Search This Blog

Monday, September 20, 2021

Pengalaman Madinah Sept 2021

 Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur buat Allah Yang Maha Esa kerana diberikan masa dan tenaga untuk menjalankan umrah dan ziarah selama dua hari bercuti kerja. Walaupun banyak dugaan sebelum bercuti, iaitu cuti tidak diluluskan seperti yang dirancang. Yelah, walaupun kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan. Tetapi hasil doa dan usaha tukar ganti hari, berjaya juga. Alhamdulillah, saya bersama kawan-kami berdua memulakan hari dengan membuat Umrah pada 13 haribulan sebelum kami bertolak ke Madinah keesokan harinya. Pengalaman Umrah nanti saya kongsikan di laman lain ya.

Pada 0600 pagi-14 haribulan, kami keluar daripada hotel Movenpick Mecca dan terus berjalan kaki ke bahagian teksi dan menuju ke stesen keretapi laju Mina "Train Station Jamarat Mina 3'' sejauh 10 minit. Tambang ke sana lebih kurang dalam 16 Riyal dengan Uber dan Taxi maksima adalah 30 Riyal. Jika mereka meminta lebih sehingga 80 Riyal seperti kami ''kena'', hanya hulur 30 Riyal dan keluar. InsyaAllah, niat kita baik dan bukan untuk menyekat rezeki orang lain. 


Tiket kami adalah pada pukul 0700 pagi, dinasihatkan  juga di sini untuk sampai 20 minit sebelum. Ia bagi menggelakkan pintu ditutup dan tergesa-gesa tanpa sebab. Untuk berjimat, boleh ambil sarapan pagi siap-siap di hotel atau juga boleh membeli di dalam keretapi. Harga untuk satu cawan teh dan dua jenis sandwich adalah dalam 13 Riyal. Murah bukan? Beli tiket keretapi tempah secara atas talian di web: "Haramain High Speed Railway'' . Pergi ke Travel dan Book a seat. Dan pilihlah yang berkenaan, harga lebih kurang 172 Riyal per head Economy dan Business 287 Riyal. 

Sampai ke sana dalam pukul 0900 pagi, kami terus naik Uber 24 Riyal ke City Sightseeing Madinah, dan tempah baas Hop On Hop Off harga 80 Riyal sekepala untuk 24 jam guna. Dan waktunya ialah dalam 0400 pagi ke 1200 tengahri, dan mula balik 0400 petang ke 1200 malam. Satu perjalanan mengambil masa 2 jam dan ada 16 bahasa untuk dipilih. Bahasa Malaysia ada ok! Ada juga 12 spot spesial untuk dipilih. Jika turun di suatu tempat, akan ada bas selepasnya 30 minit atau sejam selepas itu. Jadi, hargailah masa yang ada.

Kami tidak turun kerana masa sampai adalah bas terakhir, jika tak nak ''stranded'' sampai pukul 0400 petang, tak payah lah. Jadi kami hanya duduk atas bas dan nikmati pemandangan dan hayati. Selepas itu, turun sahaja daripada bas terus telefon kawan untuk tumpang hotel. Mereka sudah ada di Madinah sejak semalamnya. Jadi, dapat hotel free! Kebetulan sampai, ada cleaning services. Terus minta tuala lebih. Lepas itu, siap-siap dan ke Masjid Nabawi untuk Zohor.

Masa mula-mula masuk perkarangan Masjid Nabawi, Allahu Akhbar! Rindu. Sangat tidak ramai dan bersesak-sesak macam dulu. Tempat letak kasut pon kosong. Allah. Didalam pula, jika dibaris rapat-rapat mungkin hanya dapat empat-lima barisan penuh. Dan kebetulan masa kami sampai, baru sahaja mulai untuk mengembalikan air zam-zam ke Masjid dan persekitarannya. Cantik urusan Allah. Tersentuh hati dapat solat dan sujud di Masjid Nabawi.  

Selepas solat, kawan ajak untuk membeli abaya. Kami tidak membeli di Taiba pusat beli belah, kami membeli di persekitarannya. Hargai mereka dan untuk merasai suasana dulu. nayak kedai tutup dan sangat kosong jalan. Selepas itu, beli makanan bungkus di Chickling Madinah untuk lunch di hotel  sementara tunggu Asar. Disebabkan lambat proses beli jual dan leka membeli belah, hanya sempat Asar di hotel sahaja. MasyaAllah. 

