Translate

Blog: Kau post pasal apa?


Assalamulaikum.

Today kita chit chat pasal blog. Ada apa dengan blog? Apa yang korang post hari ini?
Satu benda yang ‘best’ pasal menulis kat blog ini adalah korang boleh post semua benda yang korang suka. Macam diari yang di internetkan… ada privacy dan ada setting public. Macam-macam boleh korang jumpa. Zaman sekolah yang gila-gila, kisah putus cinta dan frust menonggeng, binatang peliharaan yang ingat comel la tu, fesyen, buku-novel cintan cintun… Kalau korang geram teramat dan nak kutuk budak satu rumah korang pun boleh… asal jangan dia baca korang punyer post udah. Hahahh… 

Untuk aku, aku akan post apa yang aku lalui dan benda yang rasa (aku rasa) patot sesangat untuk sharing. Sharing-caring-and-loving. Terjiwang santan la pulak. For sure aku akan post pasal anak sedara (cucu dalam keluarga kami), bila aku gi merayau tepi jalan, routine hari-hari, makanan ker, baju yang aku fesyenkan, dan everything pasal diri aku. Berlagak macam ada pula orang nak amik tau kan… tapi, look like I care? Kalau paparazzi sibok nak korek citer Selebriti-aku gali lubang sebelah (berlagak ‘Diva’). Tapi, aku punya limited edition… apa yang aku post, itulah korang kena baca. Tak puas hati? Nak gadoh, jumpa kat simpang luar.

Done.
So, seperti yang aku cakap diatas… post kali ini: Maxi dress mustard color yang aku baru beli kat Times Square.


Baru sekali pakai…terasa aku terlebih ke-ayuannya! OMG, sila lempang diri sendiri.
Harga: around Rm40.00
Nak? Sila beli sendirik.

Comments

Popular posts from this blog

Cara buat Pengekalan Nama / Retention of Name

ME: Example of resign letter/ Contoh surat berhenti kerja

Solat subuh tiga rakaat