Search This Blog

Showing posts with label ucapan hari guru. Show all posts
Showing posts with label ucapan hari guru. Show all posts

Saturday, May 11, 2013

Happy guru-guru day


Assalamualaikum,


Motif gambar???
Masih misteri di pertengahan jalan.

16th May datang lagi...Special-for my cikgu... Kamu semualah...happy guru-guru day aku ucapkan.

Cikgu oh cikgu...

Seriously, tanpa cikgu tadika yang ajor A,B,C... Cikgu sekolah rendah ajo Kira-kira...1+1, 1x1... Cikgu kemahiran hidup, yang sempat menurunkan ilmu bercucuk tanam. cikgu pendidikan jasmani yang buat aku fit always sampai sekarang... Chooiiii! Cikgu sains yang sempoi buat jerok mempelam. Syok sangat.

Cikgu sekolah agama-absolutely membina tiang Islam yang aku pegang. Ajor sembahyang, subjek tauhid... Ibadat, b. arab hingga nembuatkan lidah aku terbelit-belit nak menyebutnya. Dua tiga orang cikgu ngaji mukadam Dan al Quran, ajor alif-ba-ta..

Cikgu sekolah menengah yang sweet Dan handsome-handsome sokmo. Almaklumlah aku sorang jek kot yang selekeh Dan... kematangan yang boleh dipertikai... Sob, sob... Cikgu sejarah yang digelar papa yokies ala cerita kartun telur yang popular maser tu. cikgu seniku yang cool sentiasa... Cikgu bi, subjek paling aku tak suka. Maap. Cikgu fizik-biology-chemistry yang selalu memeningkan kepala. Maap lagi sekali.

Lecturer kolej daripada serata dunia.. Tang rajin sangat bagi assingment dan suruh buat presentation sampai rasa nak bom jek satu ipts tu... And all kengkawan yang telah mengajar itu ini, mentor members dulu Dan sekarang.

Dan tanpa diorang... Takde la makna sekolah. Mak bapak korang pun tak mampu nak ajor semua subjek tu dalam satu masa kan. Lukis gambo pun orang lidi yang dah kebulur 100 hari tak makan.. Bab Algebra, sejarah melacca, cel-cel dalam badan.. Sains, ajor ngaji.. Hanya cikgu Dan gengnya ajer mempunyainya dan Akan memperlihatkan bakatnya... Awesome!

Saya (tetiba transform jadi baik) dengan ini mengucapkan terima kasih banyak Dan banyaknya atas jasa baik serta budinya ke atas ilmu Dan tunjuk ajar yang diberikan. Anak muridmu ini tersangat terharu Dan teramat sedih kerana tak dapat meraikan bersama-sama di hari penuh sejarah ini. Trimas cikguku!!! Terima kasih sekali lagi.. Dan lagi, kasih. Dan lagi.., lagi Dan lagi kasihnya.

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...