Pukul 0400 petang kami turun untuk menaiki kembali Hop On Hop Off, 24 jam kan boleh guna tiketnya! Sepanjang perjalanan, kami sempat turun di Bukit Uhud, Masjid Qiblatain dan Maghrib di Masjid Quba. Alhamdulillah, walaupun hati ingin juuga ke Masjid Handak. Suasana sangat sunyi dan orang yang bejualan kurma segar tiada di jalanan, dan hanya jualan kayu sugi dan inai dan juga kekacang. Itu pon hanya empat ke lima peniaga.

Sehabisnya dalam pukul 0700 petang, bergegas balik ke hotel dan bersiap mandi untuk solat Isyak di Masjid Nabawi. Alhamdulillah, sempat. Dan masjid akan ditutup pukul 0830 malam, jadi hanya boleh berada di perkarangan masjid untuk proses penyucian seluruhnya. Moga-moga cepatlah Covid ini reda dan manusia hidup seperti sebelumnya dan tiada penutup muka bagai ya. InsyaAllah. Kemudian, kami jalan-jalan di Taiba dan belilah jubah dan keperluan lain.

Pukul 0930 malam, kami balik ke hotel bersama makanan dan bersiap-siap untuk Raudah. Untuk masuk Rudah, kena tempah di Tawakkalna Saudi aplikasi. Masa kami di pintu 37, perempuan, hanya 30 minit daripada 1100-1130 malam, datanglah awal untuk masuk tepat waktu atau jika terlalu ramai, akan perlu ikut barisannya sehingga satu ke dua jam. Alhamdulillah, kami hanya menunggu hingga 40 minit sahaja. Rindu Ya Allah melawat Rasullullah. Berjujur air mata berdoa di Raudah. Dulu susah nak lama, masa 30 minit, rasa lama jika ikhlas. Solat taubat, solat syukur, doa sebanyak-banyaknya. Syukur!

Selepas itu, pusing satu pusingan Masjid Nabawi tengok orang cuci Masjid. Rezeki mereka dekat dengan Rasulullah dan para sahabat di perkuburan Baqi'. Selepas itu, balik hotel dan sambung minum air teh dan kemas-kemas barangan. Tidur kena awal juga sebab nak kejar Subuh, disini dalam pukul 0430 pagi. Barang tak banyak beli, jadi senang kemas. Bagus sekali. Malam itu, tidur lena selena-nya. Indah sangat, luah semua kat Allah. Ada rezeki datang Raudah lagi, lawat Rasulullah.

Pagi pukul 0400 pagi, bangun dan pergi Masjid Nabawi untuk solat Subuh dan berada di dalam masjid lama sikit sampai pukul 0530 pagi dan tengok payung perkarangan buka. Cantik, bagaikan bunga mekar di pagi hari. Indah ciptaan manusia, indah lagi ciptaan Allah yang menciptakan manusia dan sisi langit yang mula menerangi bumi. MasyaAllah. Sempat tangkap gambar sebagai kenangan di kemudian bila rindu Masjid Nabawi. 

Selepas itu, kami berjalan di perkarangan luar masjid, dan balik ke hotel. Mandi, siap-siap dan kemas untuk balik ke Mekah. Minum air alas perut dan naik Uber ke stesen keretapi. Macam biasa kena sampai 20 minit sebelum waktunya ya. Kami punya tiket pukul 0930 pagi. Dan sementara menunggu, sempat beli Starbuck sandwich. Beza kedai sini dan Mekah adalah Madinah lagi murah daripada Mekah seperti cawannya. Tapi ikutlah, kita beli makanan je. Baiklah, itu sahaja pengalamannya, ada rezeki kita jumpa di Umrah Mekah pula. InsyaAllah. 

3 comments:

  1. Assalamualaikum sis. ttg uber. masa kita booking akan ada harga siap2 ke? ada possibility driver uber mtk lebih tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Uber mmg akan state brapa harga kne bayar range. So da tau da harga brapa.. Quiet safe if lost item and sng nak budget.

      Delete
    2. Fyi, utk drpd luar nak ke kaaba snng dpt uber. But if you stay near kaaba or done unrah and want to go out, your uber cant get you... No access. Kne jln jauh skit kluar drpd area situ. Gitulah

      Delete

-please share your thoughts here, dude

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...