Posts

Showing posts with the label resepi rizalman astro

Translate

Mee kari Rizalman 2021

Baru tadi tengok pereka fashion terkenal, Dato Rizalman buat rancangan Ramadhan Pung Pang Musim Ke 2 dekat Astro. Rasa dia campak-campak tapi cantik kejadiannya. Lauk dia tadi adalah Mee kari. Nampak menarik gila, jadi kita simpan tepi resipi ini. Untuk makluman resepi ini tidak ada sukatan, jadi pandai-pandai sendirilah ya.  Mee kari Rizalman (Halalkan ya resepi dato)  1. Letak minyak dalam periuk, tunggu hingga panas.  2. Masukkan ayam yang dipotong kecil-kecil.  3. Masukkan rempah tiga iaitu kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih.  4. Letak daun kari sikit.  5. Lepas itu, masuk bahan basah iaitu bawang yang dikisar dan dicampur dengan serbuk kari. Masak sampai masak, pecah minyak.  6. Masuk lada kisar, ikut kepedasan sendiri. 7. Letak garam.  8. Masukkan santan, dan sedikit air.  9. Sudah mendidih, masukkan air lagi ikut larutan yang disukai.  10. Masukkan fishball kotak yang dipotong sederhana dan bulat-bulat itu potong dua.  11. Akhir, masuk isi kerang.  12. Penyediaan, mee be