tiga bulan mengandung... Aku yang terlibat sama dalam situasi kencang tersebut, dengan innocentnya kena dengar sekali. Tajuk luar alam dah ni... perdana menteri Sovoskadialaperkasa pernah berkata: ilmu ada di mana-mana, so 'kena' dengar nih. (lebih-lebih lagi bila story tentang...ehem-ehem). OMG! But, bila over limitation mind aku nak download semua apa yang syok di chit-chat... banned and sensor bangang punyer jalan cerita: "Oh come on beb, calon suami pun tak muncul-muncul lagi korang nak cerita pasal sex theraphy!" Bila cik pikir macam itu, Ayat balas daripada kawan aku: "Oh come on my friends, ini for your future la. One day, you'll gonna to face it fo...

Cerita di Facebook.

Assalamualaikum. Beberapa hari yang lepas, aku ada bebrapa kali free time. Rasa macam tak ada benda nak dibuatnya. Pelik jugak time tuh, but i like it. Jadiknya, aku pun dok men stalking Facebook orang lain. What a wonderful task i had done! Mungkin wall korang tersenarai gak… And banyak aku nak komen pasal FB nih. Lagi-lagi part der some ayat yang sampai geli tekak aku nak membacanya! What the awkward moment do you think you are untuk buat post gaya gitu? If diorang tak feel awkward-nyer, aku sendiri yang rasa. Sampaikan aku sendiri tak percaya yang aku telah terlihat atau membacanya pada hari penuh bersejarah tersebut. OMG, I wish you wouldn't do that, my friend.  Apa tanya korang la, apa pendapat korang bila baca ayat like: Nak masak apa hari ni? -OMG, itu tak pelik ker? Sorang menyulam kasih sampai gedik terlampau. -Psstttt, tu pun nak post ker? Story pasal gaduh pakwe makwe plak -Itu pun nak kecoh ker? Ada mengamuk caci cikgu coz kena berhenti school -Kn...

Dessert: Cendol Bujang.

Image
Assalamualaikum. Hallo ha! Sekarang ni cuaca tak menentu… jap panas betol, kejap hujan lebat-selebatnya. Then, kaadang-kadang malam tu sampai berpeluh-peluh tidur-macam mimpi di kejar Xena(gempak Starz). Aku pun tak tau kenapa dia kejor aku, mesti dia jeles la tu…. Aku kan lawa. Kahkahakah. Ingat nak jimat bil elektrik bulan ni… tapi, dek kerana panahan matahari yang (*^%&%) maka kipas telah menjadi watak utama. Apa boleh buat. Lumrah kehidupan… Cut. Masa lepas dinner hari itu dan sedang kitaorang chit chat pasal hal dunia… ada kawan aku siap offer nak buat cendol. Kitaorang pun, rezeki jangan di tolak dan musuh jangan di carik. Nama cendolnya pun unik bin pelik- ‘Cendol Bujang’… biasa cendol mesti ada gula merah ++ santan ++ pulut ++ aiskrim! Tapi, dah katanya bujang trang-trang… so kitaorang tak de la nak collect tu semua dalam almari dapor. Takkan nak mintak kat Chinese dok sebelah rumah ni kan. Tak ke buat malu kaum jek nanti…Bujang pun bujang la kan. Ni first time a...

beg plastic VS beg kulit.

Image
Assalamualaikum. Beg oh beg… Hei, memang tak dapat di nafikanlah bahawa mungkin aku antara 1:100 manusia yang paling sempoi sedunia. Why? Semuanya hanya kerana beg. Op kos, beg dengan pompuan memang bagaikan air dengan tebing… tapi TIDAK bagi prinsip aku. Aku tak kesah pun kalau nak pakai ke dak. Dan aku actually lebih suka pakai beg belakang daripada handbag biasa. Nanti aku nak lari-lari or jalan-jalan senang coz aku memang tak suka ada benda kat tangan. Karang hilang: aku ingat kat sini tapi aku letak mana ntah. Dan biasanya untuk duit-phone semua aku sumbat  masuk poket. Amacam? Dulu waktu kat kolej-aku everyday pakai, tapi sejak bekerja… hampeh. Oh yes… sejak dua menjak ni, ke-sempoi-an aku makin bertambah… malas sebenarnya. Korang tau kan aku merempit gi kerja. So pakai handbag silang tepi memang amat membahayakan. Dan oleh sebab aku punya beg belakang gaya orang nak gi trekking, maka aku dengan rela hati just guna beg plastic! Aku pun sumbat la id, buku garis sat...