Posts

Showing posts with the label mulakan buku baru dengan semangat

Translate

Buku Baru Mulai Dengan Indah 1444H Muharram

Image
Assalamualaikum, Salam Muharram 1444H buat semua! Alhamdulillah sudah habis amalan-amalan kita di tahun 1443H. Tahun yang indah kerana setahun lengkap berada di Mekah dan hanya pada bulan Ramadhan sahaja di tanah Malaysia. InsyaAllah, segala niat baik dan pahala yang diredhai dan dirahmati Allah itu menjaga kita sehari-hari. Halal dan haram itu sepanjang tahun tersebut, mudah-mudahan dimaafkan dan diperingat lebih kerap. Baiklah, teruskan Islam dan perjuangan di tahun ini. Doakan ya! Banyak yang terjadi hanya pada 1 Muharram hari ini. Kerjanya ialah tadi waktu malam. Jadinya, sambil-sambil jaga pesakit dan bagi ubatnya, sambil-sambil juga melihat penukaran Kaswah Kaaba. Indah sangat, waktu Mecca sekitar pukul 0100 pagi dan secara langsung memang disiarkan di setiap bilik pesakit. Sungguh berkah kerjanya, suka betul. Tenang betul, pastu bila melihat proses itu, mulut juga istigfar melihat Kebesaran Allah dan doa tak putus-putus agar hati ini tetap pada Islam dan kukuh. Aammin. Sebenarny...