Search This Blog

Friday, March 19, 2021

Manusia tanpa dosa


Hey,

Saya selalu berkata pada diri sendiri, ''please keep your life private then you'll appreciate the meaning of freedom in mindset". Kenapa? Sebabnya adalah kerana manusia itu sendiri. Manusia orang mempunyai mulut, mata, tangan dan minda... tetapi kita tidak tahu bagaimana itu semua boleh merosakkan manusia yang lain walaupun orang itu kenalan atau mungkin darah daging sendiri. Manusia, dia itu adalah manusia. Pada pandangan halus, manusia memakan daging manusia sendiri. Kenyataan berbunyi salah, tetapi kebenaran disebaliknya.

Melihat pada dunia yang semakin hari semakin liar, tidak terkawal dan manusia berfikir hanya menggunakan nafsu semata-mata. Saya tidak boleh terima keadaan seperti ini, saya tidak mahu hidup berlandaskan itu. Pada mendapat wajah kepura-puraan, senyuman talam dua muka, dan menarik dosa pada setiap hari. Ini bukan kehidupan yang saya kehendaki! Tetapi, apa mungkin 20% selebihnya pada manusia di dunia ini ada memperjuangkan fakta dan kebaikan isi dalam kehidupan mereka? Ya, saya yakin masih ada yang akan menghargai manusia yang lain. 

Adakah saya terlalu negatif, berfikiran sempit? Tidak. Saya hanya memelihara kehidupan sendiri daripada manusia sejenis ini. Saya ingin hidup tidak dijajah dalam berfikir, dalam melakukan sesuatu yang saya sukai. Saya berhak mendapatkan 20% sisi baik dunia, saya mengejar keharmonian itu. Melangkah yang tidak habisnya, 30 tahun saya berjalan dan kadang-kala berlari. Saya penat, tetapi saya percaya... kehidupan yang saya kehendaki itu wujud, ia menanti saya dengan tangan terbuka. Dan, saya akan terus berlari selagi kaki ini mampu menapak sejauhnya.

Manusia selalu berfikir bahawa merekalah insan yang terbaik di dunia ini, setuju? Siapa hendak mengaku dia adalah manusia penuh masalah, keluar penjara, tiada pekerjaan, tiada duit, tiada anak, dan ruang buruk lainnya. Tidak, manusia zaman sekarang tidak diajar begitu. Mereka akan menolong dalam mempamerkan pada yang lain, taipan maya dalam mencaci, memandang sekalis yang menghukum, kegembiraan penuh tapisan,... Tetap berkata, mereka manusia yang baik. Tetapi adakah benar mereka manusia tanpa dosa? 

Atau, mereka hanya ingin hidup dalam angan-angan yang mereka sendiri tidak mampu capai.

No comments:

Post a Comment

-please share your thoughts here, dude

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...