Masak lagi ke?
Hai.
Masak?
Teringat balik zaman sekolah, kami adik beradik memang setiap hujung minggu akan asing-asing kerja rumah. Ada bahagian kemas dalam rumah, basuh baju, lipat baju, sidai baju, memasak, basuh pinggan dan lain-lain. Aku? Aku ambil bahagian sapu sampah luar rumah, tanam pokok. Apa-apa aktiviti yang sedikit kerempempuanannya-hah, hamik confirm tidak ada dalam Kamus Dewan dan Pustaka. Memang diakui aku jenis agak kelakian sedikit masa zaman sekolah.
Sambung cerita zaman dulu, ada satu hari, abang aku suruh masak, resepi dia adalah ketam masak lemak. Masa ini semua da aktiviti masing-masing. Hadui, dulu tidak ada easy internet access macam sekarang. Aku cari buku resepi yang emak aku beli selalu. Puas aku telek, teliti... realitinya, aku masak hampir tiga jam ya! Sampai pecah lemak, sampai boleh jadi santan balik lah. Rasa dia aku tidak tahu, nasib sampai sekarang aku memang allergic spesis seafood ketam semua ini. Jadi ada alasan bila orang suruh masak benda-benda begini.
Lepas itu, ada sekali... orang datang rumah ke majlis kenduri, aku lupa. Emak aku suruh buat kopi. Kopi ya, aku tidak minum kopi, family aku bukan die-hard fan kopi. Balang serbuk kopi pun rasanya keras sudah. Aku siap Google cara buat air kopi. Real okay! Emak aku tengok pelik, baru dia tahu anak dia bukan pandai buat air kopi. Hahahaha. Aku ingat letak serbuk kopi terus jadi air kopi. Sama juga dengan buat air teh, ada letak gula juga. Aku belajar semua itu. Emak aku geleng kepala, dia suruh pergi goreng ikan. Hah, ini aku tahu!
Masa zaman Diploma, aku punya Felda sponsorship telah sediakan makanan percuma. Pagi, tengahari dan malam. Jadi, kenyang! Bila cerita masak-memasak, aku memang spesis tukang makan. Kepakaran memasak aku memang setakat hidup untuk esoknya boleh lagi memang syukur sangat, ala ciri-ciri survival itu. Memang daripada dulu, antara masak makan dan tidur, aku pilih kategori tidur lagi penting. Atau bila perut sudah bunyi krong, kreng kruk...aku grab something macam roti kosong dengan air putih, sambung tidur balik. Itu adalah aku masa zaman duduk dengan geng Sime Darby dan Prince Court. Sebab itu berat aku dalam 50-53 kg. Tidak perlu fikir diet bagai.
Chicken Bulgoggi Korea by Me |
Masa zaman bekerja, selalu dapat makanan percuma ''vendor'' belanja atau doctor-doctor belanja. Dan kalau aku tidak masak, aku akan beli daripada kedai area rumah. Aku ingat lagi, akwan aku masak, udang masak merah. Punyalah sedap, aku makan sampai licin. Lepas itu buat case operation. Rasa panas badan, hendak muntah. Aku minta excuses pergi bathroom. Memang ruam gatal-gatal satu badan, bibir bengakak, mata merah macam vampire... terus aku minta orang ganti sebab hendak pergi emergency department. Aku punya head manager sudah risau up and down, aku masih bernafas lagi. Kawan aku yang si tukang masak rasa serba salah. Terus kena banned daripada seafood dengan kawan-kawan.
Sekarang, aku duduk oversea. Dekat sini, lagi sekali mereka sediakan makanan percuma untuk breakfast, lunch dan dinner. Tapi versi makanan Arab. Alhamdulillah sangat, aku dapat roomate kakak-kakak yang rajin gila masak dan sedap. Dikurniakan persahabatan, kenalan dan orang sekeliling yang memang pakar memasak anatara rezeki yang selalu terlepas pandang. Aku selalu doakan mana-mana yang tolong masak untuk aku, diberi pahala berpuluh ribu.
Next life? aku rasa kena cari partner yang rajin dan suka memasak dan sedap. Itu antara target aku, sebab sedar diri ini bukanlah kategori itu. Benda pertama aku lihat memasak ini suatu yang menyulitka. Kena masak dengan complicated things dan kena kemas balik dan basuh pinggan mangkuk. Sebab itu, kadang aku suka makan sandwich easy, atau beli luar. Tapi aku cuba untuk masak sendiri, antara makanan yang menjadi pilihan adalah nasi goreng campak-campak, tomyam atau seafood, benda goreng-goreng. Still learning guys!
Walaupun aku tidak dalma barisan memasak, aku suka bahagian membasuh dan menggemas pinggan mangkuk. OCD 50:50, jadi help each other.
Okay, bye...penat menaip.