Search This Blog

Sunday, May 15, 2022

Cara pilih bagasi idaman

Hai semua, 

Aku sebenarnya dulu seorang manusia yang rajin pot-pet kat sini tentang pengalaman hidup dan cerita-cerita yang menarik yang pernah aku lalui hari-hari. Tapi disebabkan aku terlalu fokus pada masa depan yang terlalu serius dan mencabar dekat dua hingga tiga tahun nih, aku simpan jelah benda-benda itu semua. Dan sekarang bila hidup aku dah kukuh dan ada banyak masa yang boleh digunakan untuk benda berfaedah, aku pon mulalah gatai tangan nak menaip panjang lebar dekat sini. Lindu weh! 

Blog nih wujud sekitar 10 tahun lepas, jadi bayangkan korang punya pertalian kawan yang dah 10 tahun, apa korang fikir ianya akan berlaku? Mestilah rasa nak melepaskan rindu sesangat. Kalau kahwin 10 tahun mesti dah 3,4 anak dan bahagia hingga akhir hayat. Dan terlalu banyak benda yang aku nak kongsi dan keterujaan itu masih hidup der. Fuh, perasaan bila menaip atas papan kekunci nih lain maicham betul. 

Sebenarnya topik utama kali ini ialah tentang bagasi, bahasa omputihnya luggage. Hah, aku tahu ramai dah telek peta tahun 2022 kali ni sebab selepas dua tahun Covid, dia punya travel mode tu off memanjang. Jadi bila Malaysia juga sudah open border pada 1 April dan tiada kuarantine dan so-on, sangat memudahkan ya. Jadi antara benda terpenting untuk melancong atau jalan-jalan satu dunia ini adalh mana nak letak barang-barang berharga korang itu kan. Maka bagasi adalah jawapannya. 

Sepanjang aku keluar masuk hotel luar dan dalam negara, dan masuk kepal terbang ke bas ke kenderaan awam lain aku dapat rumuskan pemilihan bagasi adalah sangat penting untuk senang dan keselesaaan bersama. Bawak bagasi nih macam bawak satu lagi kawan, yang tak bernafas dan mati tapi penting. Hilang bagasi naya wooo... Boleh tak tidur malam, boleh gaduh dengan kawan, boleh hentak kepala kat dinding.

Baiklah, sekarang antara bagasi aktif aku ada tiga. Satu, warna hijau yang untuk 'cabin baggage' dan kedua warna cream saiz 24 inch dan satu lagi paling besar hijau adalah saiz 28 inch. Aku punya yang hijau beli kat Airway brand Malaysia dalam harga Rm 300 tak silap dan yang cream tuh tumpang kawan kat sini dapatlah dalam 90 Riyal. Banyak kekurangan dan kelebihan diantara bagasi-bagasi aku nih yang aku harap dapat manfaat pada korang semua ya.

Pilih bagasi idaman? Senang jer, tak payah pening kepala. Pertamanya ialah apa kegunaan utama bagasi korang tuh. Mestilah untuk bawak barang kan dan adakah barang-barang itu sukan atau ketenteraan yang besar-besar atau hanya rakyat mahrem yang penuh baju stylish jer. Then, macam aku rakyat biasa, ambil saiz 24-26 inch. Ini terbaik, sebab ialah macam AirAsia, MAS hanya 20-25 kg maksimum satu bagasi. Macam antarabangsa boleh sumbang 23kg biasa dan VIP ke boleh sampai 38kg satu bagasi.

Kedua, apa bajetnya pulak? Beli bagasi kalau mampu boleh beli mahal. Kejar kualiti dia tuh tapi kalau tak mampu ikut macam aku, Rm 100 dah dapat dah satu bagasi yang cukup bagus. Korang tak payah beli yang riban, sebab hayat bagasi hanya sekitar tiga ke lima tahun. Yelah ikut logik akal, masa nak kutip beg kat 'luggage claim' adalah antara senario kekukuhan satu bagasi itu ditunjukkan. Ada yang pecah-ada yang terburai macam baru lepas eksiden, diorang baling je ikut suka okeih. 

Ketiga, kena tau nak pilih bagasi jenis kain ke atau keras tu ker atau separa keras ke. Ikutlah, banyak dah pilihan sekarang. Bab roda pon kena telek okeih, nak ada empat roda senang nak kawal atau dua roda untuk tarik pula. Roda tu nak berapa besar dan bleh ke tampung bagasi yang berat muatannya, ini anatara sebab aku ajak korang pilih 24-26 inch bagasi yanga macam atas tuh. Dan zip tuh, cek la siap-siap dan ada tak TSA lock, dan warranty yang ada.

Keempat, pilihan warna. Kalau warna putih, cream dan kuning yang cerah-cerah senang nak nampak hitam-hitam calar nya. Klau warna gelap macam hitam, biru pekat dan macam aku hijau pekat tak ada la nampak kotornya. Tapi kalau gelap, korang buatlah conteng-contengan untuk buat tanda, letak reben ke apa ke. Sticker semua pilihan yang ada, Kenapa? Sebab bukan korang je pakai jenama dan warna tu okeih. Jadi be smart dan pandai okeih.

Kelima, rasa dah tau pilihan mana nak ambil-korang angkat luggage tu dengan dua tangan. Sebab kenapa, inilah bagasi yang akan korang angkat masa nak timbang berat. Masa kat imegresen, kastam dan laluan penuh duri masa nak keluar masuk mana-mana negara. Jadi, siap sedia testing power...tu belum ada isi dia lagi, ada paham ini maksud? Hahhhaha. Semoga berjaya yer bro dan sis semua. Buatlah pilihan yang betul.

Kalau korang jenis backpaker, lagi bagus. Tapi kalau nak berjalan dalam seminggu keatas dan perlukan banyak baju dan alatan ynag lain maka bagasi adalah pilihan terbaiknya. Pada pihak polis yang jaga bahagian periksa-memeriksa nih minta jasa baiklah tolong angkat sekali, aku rasa macam nak nangis angkat 28 inch dengan 38 kg beg balik Malaysia sorang-sorang atas mesin tuh. Nasib ada satu manusia uniform yang tolong, terima kasih banya kali aku ulang kat anggota Kastam Johor Senai Airport tuh.

Kisah menarik aku dan bagasi yang terbaru, orang tengok aku pelik semacham jer dengan tiga beg besar sorang-sorang kat airport. Diorang tak tahu susah senang nak bawaknya, paling lawak aku kat KLIA2, malas nak ambil trolley untk bagasi. Maka aku cantum beg pling besar dengan yang kecik dan yang cream tu pada tangan lain. Masa nak turun ke Level 1 Door 5 untuk grab services, bagasi aku ikut sama bergerak, tangkas kekuda aku beraksi-yang lain aku doa dalam hati. Hhahahha, selamat.

Baiklah, lain kali aku cerita lagi ya. Jumpa lain kali.

No comments:

Post a Comment

-please share your thoughts here, dude

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...