Translate

Rumah. Kongsi pengalaman beli rumah.

 Hai. Bersambung daripada Part 1 tajuk Rumah. Layak atau mampu? 

Terus terang memang tujuan aku beli rumah ini sebab untuk tambah pendapatan. Aku masih stay oversea jadi beli rumah untuk duduk memang tidak berbaloi, jadi aku beli memang untuk disewakan. Jadi bila hendak sewa pada orang lain, benda pertama kena tahu adalah tidak wajib ya untuk rumah itu adalah rumah baru. Sayang betul kalau rumah baru, kenapa? Sebab satu mahal dan campur kos renovation semua dengan tambah maintanance semua. Lepas itu aklau dapat penyewa yang suka musnahkan harta benda awam. Pergh...Sure, menyesal. Jadi, aku tahu hendak sewa aku memang letak bajet bawah RM 300k. 

Sebelum ini aku pernah mention yang location dan harga rumah kenalah berbaloi! Aku survey rumah dekat tiga empat tahun sebelum buat keputusan beli rumah aku sekarang. Beli rumah bukan macam beli ikan dekat pasar. Salah pilih boleh merana seumur hidup. Beli kereta lagi senang daripada beli rumah, okay. Macam contoh aku bajet RM 300k, aku mula-mula target rumah condominium or flat. Lepas itu, aku fikir kalau area Kuala Lumpur mungkin dekat Rm 350k-450k untuk condominuim yang strategik. So, aku tukar arah pergi area dekat JB. Dan aku jumpa.

Rezeki aku dapat rumah dalam Rm 290k, lokasi sangat strategik dengan sekolah depan mata. Mall tepi jalan dan highway tepi jalan juga dengan banyak kedai-kedai makan yang bagus juga. Dan daripada rumah atas angin, aku dapat rumah landed. Sangat bersyukur! Aku tengok jiran bersih cantik kawasan. Tambah bonus. Aku tengok rumah selang dua tiga buah rumah tepi corner. Lagi kurang bising. Aku plan mana tahu aku hendak balik Malaysia, tiba-tiba hendak duduk sini. Kenalah fikir panjang. 

Bila rumah sudah pilih, aku agreed dan mula proses buat kira-kira. Bank lepas senang, kadang bila bank tnegok engkau duduk oversea dengan rumah sepapan dua. Kadang dia suruh beli rumah mahal sikit. Tapi, aku punya lepas. Tapi aku dapat interest tinggi jugak 4.4%, sebab aku clean suci sangat. Tahun 2023 aku settle bayar kereta. Tahun 2024 aku beli rumah. Satu-satu aku buat, itu yang masa apply aku punya tiada commitments. Aku tutup mata sahajalah.

Bila banyak gitu, aku minta henda bayar deposit 20%. Aku bayar RM 58K dekat bank. Campur legal fees RM 14.5k. Takaful mula-mula kira aku kena dekat RM 10-15k untuk 35 tahun. Aku try dengan bank adjust, aku cakap hendak bayar 20 ke 15 tahun awal. Dia kirakan untuk aku semua. Baru aku tahu kalau aku kurangkan tahunan, takaful cover juga kurang. Terus aku ambil 15 tahun, dan bayaran bulanan aku hanya Rm 1,912... Bawah RM 2k per bulan adalah sangat in budget sebab balance lain boleh buat investment baru.






Daripada sini, sebenarnya aku sangat bersyukur dengan financial intelligence daripada kaji-kaji pasal rumah ini. Sebab itu aku cakap beli rumah bila mampu bukan cerita pung-pang-pung-pang engkau layak okay. Bila mula bayar, aku tengok balik if.... aku bayar 35 tahun dengan RM 1,175 bulanan=RM 493k. Interest sahaja capai RM 241k. Memang boleh beli lagi satu rumah okay! Aku bayar 15 tahun dengan RM 1,912 bulanan=RM 344k. Interest ke bank dekat RM 92k. Kurang sedikit ajalah. Bagi sedap hati. 

Selain itu, aku memang hendak pendekkan lagi bayar rumah ini. Aku tengok principle versus interest kena bayar bank pulak. Kalau yang norms ikut orang lain-bulanan yang RM 1,175 itu, aku bayar principle adalah RM 263 sahaja dan interest RM 912 !!! Pergh, memang la lambat habis, semua bank telan. Aku punya? Yang bulanan RM 1,912 itu pecahan ialah RM 1,030 principle dan 882 interest. Jadi kalau aku bayar bank bulanan aku tolak range RM 1k. Aku ikat 180 bulan, RM 180k ++ sampailah ke RM 251k itu. 

Menariknya, bila aku tahu semua ini, makin berdebar-debar aku hendak langsaikan mortgage loan ini. Sebab bila you in the game, you know the rule and tricks... it make you play better. And allow find solution faster and win the trophy. Daripada aku punya loan tetapan adalah 15 tahun, aku mula plan hendak pendekkan ke 10 tahun. Masa itu umur aku akan jadi 44 tahun. Lepas itu aku fikir I can do it way better. Aku plan balik, aku hendak selesaikan jadi kepada in 5 years time. Lepas itu, aku macam eh... aku hendak settle kan within three years? Impian atau angan-angan? Moga-moga ia berjaya! 

Benda pertama aku akan serang adalah dengan membayar principle! In same time earn more from other investments. Pray hard and will update soon in 2024-2025-2026, see if I make it??

Comments

Popular posts from this blog

Cara buat Pengekalan Nama / Retention of Name

ME: Example of resign letter/ Contoh surat berhenti kerja

Solat subuh tiga rakaat